Tuesday, July 13, 2010

Sekarang ini

Masih entri perihal berkisar keluarga. Maklumlah baru jadi emak dan bertiga. Jadi terlebih perasaan teruja ada di situ. Tapi kali ini, kita cerita pasal mak budak.


Hmmm mak budak? Syahdu di hati.... Paling syahdu, bila makhluk dalam rahim dah selamat sebulan keluar, tapi lelemaks masih berada di situ. Tak kau menangis kalau badan masa mengandung naik 20kg... menangis tak berlagu lagi bila perasan expected baby's weight keluar besar, jadi harapan owh badan naik adalah berat baby. Tapi sekali baby keluar 2.68kg sahaja dan maka dengan rasminya yang lain adalah lemak. Seminggu bersalin, emak saudara cakap macam mengandung 5 bulan lagi. Sungguh menusuk kalbu.

Selamat habis berpantang, hanya 10kg yang turun. 10kg yang lain macamana dik non?.... tak dapat akak nak bergaya raya ni, sebab dah besar gelebeh ni. Harap bulan puasa turun dengan lebih drastik lagi. Terkilan sungguh tengok seluar jeans sebab tengah pakai seluar mengandung lagi ni, sebab ada lagi tersangkut kat peha.

Tiap kali Azuar ketatkan girdle akak, tiap kali itu lah dia gelak. Wanita mangsa kecantikan. Mana tak mangsa, takkan nak beli semua stok baju-baju baru atau baju zaman mengandung. Lagi menusuk.


Hah... ni yours truly sekarang.


Eh silap..ini hero Lex Luthor Smallville saya.



Sebelum kejadian.




Sekarang. Tunjuk dagu dan muka bulat sahaja lah.

2 comments:

~suNshiNe~ said...

ha3..pas beranak mesti boolat punya..
sy dulu 45kg pas beranak 58kg..he3..sekarang dah puasa ganti..tak tau turun berapa kg..tapi ramai yg kata dah cengkung semula...ok la tu...

pas nie boleh join team diet la kak..

siti norfatiha said...

lex luthor tu suka kerut kening macam mummy dia..

tapi cute..

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers