Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Clarks Hazelnut Crisp.

I called it, a stress therapy.

I bought it online straight from the UK and it worth every penny. It costs only RM285 including air freight and u can get it at cheaper price by choosing sea freight, it takes 8 to 10 weeks to reach Malaysia. Being Puan Mahirah, I just cant wait everything, about 2 weeks I got mine. So, get yours at FB Orange Summer Closet at affordable prices.

Welcome to the family!

Monday, October 17, 2011

27th

After a long silence.



Alhamdulillah Allah for this beautiful life. Azuar, lets grow old together.

Wednesday, September 7, 2011

Masa untuk diri sendiri

Sejak ada anak, kadang-kadang ada rasa termiss untuk diri sendiri. Dulu masa bujang ada juga ber padicure, manicure, salon, facial. Sekarang kena pikir doplopat kali ok. Kalau ber padicure, balik nanti, sental periuk, cebuk berak anak, maka ia teramat lah membazir.



Tapi lately, saya selalu fikir nak ada alternatif lain. Saya namakan dia time for myself. Masa untuk diri sendiri lah. Maknanya alone, tanpa bunyi si kecil or order-order dapur dari bapak dia. Selalu cakap kat Azuar, "Malam ni nak time for myself". Dia pun paham dan tengok jaga anak sambil tengok tv kat bawah.



Selalu saya buat macam ni.




Pasang lilin wangi.



Pasang night lamp. Senang sikit nak terus membuta.


Bahan bacaan mesti bukan ilmiah. Biar fikiran melayang-layang. Taknak stress nak fikir pasal akademik lagi.


Sambil dengar radio.


On aircond.


Tarik comforter. Belum apa-apa lagi, kejap lagi dah zzzzzzz.

Wednesday, March 16, 2011

We turn TWO today

Exactly on 2 years ago,





And now we blessed with a precious gift from GOD. .Alhamdulillah.




Adam.

Happy Anniversary Abang. There are lots of years and many anniversaries before us and I'll meet you on the next. I wish you many happy returns with all my heart.

Love you Abang. Pray hard for my studies too!

Thursday, February 24, 2011

Hai semua orang? Sihat?

Kalau monolog hati kena cakap aku.

Tahun ni aku dah nak masuk 27 tahun, anak sorang, laki sorang. Alhamdulillah. Cepat je kan masa berlalu. Kakak aku pun dah nak tambah sorang lagi anak. Aku rasa aku nak hold dulu bab agenda tuh. Kalau tanya Azuar, dia cakap "Abang tengok Sayang hidup lagi lepas beranak ni pun dah Alhamdulillah". Woi bang...zaman sekarang ni kalau payah nak keluar, dia toreh perut terus. Aku rasalah masa nak teran keluarkan Adam, mungkin muka aku horror gila. Habis tuh doctor suruh teran macam orang berak sembelit tapi tak keluar, macam tu lah gayanya kot.

Tahun ni juga dah nak masuk 2tahun tersadai dengan PhD. Gila stress. Payahnya belajar. Dah kata peluang, kita sahut je lah kan. Minggu depan baru first time ada committee meeting dengan 3orang supervisor. Sekarang aku dok berkira-kira nak berucap macamana. Harapnya segala method yang aku cipta dan perasan bagus tu, menjadi. Aku rasa aku buat kerja macam siput sedut. Slow sangat. Aku paling risau, aku tak ada publish paper lagi. Paper dah ada, tapi buat lebih kurang je. Nak suruh supervisor baca, bukannya senang, bercinta lah gayanya. Ada ke orang berminat nak baca cerita yang kau karang? Gaya-gaya terpaksa adalah. Tapi tak apa, aku anggap cabaran aje lah. Tak boleh juga redha memanjang, kena usaha.


Dulu masa buat Master, rasa macam payah juga. Tapi akhirnya berjaya juga dengan result yang ala-ala bagus. Aku selalu cakap, biar masa yang menentukan. Bila stuck sikit, biar masa menentukan. Banyaklah kau masa menentukan. Usaha usaha usaha.


Aku pun kena berterima kasih juga dengan Azuar. Walaupun dia tak hensem, dia juga banyak tolong aku. *tak releven dengan monolog hati ni*. Dia tak lokek nak buat kerja rumah. Aku kan kalau rumah bersepah, mula lah nak jadi tarzan mengaum. Tambah pulak Adam dah pandai merangkak ni. Rasanya 47x sehari mengemas toys dia. Aku punggah, dia kutip, aku kemas, dia tambah tambah kemas lagi. Redha.

Sesusah susah mana hidup ni, kena selalu pikir ada lagi yang lebih susah. Haih sebenarnya aku rasa stress dengan apa yang aku buat sekarang ni.



Akhir kata, Love your job and your workstation!

Thursday, August 12, 2010

Circle of life

Life sekarang memang tersangat happy. Bila tidur terkepit dengan para jejaka. Auww jejaka. Jejaka kecil dan besar besar. Tapi masing-masing dah kena libasan tangan Mummy ni. Sorry Adam, Mummy tidur ganas. Azuar tak payah cakap lah. Bangun tidur terus mengadu rasa hidung nak patah lah, gusi sakit lah. Pa, sorry... semalam mimpi bersilat. Hahahahaha.


Tapi jangan tanya pasal thesis, terus tak happy. Boleh macam tu?



Orang lain cakap, buat thesis kat rumah lagi best. Tak payah datang office.



Yang ini Ph.D in Facebook. Go Anita!

Workstation. Jurnal sahaja yang banyak tapi malas-malas nak baca.

Yang gembira pula...
Mummy and Adam. Lengan tak nak kempis. Stress.

Mummy memang suka paksa Adam tidur.

Muah...muah...muah...Ah tak suka kena misai.

Lovelies.


Jejaka-jejaka.

Bye.

Thursday, August 5, 2010

Adam Hafiy

Wah dah banyak hari berjaya menjaga Adam secara berduet dengan Azuar. Good boy memang baik, uwekk time nak susu, suruh angkat, boring dan nak tidur. Mummy and Papa pun main gasak angkat you. Harap Adam tak terseliuh badan, organ dan otot. Mak pak tak berpengalaman nak buat macamana. Tapi Azuar pegang Adam memang gerun gerun gerun, kena supervise.


Adam melalak semalam memang seriau, budak jarang menangis, tiba-tiba menangis memang takut. Papanya pergi lalu depan kenduri Cina mati masa buang sampah. Azuar balik, melalak Adam tengok papa dia. Haih... Mummy dah nak menangis tak tau nak buat apa. Bila peluk baru diam, hembus ayat Kursi sikit, baru teresak-esak. Adam nampak apa ek? Jangan cakap kat Mummy, nanti nak turun bawah ambil air panas nak buat susu pun takut.

Hidung kembang memang inherit from Mummy.

Adam dah kenal Mummy! Yes. Hantar kat Tok Teh pagi hari, you dah pandai merengek tak nak. Bila petang ambil you, pandai tersengih. Dialog setiap hari. "How's your day, sayang? Tell me". "uh, ah, uh ah". Mummy tak faham. Sayang, bukan senang Mummy nak jadi Dr. ni. Kat ofis tu, jurnal melambai cakap hai, sila baca saya. Literature Review Mummy pun tak lepas lagi. Paper banyak tapi tak publish lagi. Mummy sabar, Papa sabar, Adam pun sabar ya.

Best juga ada baby ni, rasa macam bertanggungjawab melindungi. Tapi malam, memang katakan tidak untuk belajar. Jadi siang harus absorb segala ilmu. Haih Mummy terfikir macamana kawan Mummy yang study oversea boleh handle everything without extend with their kids beside. Rahsia : Suami yang terlebih memahami.

Ada Adam, selalu Mummy ter solat lambat. Macam-macam kena buat sebab tak pandai nak organize lagi. Rasa berdosa. Mummy pandang Adam, pinjaman dari Allah. Kalau Allah tarik Adam dari Mummy macamana? Takut. Terus cepat-cepat solat.

Entry ini macam untuk Adam plak. Ok, kena sambung kerja terbengkalai balik. Student Pakistan depan meja Mummy asyik dok intai tuh. Ok fine, I buat kerja.

Tuesday, July 13, 2010

Sekarang ini

Masih entri perihal berkisar keluarga. Maklumlah baru jadi emak dan bertiga. Jadi terlebih perasaan teruja ada di situ. Tapi kali ini, kita cerita pasal mak budak.


Hmmm mak budak? Syahdu di hati.... Paling syahdu, bila makhluk dalam rahim dah selamat sebulan keluar, tapi lelemaks masih berada di situ. Tak kau menangis kalau badan masa mengandung naik 20kg... menangis tak berlagu lagi bila perasan expected baby's weight keluar besar, jadi harapan owh badan naik adalah berat baby. Tapi sekali baby keluar 2.68kg sahaja dan maka dengan rasminya yang lain adalah lemak. Seminggu bersalin, emak saudara cakap macam mengandung 5 bulan lagi. Sungguh menusuk kalbu.

Selamat habis berpantang, hanya 10kg yang turun. 10kg yang lain macamana dik non?.... tak dapat akak nak bergaya raya ni, sebab dah besar gelebeh ni. Harap bulan puasa turun dengan lebih drastik lagi. Terkilan sungguh tengok seluar jeans sebab tengah pakai seluar mengandung lagi ni, sebab ada lagi tersangkut kat peha.

Tiap kali Azuar ketatkan girdle akak, tiap kali itu lah dia gelak. Wanita mangsa kecantikan. Mana tak mangsa, takkan nak beli semua stok baju-baju baru atau baju zaman mengandung. Lagi menusuk.


Hah... ni yours truly sekarang.


Eh silap..ini hero Lex Luthor Smallville saya.



Sebelum kejadian.




Sekarang. Tunjuk dagu dan muka bulat sahaja lah.

Thursday, April 22, 2010

Menggila!!!

Say bye bye to the coursework! Yes, dah boleh concentrate on my thesis. I've settle everything including marking students paper before leaving for a longgggg break in Terengganu. Nak jumpa orang baharu, itu yang harus excited lebih kan! kan! kan!.

Tapi hari ini nak cerita pasal menggila....Bukan yours truly yang menggila. Tapi tikus luar rumah yang menggila. Sakitnya hati.... Sebenarnya kami baru perasan, ada tikus masuk dalam cabinet dapur tengah buat fiesta makanan hari Isnin lepas. Azuar menjerit kat bawah, masa turun tengah malam sebab kebulur cari makanan dalam peti ais ajaib kami. Jadi I ni pun terfikir apa kena dengan mamat ni. Dia naik atas, beria bercerita ada tikus besar. So, we all decide buat operasi dapur malam esok je lah since malam ini dah lewat, esok nak pergi office dan bini terchenta dia pun dah mengantuk. Jadi kasi chance tikus buat party lagi malam tu. Ok dah kasi chance!






Malam Selasa ada operasi, we all check one by one. Banyaknya tahi dia. Merata. Siap masuk living hall. Seperti biasa, bini terchenta duduk atas sofa dengan memberi arahan dengan jelas, Azuar dengan mop dan vacuum nya. Konon nak berperang lah kan... Buat lah satu-satu. Sambil fikir-fikir, kat manalah makhluk perosak tu masuk. Habis stok makanan Azuar buang, sebab bini dia cakap dah terkena badan tikus. Kabinet, kosong, tinggal maggi dan bawang sahaja. Pinggan mangkuk pun habis cuci semua, sebab bini dia bising juga, cakap tikus lalu kat situ, jadi was-was dan geli. Tengah nak clear cabinet, ada seekor melompat keluar. Mencicit Azuar lari menjerit dengan vacuum kat tangan. Wah....Tikus keluar panjat-panjat tingkap keluar. Bijak. So malam tu, sebab tak tau nak tutup dengan apa dah, tutup semua tingkap dengan surat khabar, stapler kemas-kemas. Mesti jiran cakap kami gila, padahal langsir dah ada. Malam itu, tidur dengan tenang. Rumah licin dan berbau harum sebab operasi membersih secara total. Dan makanan memang zero kecuali dalam fridge sahaja. Sahaja. Sebab dah tak nak masak. Takut dapur kotor balik dan mengundang makhluk perosak.

Muka tak bersalah, kan! kan!kan!



Rabu, tiada apa yang berlaku. Rumah kemas, sedap mata memandang. Khamis, pagi tadi Azuar bangun. Dia cakap, "Sayang, tengok ni, tengok lah kat bilik ni". Masa tu pagi, dia nak iron baju bini terchenta dia. Beria dia suruh I pergi bilik iron, bilik atas. Damn. Damn. Damn. You all tau ada apa?????? Ada pad yang dah guna, berselerak kapas terkeluar sebab kena gigit atas carpet. Duduk sekarang dah berdua. I memang dah lama tak period, cakap pregnant kan...Tikus ni memang tengah angin, siap bawa pad ntah sape-sape buat masuk rumah orang. Marah tak ada food kat bawah tu kot. Terus I cakap, " Tikus pandai naik tangga ke?". Azuar turun, tengok dalam cabinet bersepah balik. Surat khabar dah terkoyak. Tapi yang penting, tikus bijak. Tikus masuk ikut tingkap kecil dalam toilet tu, sanggup panjat, lepas tu gigit pintu toilet sebab pintu tertutup. Habis habuk kayu berterabur. Kalau dia pandai buka tombol, harus I pengsan. Then terus masuk dapur. Tengok tak ada makanan. Buat dajal hantar pad minah ntah mana ya kat bilik atas!!!!! Agaknya, I banyak sangat mengutuk dia malam sebelum ni kot. Orang tua cakap tak boleh mengutuk binatang.

Petang ini terpikir nak cari net hijau, then paku kat semua tingkap bawah. Agak-agak dia bijak masuk balik tak?

Monday, January 18, 2010

Holla!

Holla readers out there!!!! lama kan I menyepi...hahaha malas sungguh..by the way, HAPPY NEW YEAR, even dah nak masuk tengah bulan, tetap lah new year kan.... Life is going ups and downs..Biasa lah kan...But the truth is, this year, we're going to have our first miracle. For sure!


1. Study

U all tau tak, I've to change my thesis tittle. It's like I'm doing nothing for a year. Buang masa dengan title energy yang lepas. Hah gitu...Committee members nak I buat research on water demand plak...Haru betol mak buyung ni..Geram argh..Since dorang cakap dah ada model, I ikut je lah..


Cepat je masa berlalu, I risau I deliver baby before the sem break. Ni lah the last class....hopefully boleh lah habiskan dengan hati senang lenang.

My friends cakap my tummy kecil sangat...I pun risau..macam buncit sikit-sikit je, tapi nampak juga lah..Atul likes to pap my baby bump. Geli mak!!!! Statement, "Aku suka tengok ko pakai baju pregnant,comel!" Hah ni statement paling mak suka dengar.


2. Pregnancy

I'm on my second trimester. I dint feel any movement inside my tummy. Punya lah I risau, cerita kat gynae. Then, gynae end up by saying, "Kulit perut u, tebal sangat...". Hah..kan spare tyre before pregnant memang tebal gitu...




During my dating scan last week, I saw my baby. Ada je dok menendang, menumbuk. Baru I tahu baby dalam perut memang cepat berpusing, every month scan, ada macam-macam gaya. So, last week, mummy tried to see your face...Budak ni kan, duduk menonggek plak dah..end up, nampak belakang badan, bontot and belakang kepala. I tanya gynae about the gender, again she said " I nampak macam pistol la". Ye lah tu kot, kalau dah 2 times cakap macam tu.


3. Emotion

Dont talk about my emotion during pregnancy. Gila mencanak graph like 100%. Azuar tertinggi suara pun menangis, tersalah pass barang pun menangis, terlupa tutup tingkap time hujan pun menangis, rindu kat mak pun menangis, stress baca journal tak paham-paham pun menangis, letih pun menangis. Kesimpulannya tiap-tiap hari menangis and it's all about small things. Menangis pun campur mogok 3jam tak nak bercakap dengan Azuar, hasilnya pandai pula dia hang towel sendiri, lipat kain pelikat nicely and put his dirty clothes in basket. Rasanya Azuar dah tak memujuk sangat, sebab my tears murah sangat nak tumpah. So dia bertindak je lah buat benda yang nak ambil hati I cepat-cepat.


Tak ada lah over macam ni kan...

I tau u baca ni...Honestly speaking, I benci u main online games yang buang masa and FB also. Rasa nak mengamuk aje! Unless u dah settle all the housechores, baru lah boleh terlentang senang lenang gitu. Kalau tak mak rasa macam berlaki dengan kanak-kanak lelaki je.

Saturday, December 12, 2009

Hoh?

Sekarang I jauh sangat dari Azuar.................hahahaha. I balik Terengganu sebab homesick banyak sangat dan rindu bilik zaman bujang yang sangat comfy..................Sejak kawin, ni lah kali kedua tidur asing...Semalam pelik juga nak tidur, sebab biasa ada je bunyi orang berdengkur, sampai bini cakap, "Pergi beli Breath Right sekarang!" dan alamak, tak berkesan langsung. Redha.



Rupa-rupanya bila balik, ada juga something to do. At least, ada bergerak juga Literature Review. Dan kenduri sahabat baik sekolah rendah yang baru perasan ada kad atas meja. Wajib attend. Ehh....terlupa, tidur juga terlebih.



Ok, yours truly nak letak pic sendiri ni..Jangan terkejut.....

-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-



-

4months of pregnancy. 59kg. Pengsan. Sekian, terima kasih.

Monday, November 30, 2009

Macam-macam

Let's talk about my pregnancy again. Ceh ceh wah..mana part thesis, mana part studies..ntah lah.




Last weekend, we went back to our hometown, Kelantan and Terengganu. So, everyone is not expecting me to do more works. Hati mak ni lagi lah, berbunga kan, pergi rumah MIL ke parent sendiri ke, dok berehat aje...kata tak sihat kan...We had few discussion with my mum. Macam-macam bercakap. Mak lagi lah suka bercerita pasal experience pregnancy dia. Mak cakap I ganas, kalau nak duduk tu selalu main hempas punggung je. Macam tak ada pape. Tapi lately, dah noticed, penat sangat nak meround shopping mall ke, tempat ramai orang ke...


I ada bercakap dengan my mum pasal konon2 nak deliver baby kat tempat best, bukan GH la. Mak cakap tempat mana-mana pun sama. Mak bercerita juga, dulu dia ada minta nak bersalin kat tempat best dengan ayah, bila isteri kawan-kawan ayah, isteri pegawai kerajaan tinggi juga semua bersalin kat tempat X%@^&. So mak request nak la merasa juga. Sekali ayah cakap, "Saya bayar awak bersalin kat tempat tu, kalau betul lah beranak tu tak sakit langsung." Mak pun terdiam. Mak cakap sampai sekarang dia rasa apa yang ayah cakap tu betul.



Mak cakap kenalah selalu berdoa. Mak cakap dulu dia selalu minta supaya anak cukup sempurna sifat dan dipermudahkan bersalin nanti. Bila dah jadi mummy-to-be ni kan, memang everything kita wish. Ni la yang selalu berdoa, tiap-tiap kali lepas sembahyang. I wish......

1) Baby cukup sempurna sifat dan akal

2) Menjadi khalifah di bumi Allah

3) Anak yang beriman, cerdik, pandai

4) Anak yang soleh

5) Menjadi pembimbing kepada zuriat yang lain.


Bab anak ni, panjang sungguh berdoa. Tapi terlupa plak nak letak pasal dipermudahkan urusan bersalin. Ok kena tambah.


Morning sickness. Setakat ni, baru muntah 2x. Yang lain loya all day long. Dont talk about my weight. Badan macam kena pam. Maklumlah alahan tak ada. Makan sedap je memanjang. Cuma alahan bau sahaja. Muntah pun disebabkan bau. Bau rumah sendiri paling tak suka. So macamana nak capai matlamat 'Home Sweet Home' ni.


Thesis. Lembap macam siput. Target, sebelum deliver baby, nak siapkan chapter 2 & 3. Azuar cakap, kalau laju taip thesis macam blog kan bagus..... Hahahahah. Thesis tu macam berkarya lah...Nak ada idea, baru boleh mengarang. Tahun depan dah nak pikir dengan baby and my studies.

Friday, November 27, 2009

Monday, November 23, 2009

Threated Abortion

I was shocked today. Woke up late, walking lazily, straight to the bathroom and I noticed a blood spot and brown spot on my panties. Being a mummy-to-be, i had big zero experience. It was like I macam datang period. But obviously it's not. Ada darah berketul. Duhhh...

I called Azuar. I cakap nak pergi jumpa gynae hari ni. Luckily, my mother in law is here. I showed her the blood spot yang I calit on tissue. Then, she followed me. It was dup dap dup dap journey to the nearby clinic.

Sampai clinic, I terus masuk emergency room and kena buat urine test lagi. Then klua balik for another consultation. Lamanya nak jumpa gynae. I dont know how many time, Azuar is keep calling me from the office. Then, it was my turn.

I told everything to the doc. Doc maybe tahu I takut sangat. Kali ni doc nak buat scan lagi. So, this was my 2nd time to meet my baby. Macam-macam doa ada dalam hati ni. But this time, the machine is more advance. Screen merata tempat, not like previuosly machine.

It was a big relieved, when I saw the baby is still kicking and the heart is still beating. And he/she is bigger now. 5.83cm. The doc said, "Assalamualaikum sayang". It was in dramatic way and I started to cry. I cant stop this tears. "See your baby, ada kepala, ada betis, ada jantung, ada tangan. It's complete. Jangan risau". The doc explained one by one. "Sayang, tunjuk mummy your tangan, tadi makcik nampak sayang garu kepala, tunjuk mummy tangan, cakap mummy sayang tak ada apa-apa". I was hoping Azuar is here. I menangis in front of the doc.

"Mahirah, jom kita dengar your baby's heart beat." Dup, dap, dup, dap, dup. 161. I can hear it in that silence room. Kuat sangat. Bila tahu ada jantung lain berdegup dalam badan sendiri, memang rasa lain macam, dan tak percaya, I'm in that stage now. After that, baru start bersoal jawab dengan doc. Doc noticed rahim I tak kuat. So, she suggested, "Kerja u sekarang makan, tidur, makan, tidur".

I dapat 2hari MC. So, kat rumah dah tak boleh buat kerja banyak2 sangat. A big yeay for me, tak payah pergi office. But still a tonne of works is still waiting for me. Blog ni dah jadi "the journal of my little one" pula. Tak apa lah, in future when he/she can read, he/she will know, how mummy is struggling to carry you here and there. Besides, mummy is hoping, mummy still boleh dapat Ph.D with flying colors. Baby, you know what, papa is a good typist for me! We have teambuilding commitment here. Papa sangat pandai buat references APA style even with his close eyes. If u give it to me, I buat, tapi makan masa berjam-jam.

Mak is still in Vietnam. Nanti I cerita kat dia, sure I menagis lagi. Let she knows by her own. Hehehehe.

Monday, November 16, 2009

Last weekend

Hello peeps...


Lately... selalu malas nak membelog...dok terlentang depan tv suka plak kan..
so, here the updates:

1. Baby dah 4cm. i'm so touched. Baby dah start kicking around, sebab kecil sangat tak ada lah terasa. Now, baby dah form clear tangan dan kaki. Azuar memang la touching and sensitive, bila doc tunjuk je, dia gengam kuat2 tangan I. Mak lagi lah rasa nak menangis tau!!!

2. Ikan peliharaan 2hari, selamat 3ekor meninggal. Kitorang memang tak ada talent langsung. Azuar cakap maybe terlebih makan kot, sebab both of us ntah berapa kali sehari bagi makan ikan-ikan tuh.



3. Memborong sakan di MACY. Biasa Azuar selalu take for granted bab2 rumah2 ni. Hari tu sale punya pasal, semua benda dia nak beli, sedap pulak dengar bila dia cakap, " Sayang, apa lagi nak, ambil2 lagi'.


4. Habis marking paper final 15orang sahaja. Tahap kemalasan memang melampau, sikit punya students, i took half of the day nak habiskan.

5. Perut dah rasa besar and senak2. Rasa ibarat macam ada ikat 1kg gula kat perut ni. hahahahha.

6. Azuar was so so excited. Dia dah beli barang baby. I macam tak berkenan sangat, sebab it's too early, takut apa2 kan. Tapi dia selalu cakap think for the bright sides. Boleh simpan or untuk anak buah ke. 3botol susu kecil $60. Baik beli baju maknya kan...Ikut dia nak beli 1set Avent Phillips tu yang beratus...mak aih..

Tuesday, November 10, 2009

What is your favourite skincare regime?

Being 6months of SKII user, i can say, it's just like 23% improvement. Hah..tak tau nak cakap, it's just maintain my skin and preventing from a colony of pimples. Tapi bila nak period, banyak juga naik. But since I'm pregnant, my skin become worse day by day. skin breakouts, pimples, dry skin and etc. Macam-macam lah. Tapi yang worse sangat, dry skin. Melarat hari-hari. Sampai ada dark circle around my lip. SKII didnt help me at all. Makin geram ada lah. Investment Azuar memang lah membazir lah kan. 'Air Ajaib' yang digembar-gemburkan kehebatan dalam TV tu, memang tak boleh harap. Bazir duit je.


Kulit memang buruk. Camera cokia memang tak berkualiti juga.


Macam pergi facial treatment New York Skin Solution few months ago, kulit dok macam tu juga. Kulit ke apa ntah. Lepas facial, berbintil-bintil jerawat naik. Mujur tak terus ikut session treatment tu lagi, kalau tak melayang lagi duit. Degil sungguh. But now, kulit dah ok sikit...... Azuar is confusing, masa nak pergi beli tu dok tanya sure ke tak nak beli. At last, I guna sabun susu kambing ................................. RM3. Hahahahah, terus dry skin ok! ok!. Azuar nak tengok berapa lama I bertahan agaknya. Dia tau I fussy. Kalau benda murah dan berkualiti, ok juga agaknya. Selamat datang sabun susu kambing RM3....

Wednesday, November 4, 2009

Masa berlalu

Uhuk..uhuk..dah berhabuk pun blog ni..macam rumah tuan dia juga..sebab penat dan kemalasan yang melampau2. Rasa-rasanya morning sickness dah nak tamat tempoh. Dah kurang loya tapi sensitive bau tu ada lagi.

Hah..kelmarin baru realize dah 9 weeks of pregnancy. Lagi 2weeks, dah 3bulan. Jeans kesayangan mahal dah tak boleh pakai dah. Dok cantik tergantung. Hope in future, itu lah motivation nak kecik balik. Amin....
Rasa tak ready nak ada a new family member pun ada lagi. Semalam baru perasan. Ada family ocassion rumah saudara, then ada baby tidur, so his mummy suruh I angkat masuk bilik dia. I pandang baby tu lama-lama, I tak tau nak start pegang kat mana, then his grandma pun willing nak angkat baby tu. Jahil betul.

After that, on the way balik rumah, I tanya Azuar, ready dah nak ada baby. Dia memang beria lah sangat. I dah start ajar practise kejutkan dia bangun malam-malam. Macam ambilkan air untuk I, nak ubat, urut badan and perut. Walaupun mata pejam, buat lah juga mamat tuh.

Seingat I, I tak ada pengalaman langsung jaga adik. I sendiri pun, keluar perut mak, maid yang jaga. Kakak pun macam tu juga. Memory pasal adik pun dah lupa. Ingat-ingat pun, dapat adik happy, balik sekolah cium adik, pastu main-main sikit, pastu bosan. Hahahah teruk. Tapi ada satu memory tak boleh lupa lah. Masa tu Lily baby lagi kot. I and kakak sangat lah excited, coz jarak umur nak dapat adik tu jauh sangat. So berebut la dengan kakak nak dukung Lily, sekali Lily jatuh atas carpet, menangis tak ingat dunia. Maid yang jaga masa tu, terkejut, takut dengan mak. Mak dah menjerit dari atas sebab dengar bunyi Lily menangis pelik. Lepas tu mak kejar I dengan Syasya keliling rumah dengan lidi, mak siap menangis2 lagi. Kitorang takut sangat. Lepas tu taubat tak dukung adik dah. Maid pun dah tak bagi. Patut lah Lily tu paling degil skarang ni, mak cakap lah, sbb kepala dia terhentak kakak-kakak dia buat. Mujur belajar masuk university juga. Hahahahha.

I nak tanya kakak I juga lah ready ke tak, nak ada baby. Sebab dia jahil macam I juga. Syasya meletup tahun depan juga tapi bulan Feb. Mak nak dapat cucu 2orang sekaligus tahun depan. Cepatnya masa berlalu, rasanya macam baru semalm kena jerkah dengan Cikgu Yah garang tu. ;D

Tuesday, October 20, 2009

Tunggang langgang

It was a hectic weekend. Pheww penat....

Somebody is persuading me to accompany him for football match tonight. Ala...terpaksa dalam rela la..Tak pergi kan kecik hati plak laki teman...Dari minggu lepas dok tunjuk proposal kan, macam-macam alasan yang ada... Jadi bagi chance pergi juga la malam ni. Orang suruh pergi sorang, dia cakap tak nak tinggal bini plak sorang kat rumah. Tapi memang mamat ni dari dulu, dari sebelum bernikah, sampai bini dah bunting, kemana nak berkepit, nak pergi lepak dengan kawan kat mamak pun sibuk nak ajak bini.

Another next week, final exam dah start. So I sangat la gundah gulana, but I'm happy at least, semua exam take home test bebeh...Tapi for sure la sangat triple susah. Haa... semalam dapat result last exam, I memang risau subject ni. U all tau tak, students ada 3orang je, 2org lecturer from UKM, and me, young lady yang baru sambung PhD ni kan. So dalam class tu, I banyak diam je, menyampuk pun sikit-sikit je. I memang rasa leave behind and kerdil gitu. My result at least tak mendukacitakan, I tinggi dari dorang. Alhamdulillah.

My house is in messy. Malu tengok. Tapi I memang tak laratnya bila dah start morning sickness ni. Biasanya Azuar suka buat bersepah. Bila dah rumah macam ni, I tanya dia ,"Suka tak rumah condition macam ni?" Dia cakap tak suka, tau plak dia nih. So sekarang dia banyak la buat housechores.

Friday, October 9, 2009

I like makan free

Ini sebenarnya on our last weekend, I attended 4 openhouses in a row on Saturday and also I had 4 in Sunday. Makan free ni semua orang suka, I cant deny it. But I tak jumpa lagi ketupat palas dan rendang daging akhir-akhir Syawal ni dan openhouse semua offer lauk moden like mee kari, nasi dagang, nasi tomato, nak jumpa lauk pauk Raya pun payah. I mengadu teringin nak makan ketupat palas and rendang dekat Azuar, but he said nanti dia cari kat pasar je lah.




Weekend ni ada lagi openhouse and I'm looking forward the menu yang I teringin sangat ni....and biar nampak macam mood raya lagi.


OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers