Hai semua..
Blog ni biasalah tenggelam timbul, since owner tengah bertungkus lumus siapkan tesis. Ingat tesis, rasa nak pitam tu memanggil-manggil.. Cisss.
Last weekend, kami the whole family pergi Johor since nak melawat kakak I yang sedang boyot 33weeks. Dia dah tak larat ke mana. Jadi kita lah pergi jumpa jenguk dia.
So, alang-alang dah ke Johor, terus pergi ke JPO. Tempatnya di Kulaijaya. Jauh juga ok, tepi highway, tapi ke dalam sikit. I just wondering mula-mula sampai, apasal lah bina kat tempat macam jin bertendang. Mak ai tetiba, ada seketul bangunan tepi highway. Tapi itu la long term future planning, dah JPO yang siap dulu kot, itulah yang dibuka dulu. So, the operation hour starts at 10am to 10pm. Ramai Singaporean kat sini.
Outlet-outlet kat sana ok lah. Nak cakap so so aje. Kalau nak ke sana bear in mind, memang konsep outlet ok. I siap bawa balik balance duit ke KL semula. Habis tu semua size yang kecil dan paling besar je ada atau last piece atau display stock sahaja. Menyampahsss
Panas berdenting kat sini ya...Almaklum lah tetiba ada building di tengah padang jarak padang tekukur...
Ini kat KL pun banyak, harga sama aje time sale. |
Sedang beramah tamah dengan Mr. Smarties |
Azuar memang kesian. Dia tak suka shopping. Apa yang dia tau nak beli benda Chelsea aje... So, dari awal dia memang dok berzikir nak masuk Adidas outlet. |
Adidas outlet ni pun ok je lah. Harga pun lebih kurang aje. Azuar beli cap Chelsea RM18 sahaja, good bargain and socks Adam 3pairs RM39, still sama je harga kan.
Ini lah rombongan I. Lepas tu terus berdesup balik KL. Perut lapar kat sini, tak ada variety restaurant juga. Setakat nak minum air-air tu ada lah.
Kakak kita tak shop apa pun. Orang prengnant memang macam tu kot. Nafsu shopping tu tak ada. Hilang.
Overall, kalau setakat nak mengenal tempat, boleh lah datang sini. Stock kat sini memang tak banyak, Benda-benda pun still mahal juga, less pun about 20% banyak. Itu mall kat KL pun banyak kan... Rasanya memang targeted untuk Singaporean. Diorang pun memang ramai kat sini.
Eh, banyak plak mengomen.
Betul lah, yang best kita puji kan...yang lebih kurang ni paham-paham je lah.
Pen off
Bye
1 comment:
mama, aku rasa kalau orang yang dah biasa shopping kat kl datang jpo memang tak de makne sangat kot. mungkin yang tak pernah datang kl tu bila datang jpo kagum kagum sebab murah..
hehe..
Post a Comment