Wednesday, June 2, 2010

Anugerah Ilahi (1)

Part 1

29 Mei 2010

11.30 pagi, aku perasan darah bercampur lendir, tanda awal bersalin mula mengalir keluar. Aku cool sebab tak sakit. Tapi laki aku panik terlajak, dia packing siap-siap. Aku cakap nak pergi hospital bila ada contraction sahaja dan mula sakit. Kalau pergi awal, mesti kena tahan wad awal. Aku tak nak. Argh...darah mengalir sampai ke malam. Malam, aku terjaga 3 kali, sakit macam period pain, aku boleh tahan, jadi malas nak layan, terus terbungkang tidur dalam bilik mak.

30 Mei 2010


Hish..sakit macam period pain menyerang ala-ala manja. Aku turun naik tangga, tersengih sana sini lagi. Tapi sakit ni datang berulang pula, 1 jam sekali, 45 minit sekali, setengah jam sekali, 15 minit sekali. Aku dah pandai kira tengok jam, bila cukup waktu, aku cakap Azuar, sakit datang lagi. Aku tau sah contraction. Jadi, cepat-cepat breakfast dan Azuar bawa pergi hospital.



Sampai hospital, aku naik Tingkat 1. Aku mendaftar, Azuar settle bahagian bil dan pilih wad. Aku tersengih menunggu. Tunggu doktor dan tunggu laki aku. Laki aku datang. Ok, lega. Mana doktor ni? Tup..tup..tup doktor muda handsome datang. Shit! Aku kenal doktor ni. Aku tengok ID card. Aku diam buat cool, buat tak kenal. Sebab aku sakit, lantak lah, doktor lelaki pun aku tak kisah, harap semua cepat siap. Doktor budiman check bukaan jalan, bagi yang dah beranak, mesti tau macam mana sakitnya. Seluk tangan segala bagai. Senak sakit semua ada. Aku memang jenis tak tahan sakit, jadi terkepit-kepit peha. Doktor budiman memang baik hati buat perlahan tapi aku sakit sungguh. Jalan 3cm.


Masa consultation, macam-macam kena interview hal perihal pregnancy. End up, doktor tanya, "Awak cam tak saya?". Ok, fine, dalam hati aku cakap, mesti lah kenal, schoolmate zaman Form1 sampai Form3. "Rasa kenal, budak Rantau Abang, kan?". Ok Syafwan, diam sampai situ je lah kan.



Aku masuk Wad 2A. Aku pandang side kiri, terlentang ibu-ibu mengandung dah kena tahan 3-4 hari dan jalan masih 3cm, semua muka bosan. Aku pandang side aku, terlentang ibu-ibu muda beranak sulung, semua muka excited berdebar. Side belakang, ibu-ibu bakal di belah perut, muka cuak. Ada kesamaan di situ. Aku berdoa biar aku cepat-cepat bukaan 10cm, tak ada masalah dan cepat keluar dari situ. Aku tak reti nak handle baby sorang-sorang.



Azuar hanya dapat jenguk aku waktu melawat tengahari dan petang sahaja. Jadi sepanjang aku di wad, Azuar berumah dalam kereta dan masjid. Kerja aku tengok jam, tak sabar tunggu waktu melawat, ada orang teman berborak. Contraction ada lagi. Tapi aku boleh tahan. Tahap kesakitan 1:10, itu yang aku baca dalam report doktor.



Waktu malam, sakit sampai bersambung ke pinggang. Aku malas nak melayan lagi, jadi aku merayau ke bed orang lain. Beramah mesra. 10 malam, sakit datang kuat tiap 10 minit. Kali ini, mengiring ke kiri, ke kanan semua tak kena. Sakit berdenyut 1minit, gap 10 minit berhenti. 1 minit aku rasa macam 1jam. Sakit tak terkata. Aku ulang alik masuk toilet, aku cucur air ke bahagian bawah, rasa relieve sikit. Kali ni aku dah tak tahan, aku suruh nurse check jalan pukul 11malam, bukaan baru 4cm. Aku dah tak tahan. Aku mesej Azuar minta ampun banyak-banyak, aku takut beranak susah. Sakit macam nak terputus nyawa. Aku mesej mak, minta halal air susu dia selama ini. Sakit aku dah terketar dan nak termuntah. Aku tengok jam, lambatnya masa berlalu. Aku gerun bila datang setiap 5 minit, gerun sakit tak ingat dunia. 2 pagi, aku paksa nurse check jalan lagi. Aku nak beranak pagi ini juga, aku dah tak tahan. Jalan 5cm, boleh masuk labour room. Nurse suruh aku berjalan, turun tingkat 1. Sakit tak tahan, sampai terlupa nak capai tudung, rambut mengerbang tengah malam macam pontianak. Aku redha.

3 comments:

naza delizia said...

hmm.. orang kata, kesakitan yg paling tak tertahan is sakit nak bersalin... u experienced it, so u know it better...

alhamdulillah, semuanya selamat dan sehat.. tu yg penting, kan?

i'm so happy for u, dear! anak tu anugerah.. so, i always talked 2 myself, it's worth the wait...

for u, jagala anugerah tu baik2.. smoga dia juga baik hati seperti papa juar dan bijak pandai seperti mama... and, congrates again!!!

:D

just azura! said...

mama!

congrates to you!

Ted said...

mama!!! tahniah k.hehe, cam comel je sampai lupe tudung nak g bersalin.hehe.

hope mama n baby sehat walafiat

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers