Monday, September 20, 2010

Itu adalah NIKMAT.

I am proud to be a mother.

Wahhh.. statement..

Sejak menjadi mak ni, sejak kawan ramai yang single mingle.. bila berjumpa, the most question is "Sakit tak beranak?" and my answer was "Ada ke orang beranak yang tak sakit?". Hahahaha

And I will tell my experience, if in future it will be experiencessssssssss (InsyaAllah).

I memang pernah cerita, how I deliver my Happy Baby . Sakit lah you... Contraction tu memang sakit. Cuma kita berharap masa tu tak lama. Like my sis admitted to ward sampai seminggu before deliver her baby, itu pun jalan 2cm. Haa...tak nak tak nak. Takut sakit. Stay hospital pun sangat boring @#$%^&@. I kalau jumpa my Mak, mesti cakap, "Kalau boleh tak nak sakit lama, sampai doktor, terus Dr cakap push sekarang!". Acap kali kot. Maybe kata-kata tu doa.

Sebelum Adam keluar, I dah prepare macam-macam ilmu. Baca macam-macam ubat dan kesan-kesannya. By 3rd trimester of pregnancy, takut nak bersalin tu dah ada feel. What I did was, setiap kali solat minta dipermudahkan bersalin, dan selalu lah baca surah-surah Maryam, Yusof, Luqman dan At-Taubah. I kan lurus bendul, dok baca surah-surah ni aje, sampai tak tau rotate berapa kali. Patutnya baca lah Juzuk ke juzuk lagi bagus. Sampai kan nak masuk Labor Room, ada pesan kat Azuar, suruh habiskan Surah Yusof yang I baca sebelum ni tak sempat habis.

Memang rezeki dan nasib I kot. Sakit bersalin tak lama. Masuk wad satu hari, malam tu dah start proses teran meneran. 11malam dah sakit macam hape, 2pagi masuk Labor room. 5 pagi Adam dah kenal dunia. Masuk wad awal pun, sebab ada blood stain, but still tak sakit langsung. Dr check cakap dah 3cm. Itu yang kena tahan. Masud wad awal, sengih-sengih kat patient lain, dah tak sabar nak beranak ni, tapi sakit tak datang lagi...Aiseyy..

Tapi I ingat malam tu, nak tidur tak boleh. Dah lah suami jauh di sisi. Arghh..dia tak boleh masuk. Sakitnya sangat-sangat. Tak pernah lagi sakit sampai nak menggelupur terketar-ketar. Malam tu, I tak sabar nak masuk Labor Room sebab sakit sangat and tak sabar nak jumpa Azuar, nak mengadu ni, akak kan manja.... Tapi yang penting, nak Azuar ada kat sebelah time sakit ni, tempatnya Labor Room je suami boleh masuk tengah malam buta ni. I dengar patient bed sebelah cakap 5cm baru boleh masuk Labor Room. I paksa nurse check jalan dalam 4 kali juga kot. Nurse tu dengan jegil matanya marah "Awak ingat bagus ke check banyak kali, nanti kena infection". Mana dia tak bengang dah lah shift malam, orang lain semua tidur, I dok ulang alik masuk bilik rawatan suruh check jalan. Sakit check jalan tu, pasrah je, sebab tahu sakit beranak tu azab lagi.

Kali keempat I paksa dia check, dengan muka marahnya dia pakai glove, suruh akak kangkang ni, ready nak seluk tangan lagi. Dengan mulut pot pet pot pet dia, akak sabar je.. "Hah, 4.5cm lagi...Oooo awak nak masuk Labor Room ya.. Anak sulung memang lah lambat sikit. Ok saya tulis dalam report 5cm. Call suami awak, suruh pergi Wad 1 sekarang!". Ada lah nurse berumur sikit ambil wheelchair untuk I ni kan. Sekali nurse check jalan tu jerkah cakap" Tak payah wheelchair, suruh dia jalan je". !#$%&*. Tak apa tak apa, niat dia baik, suruh bukaan tu lagi cepat terbuka. Tapi akak kalut sakit campur gembira kot, sampai lupa nak capai tudung, dah la mengerbang rambut dok menggelupur tadi.

Dalam bilik tu, dah berapa kali ulang ayat Nabi Yunus tu. Sampai tercampur doa makan juga. Tapi masa atas bed dalam Labor Room, terdetik juga suruh Dr belah jelah perut I ni... dah sakit sangat ni. Tengok Azuar sarung robe, wah bangga jap nak jadi mak bapak orang ni, dah tak sabar nak teran ni... Bila Doc pecahkan water bag, bukaan tu macam cepat je, 6, 7, 8, 9 cm. Azuar pun dok sibuk dok mengira. Bila dah dekat 10cm, itu part yang tak sabar... Alhamdulillah selamat.


Tiap kali balik ofis pegang Happy Baby ni, terus terindu nak berperut buncit berisi lagi. Haihhh..

Tapi ada 10 orang anak pun, 10 cerita beranak versi berbeza. Semoga yang bakal jadi mak tu, dipermudahkan segala urusan bersalin.

2 comments:

lilylala said...

ololor..tomei sgt adam ni..

siti norfatiha said...

ini gambar smlm..

blm fikir pasal beranak sbb asyik fikir pasal mengandung..

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers