Monday, June 7, 2010

Anugerah Ilahi (Part 2)

Part2

Signboard WAD BERSALIN. Argh tiada perasaan. Cepat lah makhluk dalam rahim keluar, sakit dah tak tertahan. Terpandang laki aku, mata merah mengantuk menunggu depan wad bersalin. Nurse escort masuk ke labour room. Sempat juga aku pandang wanita lain terkangkang dalam kain dengan muka tahan sakit. 2.10 pagi, aku siap terlentang tunggu doktor pecahkan air ketuban. Kali ini sakit rasanya tahap paling sakit dalam hidup. Datang tiap 5minit. 5 minit berhenti, sempat aku krooh krooh...





2.30 pagi doktor siapkan peralatan untuk pecahkan water bag. Memang jodoh aku dengan doktor lelaki muda lagi. Handsome. Aku memang duduk tak tentu hala, mengerekot semacam, sakit dah maksimum. Dok genggam lengan doktor sepanjang dia buat kerja. Doktor muda ambil masa buat kerja bercampur dia pun menggelabah juga. Cari urat kat tangan nak masuk air pun, bercucur darah keluar macam paip. Nurse dok support, "Doktor, focus...jangan menggelabah". Aku ni dok mengomel, "Sakit doktor...sakit...sakit.... Nak ubat penahan sakit...Saya nak epidural". Doktor perempuan lain menyampuk cakap tak boleh bagi sebab patut kena inform awal-awal dan ada prosedur lain. Lagipun aku dah tahap maksimum sakit, susah lah nak inject kat tulang belakang, sebab aku dah tergeliat sana sini. Jalan still 5cm. Dalam hati ni, dah macam-macam ayat baca, siap tercampur doa makan pun ada. Cepatlah 10cm.


Dibiar aku mengerekot sakit. Kali ini Azuar dah dipanggil masuk. Aku berpaut tengkuk dia tak lepas-lepas. Pakcik tu terbongkok lah juga layan bini dia. Mulut ni memang dok mengomel, "Abang dah sembahyang hajat? Sayang minta ampun. Sayang sakit sangat". Azuar memang selalu touching. Dok bergenang air mata dia tengok aku. Lagi lah akak ni kan takut. Aku cakap kat dia jangan menangis. Dia boleh balas, "Kalau Abang boleh tukar dengan Sayang, Abang rela...". Wahhh gitu kan..


Aku rasa aku je bising minta itu ini dengan Doktor dan nurse dalam labour room. Bilik sebelah dok meraung. Aku plak sekejap nak Epidural, sekejap nak Pethidine, sekejap nak Entonox. Lepas tu aku dengar nurse dok cakap, "Patient kita ni ambil Ph.D". Cis...perli aku ke apa. Aku rasa injection Pethidine tu buat aku khayal. Sebab aku dok merapu masa tengah meneran. Tanya berapa haribulan lah, thesis buat pasal apa la, tanya nurse habis shift pukul berapa lah, nurse belajar macamana lah. Masa kepala baby nak keluar, aku tak habis-habis dok tanya, "Nurse, kepala keluar tak lagi, keluar tak lagi?". Nurse cakap dah nampak rambut. Aku tak percaya, aku tanya Azuar plak, suruh dia jenguk. Becok betul mulut aku. Teknik push pun salah. Main hentam sebab misi nak keluarkan makhluk dalam rahim secepat mungkin. Kepala anak elok-elok dah keluar, jadi termasuk balik bila aku tarik nafas beria. Nurse dah keliling, "Mahirah, teran macam awak berak sembelit". Dengan sekuat hati, keluar juga Muhammad Adam Hafiy pada 31 Mei 2010, 5.05 pagi.

Memang kuasa tuhan, bila Adam keluar, sakit macam nak terputus nyawa, macam kena sembelih, serta merta hilang. Nurse letak dia atas dada aku, aku pandang dia biru tanpa perasaan. Aku ingat aku menangis, tapi tak...sebab aku penat meneran dan menahan sakit. Aku pandang Azuar azankan Adam atas dada aku. Dah bertiga pun kami.




Hai Mummy, Hello Papa!!

11 comments:

missalongwani said...

wahhhhhhhhhhh!!!congrats mama..dah dapat baby,,,, :)

big-girl said...

mama, congarts..comellah baby.act, x sanggup nk baca sbb takut psyco lak, tp akhirnya abih jua ku baca..heheh..take care ya

Mama Ryn said...

tahniah mahirah & suami..macam2 kan pengalaman bersalin ni..tp tu la keindahan menjadi sorang wanita & ibu.

fifie_fairuz.. said...

Mahirah...saya suka baca blog awak..ingat say lagi tak..kwn ms sekolah rendah dulu..fifie..
saya pun baru lpas bersalin 20 mei baru ni..actually due date kita lebih kurang tapi saya bersalin awal 2minggu dari due date yg doc bg..alhamdulillah..baby n mom sihat...pengalaman bersalin kita lebih kurang je..n saya tersenyum je bila baca blog awak..
Anyway..tahniah buat mama n suami...selamat menyambut kehadiran org baru yg ditunggu2..same2 kita membentuk ank kita menjadi insan berguna n berjaya dunia dan akhirat..=)

fifa syrus said...

congrats madam...adam, b a good boy ya!...i noe, ur mom dpt didik u dgn baek nati..yeah!

Mahirah Kamaludin said...

thanks to all.
fifie, kita ingat lah awak. kalau ada sini, mai la dtg rumah.

misha.w said...

terharunye bile baca part bile suami mahirah nak tukar tmpt sbb sakit tuh. terus nangis. touching. sobs! alhamdulillah semua selamat. congrats to mahirah & suami.:)

fifie_fairuz.. said...

hehehe insyaAllah..pantang pun x lepas lagi ni...kim salam kat ur boy,Adam...cute sgt!

Anonymous said...

mama..cepat la smbung crite...suke bace celoteh mama..=) anyway congrats!

cik senah said...

tahniah mahirah.. selamat menjalani kehidupan sebagai ibu.. :)

p/s : touching giler bila baca part azuar nak swicth place ngan u dalam labour room.. so sweet... :)

"congrats to both of u..!" meriah ler hari raya thn nie kannn.. :) dah bertiga sudahhhhh...

Yanie said...

Congrats for the newborn kak. Hope that it is still not too late for me to extend the wish... And your baby sangat cute... And kalau akak datang KL, roger lah kat Facebook saya. Nak jumpa baby!!hehehe

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers