Wednesday, August 25, 2010

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Wah 2minggu puasa baru nak sibuk wish kan... Sebab lama dah tinggal blog, jadi update latest activity je lah. So, semalam decide buka puasa kat luar bersama keluarga kecil sebab chef rasa nak gantung kuali. Biasa weekdays masak cin-cau-bo-cai dan weekend ada jemputan makan free sedara mara. Sejak dari zaman bercintan-cintun, memanglah ada aktiviti makan tempat best berbuka puasa macam hotel atau kelab golf. Semalam dari pagi dok YM dengan Azuar konon nak cari tempat best. Azuar punya lah suggest dari macam-macam hotel, Hilton lah, Concorde lah, Marriot lah tapi biasa dia... kuasa keputusan kat i kan... Mak cakap makan kat Hotel Vistana Rm44 nett sudah. titik. Dah ada anak kena jimat.


Overall nak cakap, dengan harga tu sangatlah berbaloi. Azuar asalkan ada kambing panggang, dia dah gembira. Nak makan tempat mahal pun, bawa mak ni tak berbaloi, stok makan sekali sendawa, dah duduk diam. Macam-macam jenislah makanan ada, lebih kurang macam Marriot tahun lepas lah juga. Tapi dah harga macam tu, presentation kuranglah sikit.



Muka Si Pemalu nak bergambar. Menci tau...



Kalau agah-agah, tak sengih, memamg Mummy geram.



Hahahaha..tersilap forum, ni pagi tadi. Cik Adam nak pergi rumah Tok Teh.




Balik topik asal. Muka dah kenyang memang macam ni. Jadi pandang-pandang aje lah.








Anakanda tak puasa jadi harus attract suruh duduk dia.






Sampai 7.10pm, jadi I tak sempat nak snap pictures of the food, dengan Adam lagi. Ni 1st round food Azuar ambil. Lamb tu juicy, sedap! .



Ramai juga orang.

Dewan memang penuh. Pastu lepas makan, nak pergi surau solat Maghrib, tengok lengang. Aikkk pelik, berbuka penuh segala umat, time solat tak ada orang. Masing-masing.

P/s: Hari ini berbuka dengan apa? Makcik tengah berpikir lagi nih.

1 comment:

hamzah ian said...

haha.. makan sampai lupe solat.. adoi laa

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers