Showing posts with label emotional. Show all posts
Showing posts with label emotional. Show all posts

Monday, June 11, 2012

The thing goes ON.

Kalau saya berbahasa "Aku", maknanya sedang bermonolog hati. Sedangkan dalam dunia kenyataan, boleh dibilang dengan jari berapa kerat saya berbahasa "Aku" dengan orang sekeliling. Saya lebih selesa berbahasa menggunakan nama "Ma" atau "saya". Manjakan I hehehe. Dengan Azuar pantang dia bahasakan diri "saya". Nak bergaduh pun "Sayang", tak cool ok. Tapi laki cakap macam tu dah, tapi kalau tengah mode on marah membuak tetap saya saya saya. Saya nak marah ni bang....

Hari ini aku nak cakap pasal pembelajaran PhD yang macam hai entahlah. Entah la labu.

June. Noted. Genap 42 bulan mode pembelajaran. 1 paper baru submit to journal, 1 as presenter in international conference, lembap kan. Kesian.

Bila mengeluh kat orang. Semua cakap you can do it. Sebab mengeluh pun pada yang sama berhempas pulas. Macam ko mengadu dekat orang yang tengah susah hati, dia pula mengadu , dia juga susah hati. Sama-sama pula rasa ada geng.

Orang cakap saya still average tak lembap macam siput, tiga tahun setengah dah hujung, tinggal hello one more chapter to go. Tapi aku dah rasa bosan. BOSAN. Working on the same thing for years, memang bosan kot. Tapi kena gali gali gali eh sampai susah nya.....apasal tak jumpa jalan lagi ni..

Mengadu kat SV, dia cakap kalau nak senang org tak buat PhD lah. 

Orang lain cakap you are the few lucky ones are doing Phd at young age. Hmmmm...

Kadang-kadang nak stop je terus, dok rumah jaga anak, tapi bosan juga.

Eh tapi best juga macam sekarang, laki support semua. Hujung bulan tunjuk apa nak, laki beli.

Eh ko pikir ko punya senang je kan.....tak pikir dah tukang yang membayor hahahaha

Eh one more thing, perjanjian dengan KPT *benam kepala dalam bantal*




.STRESS.

Saturday, January 21, 2012

Selamat Bercuti

Konon cuti 4hari tak nak balik hometown. Nak siapkan paper katanya. Mcamana nak mengarang tenang, kalau mak ko terletak bontot atas kerusi ni, ko dok menapak sebelah kecahkan bilik ni. Mak ngko ni, tak boleh tengok bersepah. Nak bukak laptop ni pun, siap bermop bagai, dengan harapan ada mood mengarang. Dah ko dok berkecah ni Dik....47x Mummy dok bangun duduk kemaskan toys...Bilanya nak siap ni????

Happy holiday semua. Kita tak balik. Kita jaga rumah jiran-jiran je T___T

Tuesday, November 22, 2011

Sibuk

Kadang-kadang rasa bersalah tak update itu ini kat sini. Tapi serius tempat ini kenangan. Dari belum kahwin, sampai ada anak dan sampai dah gemuk. At least, in future boleh recall itu ini. Wah sekarang sibuk dengan research. Co supervisor saya cakap, orang gila sahaja buat Ph.D. Gila juga agaknya, memanjang nak buat research. Kalau tak advanced, nampak macam tak pandai and tak productive. Semua orang nak stand out from the crowd. Semua orang nak nampak pandai. Bila kawan cakap pasal term2, kalau tak tau diam sahaja, angguk-angguk. Balik workstation terus berdebar belek buku, google apa makna.

Tapi kalau orang datang rumah saya, insyaallah tak macam rupa orang study. Buku pun dalam stor. Sebab bagi saya, rumah untuk rilex. 8am-5pm pikir yang merepek tentang akademik, balik rumah kena main dengan anak. Kena pegang buku anak. Kena recall alphabet anak. Kena counting dengan anak. Kena tanya suami nak makan apa. Pendek kata automatic jadi housewife.


Currently, tengah key in data survey. Stage ini saya sangat rasa tak productive dan boring. Maybe sebab tak writting dan tak membaca. Bila writting, mesti kena banyak membaca, ada lah kita tahu serba sedikit. Kawan saya cakap boleh upah orang key in data. Tapi sayang juga duit kan. Benda yang boleh buat sendiri.

Ok. Sambung kerja.

Friday, October 28, 2011

Stress oh!

Hai semua.

Blog ini memang dah tak terurus. Sebab saya lagi suka blog walking dari writting blog. Malas. Sebab kerja saya sendiri pun menulis. Takkan hobi pun masih menulis. Tapi kadang-kadang tersasar juga mencari ruang escapism.

Eh dah 2 tahun study lagi. Orang kampung tanya pun malu nak menjawab. Makcik, kalau saya terang pun makcik tak akan paham. Saya stress makcik. Tua-tua pun belajar. Kalau darjah 1 dulu saya ada mesin macam cerita back to the future, mesti saya menyesal. Set masa 27tahun. Ting! Dah umur 27 tahun pun, study lagi. Bosan T____T. Tapi saya nak sedapkan hati saya makcik. Tiap kali bangun pagi, saya cakap before hits 30, saya dah ada Ph.D.



Sekejap masa berlalu. Usia perkahwinan dah nak masuk 3 tahun, bulan Mac tahun depan. Bergaduh biasalah. Tapi Azuar sporting gilerrr. Saya cakap hobi saya shopping. Dia cakap hobi Abang, berjalan di dalam mall. Suwettt kan? Ptuih. Dia suka tengok match bola. Sayang gilerrr Chelsea dan team Red Warrior dia. But I connot go lah bang... Dia paham. Dia teman saya tidur dulu, baru turun ke bawah secara senyap menonton bola kesayangan. Pastu bini sergah jam 3pagi suruh naik. Baru mencecet naik. Kenapa saya anti bola? saya pun tak tahu. Tapi saya tak suka berkongsi hahahaha. Azuar sebab dia sporting gilerrrr. Dia sampai terhafal carta salah silah keluarga Kim Kardashian dan selalu set time cerita faveret bini tercinta dia. Cuba kau tanya siapa nama adik beradik Kim? Umur berapa? Siapa kakak? Siapa adik? Insyaallah dia tahu. Itu semua angkara bini dia kalau boleh nak tengok cerita Keeping up with the Kardashians, Khloe and Lamar, Kim and Kourtney takes New York. Tak ada chance dia tengok bola kalau bini dia ada.

Adam pun dah makin besar. Makin banyak mulut. Makin banyak panggil Mummy dari Appa. Makin banyak demanding nya. Bubur pun dah tak nak makan. Sebab dah tak cool.

Bulan November ini makin sibuk. Nak aqiqah Adam, nak travel pergi Indon, nak pindah rumah, nak regress data. All in November. Disember ini pula scholarship dah tamat. Lagi double STRESS. Siapa lagi nak bagi duit free?

Wednesday, June 15, 2011

My Ph.D journey

Lunch hour, tak ada food, memang sadis. Maklumlah office tak ada cafe atau kedai. Jadi kita menceceh di sini.


Usia-usia saya, ramai pakat dok tanya.


"Bila nak habis belajar?", "Bila habis?".


Kalau makcik-makcik kepoh tanya lagi sedih. Ibarat macam saya belajar repeat SPM yang tak pernah lulus. Nak cakap lebih-lebih, bukannya mereka paham, nanti macam meninggi diri pula. Jadi saya sengih meleret.



Tapi bila kawan-kawan tanya, segan pun ada. Sebab tak tahu nak eloborate macamana.


Kenapa saya further Ph.d? Saya ada alasan sendiri.


Dulu, masa first year Degree, ada seorang kakak Master selalu datang tumpang bilik saya. Saya cakap pada kakak tu, Ma tak mungkin sambung sampai Master. Tapi Allah tahu segala-galanya, dia tentukan itu ini.


Dan sekarang, saya stuck smpai Ph.D. Saya pun tak sangka.


Saya tidak tahu kemampuan diri saya, sehingga saya mencuba. Tapi saya tahu saya tekun dalam satu-satu perkara. Zaman SPM dan Matriks, memang hancur. UPSR dan PMR, Alhamdulillah straight A's, tapi SPM 4 biji sahaja. Masa SPM, saya belajar subjek yang saya minat SAHAJA, yang lain goodbye. Matriks sibuk cinta pertama yang dah gone tu. Pastu terus terlelong ke UNIMAS, seberang lautan.


Masa Degree, ada juga motivasi nak mengubah diri. Bercinta juga dengan Azuar tapi study kena steady. Alhamdulillah. Masa Master, serious ayah yang suruh. Ingat tak boleh buat. Alhamdulillah result siap flying colors dan ada sekali dapat 4flat. Masa ni kawan-kawan lain baru membina kerjaya, sibuk kumpul duit nak membeli aset. Jadi perasaan tu tiada apa-apa.


Masa Ph.D, tiba-tiba macam terdetik. Allah nak permudahkan, dapat pula tawaran biasiswa. Walaupun tak seberapa, saya kira itu peluang untuk saya belajar lebih tinggi secara percuma. Alasan sampingan adalah, saya mahu terus bekerja dengan gaji yang besar. Mahu membeli itu ini mengikut kemahuan. Mahu kepuasan diri. Menarik bukan? Tapi perjalanan tak semudah di sangka. Bila Dia tetapkan mudah di sini ada cabarannya di sana. Bila mahu yang besar, ada rintangannya, ada onaknya.


Idea, Teori, Analisis, Rujukan, Artikel, Jurnal, semua berkecamuk. Independent Research. Bidang ini bidang membaca, bidang menganalisis, bidang merujuk teori yang lama mengolah menjadi yang baru. Mengolah menjadi rujukan kepada generasi mendatang. Idea mesti bernas, kalau tidak pasti dihentam dengan professor.


Waktu ini memang stress. Kadang-kadang down. Tempoh ini, kawan-kawan dah ada aset, tersenyum bersyukur. Tapi saya? membaca menganalisis jurnal yang tak berkesudahan.


Bagi saya anak bukan penghalang. Anak adalah penghibur. Pandang senyuman Adam bangun tidur, buat saya lupa masalah persamaan teori yang saya cipta masih di jalan buntu. Anak adalah rezeki. Rezeki alam perkahwinan.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan berkat doa Azuar dan ibubapa. Hujung bulan ini adalah tarikh untuk saya membentang thesis saya. Kalau lulus, Alhamdulillah. Another half way to complete my Ph.d.




Gambar perasan memakai bonnet sebagao motivasi diri.




Bila rasa down, kena ingat Prof cakap.


"Remember you would not have come this far if your work was not passable or interesting".

Thursday, June 2, 2011

Alam perkahwinan

Perkahwinan.


Best kan.


Orang tua cakap 5tahun awal perkahwinan adalah waktu perkenalan. Luar dan dalam. Dan biasanya waktu diisi kebanyakannya dengan waktu berkomunikasi. Kalau saya, biasalah ada argument itu ini. Kenapa towel tak jemur? Kenapa stokin kat sini? Kenapa dan kenapa? Dekat 2 tahun kahwin, baru sedar Azuar pantang berbahasa saya-awak dengan dia. Jadi sepanjang masa, Sayang - Abang. Tapi bila kita naik angin, lelaki biasa tak concern atau buat-buat tak paham, jadi intonasi atau bahasa saya-awak lagi mudah kan - nak cakap, Abang, Syg tengah marah ni.


Tapi bila nak marah, kenal lah selalu ingat part-part manis. Kena set di otak dan minda, Allah anugerahkan dia, suami untuk kita melayari bahtera perkahwinan.


Perkahwinan adalah perkongsian.


Dan saya tengah deal dengan issue ini. Sebab saya memang bangsa susah nak berkongsi.


Perkahwinan adalah perjudian.


Ada orang cakap macam tu. Tapi bagi saya, kalau dah jumpa pasangan yang serasi dah masing-masing pandai mengikut rentak. InsyaAllah berjaya.


Semua orang ada kekurangan diri masing-masing. Tapi yang penting, bagaimana diri kita mengawal dan hadapi kekurangan diri pasangan.


Isteri memang suka berleter dan menceceh di rumah. Semua serba tak kena. Walhal apabila berhadapan dengan adik beradik atau kawan sendiri, perangai sendiri adalah sebaliknya. Suami adalah orang terdekat. Orang yang dianggap memahami kehendak hati. Dijanji hidup bersama ke akhir hayat.Maka, luahan perasaan seharian ditala pada suami. Berleter adalah bentuk luahan perasaan juga. Kadang-kadang suami tersalah tafsir. Dengar je bang, nanti penat berleter, confirm diam.


Saya juga masih baru. 2 tahun berkahwin. Masih kekurangan di situ di sini. Tapi, Alhamdulillah. Azuar masih supportive dan sporting.

Wednesday, April 20, 2011

Stress can be so irritating.


Minggu ini memang stress. Stress bukan banyak kerja tapi tak ada kerja langsung. Takkan nak melepak depan tv kat rumah. Bersalah ok. Dah lah saya ni orang bayar belajar kan. Hari-hari pun bayar. Jadi rasa ralat tu ada.


Saya submit dah 2minggu thesis untuk para supervisors check. Tapi dorang asyik cakap tak sempat. Boleh macam tuh? So saya nak buat apa sekarang ni? Tak kan nak datang sapu ofis kot. Saya dah tak sabar nak buat correction. Pastu tak sabar nak kejar sit Phd comprehensive exam. Yang penting tak sabar nak habis study.


Hari ini nak buat apa? Baca journal lagi. Fuhhhhhhh...

Thursday, March 31, 2011

Stroller owh...

Hi Adam sweetie,

Mummy is in uncomfortable condition presently. Mummy wanna buy (again) a stroller for you. Papa memang lah mula-mula tak bagi , sebab nanti yang lama membazir. But Mummy biasalah akan berzikir sampai papa cakap oklah, beli sayang beli sayang. Mummy mungkin/akan let go yang lama, But Mummy sayang yang lama juga.

Mummy nak ni. Just for you.


A Quinny Zapp.


I think it is easy for us to travel by plane again. Stroller lama still berjasa tapi payah benar berangkut masuk plane. The Quinny zapp folds into a small rectangular bundle. As Mummy always say to Papa, we just can put at passenger seats in car, tak payah put in bonet. Mummy had done a lot of research and study on this product. Mummy kalau beria memang macam tuh.


Reason yang paling kukuh, since you dah ada Maxi cosi, its better to fit in with Quinny Zapp. Kan, Adam?



At least, it can turn to like this one.


Its better kan.... Tapi Quinny Zapp tak boleh recline lah pulak. Haishh..


Papa, seriously I fall in love.

Monday, March 21, 2011

Thursday, March 17, 2011

Eternity love

Sape kenal Chris Medina? Arghh........... I rasa nak nangis plak. Sape ikut American Idol, mesti tau story dia. Macamana dia sayang sangat dekat his fiancee, Juliana Ramos. Tapi ada sad story behind it. Fiancee dia accident before 2 weeks left for her bridal shower. Chris still loyal to his fiancee, even fiancee dia dah lumpuh and has traumatic brain injuries. Sekarang atas wheelchair sahaja and selalu shacking all the time. Tapi guy ni still jaga tunang dia. Macam cinta sepenuh jiwa raga lah. This is a song for his fiancee. Dengar lyric dia ya.







I am wondering how I will turn to if I'm in his shoes? Tapi isteri kena taat suami. Kalau husband pula mcmana ya. Kalau Azuar Insyaallah lah kot. Tak terjadi lagi kat kita, tak boleh nak komen lebih. Tapi Azuar baik, time I pregnant, muntah I dia tadah dengan tangan lagi. Tahi hidung, telinga, gigi I dia calit dengan tangan lagi. Tapi kalau dia suruh I dalam keadaan dia segar ni, teragak juga ok.

Tengok video ni teringat kat dia. Dia selalu cakap I ego. May be lah. Dan pagi tadi for the first time ever, I kiss on his cheek time nak pergi office. Biasanya, I salam and kiss tangan dia, then dia kiss my hand balik and kiss 3 times on my cheek everyday. Of course Azuar terkejut. Tapi pagi ni I bangun, I cakap kat diri, semua orang berubah dan kadang-kadang kena beralah. We need each other in marriage. I want this marriage for entire of my life. Where I can meet a guy like Azuar yang boleh tahan perangai I yang suka merajuk and selalu nak menang. I realize kadang-kedang kekurangan pada diri kita, Allah ciptakan satu kesempurnaan dari sudut lain. Tapi kita yang tak nampak. Azuar can tolerate with me in all aspects. And I cannot take care of our son alone, I tak suka bangun malam buat susu. Alhamdulillah. He creates Azuar for me.

Tuesday, March 8, 2011

Perasaan Mak

Tiap kali anak jatuh, benjol sana, benjol sini, lebam sana, lebam sini. Mesti Mak ni rasa useless sangat. Terus terpikir bukan-bukan. Anak pula makin lasak nak buat macam mana. Semuanya nak gapai. Mak ni hah yang tak tergapai T_____T

Thursday, February 24, 2011

Hai semua orang? Sihat?

Kalau monolog hati kena cakap aku.

Tahun ni aku dah nak masuk 27 tahun, anak sorang, laki sorang. Alhamdulillah. Cepat je kan masa berlalu. Kakak aku pun dah nak tambah sorang lagi anak. Aku rasa aku nak hold dulu bab agenda tuh. Kalau tanya Azuar, dia cakap "Abang tengok Sayang hidup lagi lepas beranak ni pun dah Alhamdulillah". Woi bang...zaman sekarang ni kalau payah nak keluar, dia toreh perut terus. Aku rasalah masa nak teran keluarkan Adam, mungkin muka aku horror gila. Habis tuh doctor suruh teran macam orang berak sembelit tapi tak keluar, macam tu lah gayanya kot.

Tahun ni juga dah nak masuk 2tahun tersadai dengan PhD. Gila stress. Payahnya belajar. Dah kata peluang, kita sahut je lah kan. Minggu depan baru first time ada committee meeting dengan 3orang supervisor. Sekarang aku dok berkira-kira nak berucap macamana. Harapnya segala method yang aku cipta dan perasan bagus tu, menjadi. Aku rasa aku buat kerja macam siput sedut. Slow sangat. Aku paling risau, aku tak ada publish paper lagi. Paper dah ada, tapi buat lebih kurang je. Nak suruh supervisor baca, bukannya senang, bercinta lah gayanya. Ada ke orang berminat nak baca cerita yang kau karang? Gaya-gaya terpaksa adalah. Tapi tak apa, aku anggap cabaran aje lah. Tak boleh juga redha memanjang, kena usaha.


Dulu masa buat Master, rasa macam payah juga. Tapi akhirnya berjaya juga dengan result yang ala-ala bagus. Aku selalu cakap, biar masa yang menentukan. Bila stuck sikit, biar masa menentukan. Banyaklah kau masa menentukan. Usaha usaha usaha.


Aku pun kena berterima kasih juga dengan Azuar. Walaupun dia tak hensem, dia juga banyak tolong aku. *tak releven dengan monolog hati ni*. Dia tak lokek nak buat kerja rumah. Aku kan kalau rumah bersepah, mula lah nak jadi tarzan mengaum. Tambah pulak Adam dah pandai merangkak ni. Rasanya 47x sehari mengemas toys dia. Aku punggah, dia kutip, aku kemas, dia tambah tambah kemas lagi. Redha.

Sesusah susah mana hidup ni, kena selalu pikir ada lagi yang lebih susah. Haih sebenarnya aku rasa stress dengan apa yang aku buat sekarang ni.



Akhir kata, Love your job and your workstation!

Wednesday, January 5, 2011

Happy New Year

Happy New Year.. Happy New Year..

Azam baru, memang berjela-jela tapi kalau boleh nak tekan button REFRESH untuk azam-azam tahun lepas yang tak tertunai lagi. Tapi dalam hati macam-macam fikir...

1) Nak settle hal study..Argh it's like bumpy road.

2) The best mother for little Adam. He needs Mummy's attention.

3) Tak nak cakap kuat dengan Azuar lagi. Kalau dia cakap TAK PAYAH or JANGAN, kena OBEY.

4) Tak nak lengah solat, nak lebih mengaji, nak banyak sembahyang berimam

5) Nak banyakkan SAVING.

6) Semoga lebih murah rezeki.

Walau list berjela, hati ini risau sangat pasal study. Pandang ADAM, rasa macam this is my milestones in study.

Harap segala dipermudahkan. Hardwork pays anyway, yeah!

Adam is 7months. All I can say, he is a fast learner. Meniarap at 2months plus. Tapi lamanya nak mengheret dada. At 6 months, tiba-tiba heret dada ala askar, habis masuk bawah kabinet and meja. Mummy tak dan nak kejar. 2 days later, terus merangkak. Seminggu merangkak, cukup 7months, dah bergantung nak berdiri. Kelmarin dia dah boleh berdiri dalam baby coat dia. Until this morning, asyik bergantung nak berdiri.

This is the latest Mummy. I still need to shed more kilos.

Happy New Year people.

Thursday, April 22, 2010

Menggila!!!

Say bye bye to the coursework! Yes, dah boleh concentrate on my thesis. I've settle everything including marking students paper before leaving for a longgggg break in Terengganu. Nak jumpa orang baharu, itu yang harus excited lebih kan! kan! kan!.

Tapi hari ini nak cerita pasal menggila....Bukan yours truly yang menggila. Tapi tikus luar rumah yang menggila. Sakitnya hati.... Sebenarnya kami baru perasan, ada tikus masuk dalam cabinet dapur tengah buat fiesta makanan hari Isnin lepas. Azuar menjerit kat bawah, masa turun tengah malam sebab kebulur cari makanan dalam peti ais ajaib kami. Jadi I ni pun terfikir apa kena dengan mamat ni. Dia naik atas, beria bercerita ada tikus besar. So, we all decide buat operasi dapur malam esok je lah since malam ini dah lewat, esok nak pergi office dan bini terchenta dia pun dah mengantuk. Jadi kasi chance tikus buat party lagi malam tu. Ok dah kasi chance!






Malam Selasa ada operasi, we all check one by one. Banyaknya tahi dia. Merata. Siap masuk living hall. Seperti biasa, bini terchenta duduk atas sofa dengan memberi arahan dengan jelas, Azuar dengan mop dan vacuum nya. Konon nak berperang lah kan... Buat lah satu-satu. Sambil fikir-fikir, kat manalah makhluk perosak tu masuk. Habis stok makanan Azuar buang, sebab bini dia cakap dah terkena badan tikus. Kabinet, kosong, tinggal maggi dan bawang sahaja. Pinggan mangkuk pun habis cuci semua, sebab bini dia bising juga, cakap tikus lalu kat situ, jadi was-was dan geli. Tengah nak clear cabinet, ada seekor melompat keluar. Mencicit Azuar lari menjerit dengan vacuum kat tangan. Wah....Tikus keluar panjat-panjat tingkap keluar. Bijak. So malam tu, sebab tak tau nak tutup dengan apa dah, tutup semua tingkap dengan surat khabar, stapler kemas-kemas. Mesti jiran cakap kami gila, padahal langsir dah ada. Malam itu, tidur dengan tenang. Rumah licin dan berbau harum sebab operasi membersih secara total. Dan makanan memang zero kecuali dalam fridge sahaja. Sahaja. Sebab dah tak nak masak. Takut dapur kotor balik dan mengundang makhluk perosak.

Muka tak bersalah, kan! kan!kan!



Rabu, tiada apa yang berlaku. Rumah kemas, sedap mata memandang. Khamis, pagi tadi Azuar bangun. Dia cakap, "Sayang, tengok ni, tengok lah kat bilik ni". Masa tu pagi, dia nak iron baju bini terchenta dia. Beria dia suruh I pergi bilik iron, bilik atas. Damn. Damn. Damn. You all tau ada apa?????? Ada pad yang dah guna, berselerak kapas terkeluar sebab kena gigit atas carpet. Duduk sekarang dah berdua. I memang dah lama tak period, cakap pregnant kan...Tikus ni memang tengah angin, siap bawa pad ntah sape-sape buat masuk rumah orang. Marah tak ada food kat bawah tu kot. Terus I cakap, " Tikus pandai naik tangga ke?". Azuar turun, tengok dalam cabinet bersepah balik. Surat khabar dah terkoyak. Tapi yang penting, tikus bijak. Tikus masuk ikut tingkap kecil dalam toilet tu, sanggup panjat, lepas tu gigit pintu toilet sebab pintu tertutup. Habis habuk kayu berterabur. Kalau dia pandai buka tombol, harus I pengsan. Then terus masuk dapur. Tengok tak ada makanan. Buat dajal hantar pad minah ntah mana ya kat bilik atas!!!!! Agaknya, I banyak sangat mengutuk dia malam sebelum ni kot. Orang tua cakap tak boleh mengutuk binatang.

Petang ini terpikir nak cari net hijau, then paku kat semua tingkap bawah. Agak-agak dia bijak masuk balik tak?

Tuesday, April 6, 2010

Masa berlalu

Hish...sekarang dah 31 weeks dear...Haa...cepat sungguh masa berlalu. Dan saya mesti takut lah. Takut nak beranak. Sekarang baru dapat fikir hal diri sendiri lepas 3 papers Advanced Econometrics dah submit. Hish... dah Ph.d pun sibuk nak copy and kelam kabut tanya kawan-kawan buat macamana. Memang kena ada kesabaran when everything is mix together, dengan badan dah semput panjat tangga naik bilik nak run data, kepala berserabut thesis entah kemana, rumahtangga tak terurus...haaaa stresss!!!


Sejak ada gap sebelum Prof bagi 2 lagi assignments, so sempat la nak fikir-fikir pasal diri sendiri. Baru terfikir nak baca buku BabyBook dan laki terkecoh-kecoh cari majalah Pa Ma. Memang tak ada knowledge langsung bab-bab baby. Mummy tak ready or tak ada masa nak menyelit or sibuk nak bagi diri still stand out dengan fakta-fakta ekonometrik. But Motherly Instinct is still growing rapidly inside. Sejak-sejak dah tengok baby two weeks ago. He stared at us dear....Berderau darah mak ni, bila baby betul-betul pandang kami through the screen. Oh dah ada orang dalam perut ni.

Rupa bentuk tubuh badan sekarang amat-amat mendukacitakan dengan berat 69kg sehingga fobia untuk bergambar. Lelemaks sungguh bangga di situ dan di sini. Ketiak hitam dan leher ada line hitam. Hormon memang degil. Tapi yang pelik, jerawat sebiji pun tidak muncul dan tumbuh di raut wajah. Hormon tu tak hidup agaknya. Nak bangun malam pun susah sekarang, kena kejutkan Azuar suruh angkat bini dia yang 69kg ni. Kena tarik tangan, baru dapat bangun. Memang tak pernah rasa sekembang ini seumur hidup.

Azuar pun pelik, sejak-sejak nak dapat anak ni. Macam-macam bunyi ada. Macam kalu tengok gambar baby gemuk, mesti cakap "temok, temok". "tomei,tomei". Eh, perlu ke kena cakap pelat bagai. Hahahahahaha. Dan setiap kali tengok coverpage BabyBook tu, mesti dok ulang, "temok, temok". Dan dalam hati mesti berharap, "Hai tomei tomei Mummy keluarlah ontime ya..agar segala perancangan tidak menjadi haru-biru".

Friday, March 19, 2010

Tired

I'm just too fragile and over-sensitive. Teruk tau.... Perlu ke menangis sampai pukul 10 malam kalau husband terlupa nak tolong kat dapur, ambil hati bini dia yang mengada over sensitive. How's the baby's development inside my tummy?. Mummy loves u so much and cant wait to see u, sayang.


Love,
Mummy

Monday, March 8, 2010

Hubby and Wifey

Time flies too fast... I'm going to be a mom for a super kid *Insyaallah* and Azuar is going to be a dad in next 2 months. It will change our life drastically. Even I cant remember, the 'tik tok' is ticking is just too fast, I just realize when my tummy is getting bigger and the movement from my womb is too much, then I realize our 'Pride and Joy' cant wait to meet us. The fats and strechmarks are everywhere and even lotion didnt work at all. Pity me..




Parenthetically, it is almost a year of our marriage. Dont talk about ups and downs. It is almost there everytime and it mix together, even it can tighten our relation. You will know the true colors of your partner after it just a month living together. Hate it or leave it? I choose to keep it inside deeply. This is the man that I told my mom to be my side for the whole life. To keep me warm when it is cold, to be my friend, to be a good listener, to be a father to my kids and to console everything..... almost everything.


Abang, you never change. You still kissing me at right and left cheek, and lastly at forehead before leaving me to office. Still calling me from the office 5 times a day, to make sure I'm okay. Abang, you never complain, when I'm ordering you everything..


"Abang, tolong iron tudung sayang" even you're out of time rushing to get ready to office.

"Abang, nak air" even you're on the bed and it was 1 a.m.

"Abang, ambil bantal busuk sayang tertinggal kat bawah" even it was at downstair and you're lazily open your eyes.

"Abang, tolong buka gate" even the key is just 1 metre in front of me and you're 100 metres behind.

"Abang, tolong jemur baju" even you're busy with your online games.

"Abang, tolong basuh periuk" even me, watching tv on sofa lazily.


As always you never complain. But, when my turn;


"Sayang, handsome tak Abang?" showing me your smooth face after shaving and you've new hair cut. I respond," Tak handsome langsung. Biasa je".


It is me, being stubborn and ego all the time. But Abang, no matter what I love you through thick and thin. I accept you as a gift from Allah. Happy 1st Wedding Anniversary in advance. May God bless us and may "Pride and Joy" could lighten up our life.


Your Wife,

Stubborn Girlfriend.

Friday, February 12, 2010

Cerita tanpa kronologi

I'm feeling like this is the time to write something. Ok lah..lama betul tinggalkan tempat luahan perasaan kan... Peeps, I'm in 24th week of pregnancy, to be exact 6months, yesterday. Cepat kan..tup tup masa berlalu. Perut aku makin boyot dan tahap kepenatan seperti berlari 100km setiap jam. Macam lembu kena sembelih tercungap. Jalan pun terkangkang dah. Macam hape ntah....Tapi makin perut besar, makin baby tendang. Makin teruja. Auw auw auw... Macam tak percaya, shit aku nak jadi mak budak.

Eh, kakak nikah sehari awal dah selamat bersalin baby girl 2 hari lepas. Cepat dia buat anak, tak pe, sebab dia terlajak umur dah. Tak tak dia tak nak plan. Aku gatal yang nak plan nak baby. Sebab ramai lagi kuncu aku single mingle, tak tak, aku takut study terjejas. Cheh...






Gambar anak saudara pertama, harus ditempek. ISMI AUNI. Maksud-Nama saya Auni. Arabic habis kakak aku ni kan. Nanti budak ni masuk sekolah Arab, Ustaz tanya, "MA IS MU KA?". Dia jawab, " ISMI ISMI AUNI". Hah kan dah terulang.


Hish rasa lain bila close sister ada anak sendiri. Semua orang pun mesti ada adik beradik paling rapat kan. Macam dulu selalu tidur sekatil, aku lah lari kat katil dia time ribut petir halilintar, minum secawan, baju berkongsi, seluar dalam berkongsi (childhood aje lah, besar-besar tak nak lah). Bila dia bersalin terus mesej, "Sya, sakit tak bersalin?". "Sakit seh.....". Saja psycho aku kan. Terus aku gosok perut aku.

Dia nikah, aku menangis. Aku menikah, aku menangis juga peluk dia. Sebenarnya aku yang emosional.

Aku cakap kat semua orang, aku takut nak beranak. Aku mesej mak saudara aku. Mujur ada motivasi di situ. Hahahahaha. Betul lah, nikmat bersalin tu ada. Macamana kau sakit nak meneran bersambung nyawa, keluar zuriat sendiri, dengar budak menangis, mana nya kau tak menangis terharu. Aku FRAGILE. Doctor scan suruh dengar bunyi heart beat baby sendiri, aku mengalir air mata beria terharu. Sok sek sok sek. Hah dah ada orang dalam perut aku ni. Hari ini baby tak tendang kuat-kuat pun aku susah hati. Biasanya, aku letak je lagu kat perut, terus ada movement hebat, menari riang gamaknya. Kau rasa terharu tak?


Penat sudah bercerita pasal perkembangan hidup bakal ibu. Beralih cerita lain pula. Sekarang pun aku dah rasa peringkat belajar paling senak dalam hidup. Semuanya kena buat sendiri. Kalau dulu, tak jumpa jawapan, cari note atau buku rujukan...tadaaa dah ada. Sekarang ni kau tak paham, cuba kau fikir dalam-dalam, pandang setiap sudut dan segi, baca study orang lain, baru nampak hint. Belum jawapan muktamad lagi. Hint lain campur hint lain, tambah hint lain, baru ada samar-samar jawapan. Samar-samar sahaja ya. Benda ini kan memang Permanent Head Damage (PhD). Aku tak sabar nak tengok diri aku, at least 5 tahun akan datang. Nak pinjam Pintu Masa Doraemon. Betul ke aku dah jadi Doktor Falsafah. See, betapa aku tak percayanya diri aku ni.


Memang psycho! . Terus sambung membaca jurnal dan artikel berlambak atas meja. Pen off.

Monday, January 18, 2010

Holla!

Holla readers out there!!!! lama kan I menyepi...hahaha malas sungguh..by the way, HAPPY NEW YEAR, even dah nak masuk tengah bulan, tetap lah new year kan.... Life is going ups and downs..Biasa lah kan...But the truth is, this year, we're going to have our first miracle. For sure!


1. Study

U all tau tak, I've to change my thesis tittle. It's like I'm doing nothing for a year. Buang masa dengan title energy yang lepas. Hah gitu...Committee members nak I buat research on water demand plak...Haru betol mak buyung ni..Geram argh..Since dorang cakap dah ada model, I ikut je lah..


Cepat je masa berlalu, I risau I deliver baby before the sem break. Ni lah the last class....hopefully boleh lah habiskan dengan hati senang lenang.

My friends cakap my tummy kecil sangat...I pun risau..macam buncit sikit-sikit je, tapi nampak juga lah..Atul likes to pap my baby bump. Geli mak!!!! Statement, "Aku suka tengok ko pakai baju pregnant,comel!" Hah ni statement paling mak suka dengar.


2. Pregnancy

I'm on my second trimester. I dint feel any movement inside my tummy. Punya lah I risau, cerita kat gynae. Then, gynae end up by saying, "Kulit perut u, tebal sangat...". Hah..kan spare tyre before pregnant memang tebal gitu...




During my dating scan last week, I saw my baby. Ada je dok menendang, menumbuk. Baru I tahu baby dalam perut memang cepat berpusing, every month scan, ada macam-macam gaya. So, last week, mummy tried to see your face...Budak ni kan, duduk menonggek plak dah..end up, nampak belakang badan, bontot and belakang kepala. I tanya gynae about the gender, again she said " I nampak macam pistol la". Ye lah tu kot, kalau dah 2 times cakap macam tu.


3. Emotion

Dont talk about my emotion during pregnancy. Gila mencanak graph like 100%. Azuar tertinggi suara pun menangis, tersalah pass barang pun menangis, terlupa tutup tingkap time hujan pun menangis, rindu kat mak pun menangis, stress baca journal tak paham-paham pun menangis, letih pun menangis. Kesimpulannya tiap-tiap hari menangis and it's all about small things. Menangis pun campur mogok 3jam tak nak bercakap dengan Azuar, hasilnya pandai pula dia hang towel sendiri, lipat kain pelikat nicely and put his dirty clothes in basket. Rasanya Azuar dah tak memujuk sangat, sebab my tears murah sangat nak tumpah. So dia bertindak je lah buat benda yang nak ambil hati I cepat-cepat.


Tak ada lah over macam ni kan...

I tau u baca ni...Honestly speaking, I benci u main online games yang buang masa and FB also. Rasa nak mengamuk aje! Unless u dah settle all the housechores, baru lah boleh terlentang senang lenang gitu. Kalau tak mak rasa macam berlaki dengan kanak-kanak lelaki je.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers