Monday, July 5, 2010

Being a mother

How's your life being a mother?


Hari ini selamat 35 hari berpantang you..... tapi BOSAN tak payah cakap. Mak cakap saya culas berpantang. Jalan macam jin. Lepas tu sakit pinggang, panggil mak bidan lagi datang mengurut. Mak bidan cakap, "Mek ni jalan banyak sangat, urat habis tersimpul". Nak habis pantang dah ni, mak cakap saya jalan macam gergasi pula. Saya cakap saya tak suka buat kerja lembap, kena aktif. Tapi sakit urat tu memang ada la...



Perasaan jadi mak? Speechless. Saya tak berjaya menetekss *sedih* sebab inverted nipple. Sila google sendiri. Jadi Adam culas sebab sejak lahir puting bottle dia sedut, padahal makin hari nipple dah mula timbul setelah macam-macam usaha dilakukan, makin sua kat mulut dia, si kenit tu makin melalak. Papa dia tak payah cakap lah beria beli segala bagai mak nenek gadget breastfeeding, membazir duit. Ada satu malam, Adam tidur, Azuar paksa tetek kan dia, mungkin tak perasan mata terpejam, pandai pula dia menyuyut. Papa dia cakap, "Sayang nak tau tak, this is the best moment in my life". Wah.... sebab tengok anak meneteks. Time akak beranak pun dia bisik kat telinga, "Sayang, this is the best moment in my life". Mana entah satu yang the best moment tapi akak tahu, Chelsea menang adalah the best ever in his life.



Mula-mula keluar 2.68kg. Rambut siap pacak-pacak.

Sebulan 4kg you... Hah kasut besar tu..

Hari ke 3 jadi mak, saya tanya Azuar, "Abang stress tak ada anak?". Dia cakap dia happy, hidup dah lengkap cuma penat sikit. Dia tanya saya balik. Tak sempat jawab lagi, akak dah menangis you..."Sayang stress sebab tak cukup tidur". Wow childish nya saya..


Adik saya cakap saya tak ada sifat keibuan. Tiap-tiap malam hantar anak ke nursery *bilik mak*. 2minggu jadi mak, baru pegang bontot anak salin pampers. Nampak tahi Adam, terus uwek uwek. Kakak datang selamatkan keadaan. Saya benci situasi itu. Saya nak jadi emak yang sempurna. Saya rasa kelemahan saya adalah terlalu bergantung dan mengeluh. Ada kekasih hati/tunang/suami yang kalau boleh nak suruh saya duduk atas kerusi sahaja sebab cakap saya dah penat bawa perut 9bulan dan beranak meneran zuriat dia. Ada Azuar memang tak culas bangun malam, sebab bagi laluan bini dia nak kroh kroh. Lagi lah akak rasa tak tau nak buat apa kan. Ada satu malam, saya dengar Adam merengek. Saya cakap kat Azuar, Adam terjaga. Pakcik tu boleh tepuk paha saya banyak kali konon-konon dodoikan, "Adam, tidur ya..". Ok, pakcik dah mamai tersalah orang.

Tidur lah anak oi..Mummy nak ber facebook plak.

Tapi manusia belajar dari pengalaman. Saya rasa walaupun ramai orang keliling Adam dodoikan dia, dia kenal Mummy dia mana satu, walaupun Mummy dia malas macam tahi nak sentuh dia, cuma suruh orang buat sahaja. Ambik kau, bila berpantang rumah mak mertua, mesti tunjuk semua yang terbaik. Mesti semua loving, mesti ada mother bonding. Mesti tukar pampers 2jam sekali, tunjuk cakna bontot anak takut ada rashes. Set masa, buat susu anak. Cium-cium anak setiap masa. Kata-kata manis perangsang sepanjang masa. Tapi masih mak mertua mandikan anak dan teman berjaga malam.


Sebenarnya hari ini adalah hari pertama saya menjaga Adam seorang diri. Akak rasa akak sakit pinggang pula, terbongkok menilik si kenit itu. Saya kena belajar berdikari agar dapat memupuk sifat keibuan secara total. Saya selalu mengelat nak menjaga Adam, saya tahu nak cium dia bila dia sudah wangi sahaja. 2 minggu lagi, saya bakal pulang ke Kuala Lumpur, Azuar cakap dia dah tak keruan tanpa saya disisi. Tesis saya pun dah cakap dia merindui saya. Saya ngelat tak nak bawa Adam lagi sebab mak/mak mertua volunteer nak jaga Adam. Eh, bukan. Adam fragile lagi. Saya risau nak letak pada pengasuh. Azuar kemain nak juga bawa anak dia. Dia cakap susah senang kita bersama, kita jaga anak kita sama-sama, buah cinta kita. Terharu tak? Tapi akak masih berfikir juga ni. Akak cakap, "Biar Sayang gila kuasa ni buat keputusan". Azuar dah tak sabar nak dengar keputusan saya.



Saya cuba memupuk sifat keibuan. Semua orang sayang anak. Mungkin masing-masing ada skill yang terlebih dan terkurang. Saya tersentuh bila menyusu botol anak mata dia tepat pandang saya. Bila rapat ke dada, jari kecil dia merayap atas dada saya. Bila menangis tersedu sedan, sampai ke pangkuan saya, dia diam. Saya tahu dia kenal saya Mummy dia walaupun saya tak breastfeed dia. Dia sempat juga merasa colustrum hasil pam elektrik. Alhamdulillah. Sempat sebulan rasa susu ibu dengan pam elektrik dan sekarang susu dah kering. Jangan tanya lagi, susu badan ke tak sebab saya rasa soalan itu macam soalan orang dah bertahun-tahun kahwin tapi tak ada rezeki lagi.

5 comments:

nazza_syikin said...

hehehe! lawak la mama ni!

sabar - keyword untuk mama. simpan perkataan ni dalam ati, otak, mulut dan mata...

mama, i believe that u are a quick learner.. apa2 saja yg kita lakukan buat pertama kali memang terasa peritnya.. tambah2 lagi melibatkan menda idup... hehe! u are very lucky to be surrounded with people yang faham keadaan mama..

chaiyok mama! Insyallah, berkat kesabaran mama akan rasa kemanisannya nanti....

just azura! said...

mama!

congrates! sekarang dah jadi the real mama hehe..congrates!

maisarahzakariah said...

alalala...so sweet...hpy being a mummy, sis!!!!
jage adam leklok 6t bile besar belajar tinggi2 mcm ibu die...=)

~suNshiNe~ said...

oh..sweet..sy pun macam tu masa mula-mula dapat baby...sekarang pun kadang-kadang macam tu jugak..he3..

tapi bila fikirkan sy sangat-sangat sayang baby sy, sy terus jadi rajin melayan dia, peluk dia, cium dia....

n bila dia kenal ibu dia, itu satu perkara yg paling manis dalam hidup sy...

Mahirah Kamaludin said...

kak naza: hahaha..lawak ke? macam tu lah baru jadi mak ni, nak nak yang jenis dulu malas jaga adik ni.

azura: yeah dah real! ko bila plaks?

maisarah: insyallah...suruh dia jadi prof la plak. mummy dia takat Dr. tahan lagi.

sunshine: ye lah...skrang dah sgt sayang sayang baby.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers