Thursday, August 5, 2010

Adam Hafiy

Wah dah banyak hari berjaya menjaga Adam secara berduet dengan Azuar. Good boy memang baik, uwekk time nak susu, suruh angkat, boring dan nak tidur. Mummy and Papa pun main gasak angkat you. Harap Adam tak terseliuh badan, organ dan otot. Mak pak tak berpengalaman nak buat macamana. Tapi Azuar pegang Adam memang gerun gerun gerun, kena supervise.


Adam melalak semalam memang seriau, budak jarang menangis, tiba-tiba menangis memang takut. Papanya pergi lalu depan kenduri Cina mati masa buang sampah. Azuar balik, melalak Adam tengok papa dia. Haih... Mummy dah nak menangis tak tau nak buat apa. Bila peluk baru diam, hembus ayat Kursi sikit, baru teresak-esak. Adam nampak apa ek? Jangan cakap kat Mummy, nanti nak turun bawah ambil air panas nak buat susu pun takut.

Hidung kembang memang inherit from Mummy.

Adam dah kenal Mummy! Yes. Hantar kat Tok Teh pagi hari, you dah pandai merengek tak nak. Bila petang ambil you, pandai tersengih. Dialog setiap hari. "How's your day, sayang? Tell me". "uh, ah, uh ah". Mummy tak faham. Sayang, bukan senang Mummy nak jadi Dr. ni. Kat ofis tu, jurnal melambai cakap hai, sila baca saya. Literature Review Mummy pun tak lepas lagi. Paper banyak tapi tak publish lagi. Mummy sabar, Papa sabar, Adam pun sabar ya.

Best juga ada baby ni, rasa macam bertanggungjawab melindungi. Tapi malam, memang katakan tidak untuk belajar. Jadi siang harus absorb segala ilmu. Haih Mummy terfikir macamana kawan Mummy yang study oversea boleh handle everything without extend with their kids beside. Rahsia : Suami yang terlebih memahami.

Ada Adam, selalu Mummy ter solat lambat. Macam-macam kena buat sebab tak pandai nak organize lagi. Rasa berdosa. Mummy pandang Adam, pinjaman dari Allah. Kalau Allah tarik Adam dari Mummy macamana? Takut. Terus cepat-cepat solat.

Entry ini macam untuk Adam plak. Ok, kena sambung kerja terbengkalai balik. Student Pakistan depan meja Mummy asyik dok intai tuh. Ok fine, I buat kerja.

3 comments:

naza delizia said...

hehehe! seronok baca cerita mama dgn adam..! it sounds like mama sgt enjoy wpun tanggungjawab dah bertambah.. and suka ayat 'suami yang terlebih memahami' - the reason kenapa akak tak dpt nak further study is susah nak organize masa dgn keje n umah tangga.. harap my hubby juga dpt memahami...

May Maisarah said...

alalala...so sweet la kak mama wat entry nie.kalo la adam pandai bace mesti terharu punyer.hikhik.hepy n enjoy being a mother.akak doakan moge2 sy cepat dapat jodoh n jadi mummy mcm akak.ops tergatal plk dah..hikhik.;p

QwinJuliana said...

hi Ma....

best baca ur blog... and best tgk Adam...

wishing u all the best , for family n ur studies too...

hope u get more beautiful precious happy babies....:-)
insyaALLAH

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers