Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010

Mahirah, Azuar & Baby Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaflah ye...keretapi akak lambat sikit ni tapi janji wish...




Raya tahun ini memang gembira lah. Sebab dah bertiga, tahun lepas berdua, eh tak tak dua setengah, sorang lagi tengah develop dalam perut. Raya kali ni juga, akak kembang semangkuk, badan tak kempis lagi. Raya ni juga , penat. Sebab sibuk mengemas berbondong-bondong beg usung situ sini. Ulang alik Kelantan-Terengganu setiap hari, wah adil kan Azuar. Hari ni Kelantan, esok Terengganu. Kesian Adam, sekejap atas jale, esok atas jalang. Tak apa Adam, now in KL kita dah 'on the road' ni. Hishhh tak boleh sebut isu ni, nanti Azuar cakap tahun depan straight Raya Kelantan sahaja. Papa, jangan kejam. Please please.


Dah bertiga ni, payah juga nak ambil gambar yang proper.


Ok fine, tak nak juga senyum. Tak apalah mak ayah teruja lebih.


Bila dah bercuti lama, kita balik beraya di KL. Weekend aje lah ada chance berjalan. Sape ada lagi openhouse, cakap ya. Budget tahun ni, serbu rumah terbuka orang je. Eh Cik Ct bila lagi?

Beraya rumah Nad. Geng kawan sehidup semati zaman university degree dulu. Apasal I je yang melebar, orang lain maintain ni? Sorry ya, agak getis di situ. Baju raya akak ni sama lagi, tak apa, orang KL tak tengok lagi ni. Lagipun cotton, selesa nak pakai. Alasan. Akak pakai baju dry 'clean' kat Terengganu pun syahdu. Teringin juga nak perasan diva. Dah beranak ni lain cerita plak. Kena muntah anak la, kencing anak la. Adam, mak kau pasrah je ni.

Ada ke orang terlupa salam cium tangan suami Hari Raya? Akak lah tu. Sebab kat rumah ramai sangat budak kecil yang nak bersalam, sampai terlupa nak cium tangan laki sendiri kat sebelah. Hahahaha. Itu pun tersedar bila Azuar sebut dalam kereta masa on the way back to Kelantan. Terus salam dia tengah drive. Wah, maafkan isteri mu ini... elehhh...padahal dia pun tak ingat juga sibuk dok jadi photographer of the day.

No comments:

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers