Gambar anak saudara pertama, harus ditempek. ISMI AUNI. Maksud-Nama saya Auni. Arabic habis kakak aku ni kan. Nanti budak ni masuk sekolah Arab, Ustaz tanya, "MA IS MU KA?". Dia jawab, " ISMI ISMI AUNI". Hah kan dah terulang.
Aku cakap kat semua orang, aku takut nak beranak. Aku mesej mak saudara aku. Mujur ada motivasi di situ. Hahahahaha. Betul lah, nikmat bersalin tu ada. Macamana kau sakit nak meneran bersambung nyawa, keluar zuriat sendiri, dengar budak menangis, mana nya kau tak menangis terharu. Aku FRAGILE. Doctor scan suruh dengar bunyi heart beat baby sendiri, aku mengalir air mata beria terharu. Sok sek sok sek. Hah dah ada orang dalam perut aku ni. Hari ini baby tak tendang kuat-kuat pun aku susah hati. Biasanya, aku letak je lagu kat perut, terus ada movement hebat, menari riang gamaknya. Kau rasa terharu tak?
Penat sudah bercerita pasal perkembangan hidup bakal ibu. Beralih cerita lain pula. Sekarang pun aku dah rasa peringkat belajar paling senak dalam hidup. Semuanya kena buat sendiri. Kalau dulu, tak jumpa jawapan, cari note atau buku rujukan...tadaaa dah ada. Sekarang ni kau tak paham, cuba kau fikir dalam-dalam, pandang setiap sudut dan segi, baca study orang lain, baru nampak hint. Belum jawapan muktamad lagi. Hint lain campur hint lain, tambah hint lain, baru ada samar-samar jawapan. Samar-samar sahaja ya. Benda ini kan memang Permanent Head Damage (PhD). Aku tak sabar nak tengok diri aku, at least 5 tahun akan datang. Nak pinjam Pintu Masa Doraemon. Betul ke aku dah jadi Doktor Falsafah. See, betapa aku tak percayanya diri aku ni.
Memang psycho! . Terus sambung membaca jurnal dan artikel berlambak atas meja. Pen off.
2 comments:
Mama, Tahniah dapat anak buah baru..nanti dapat anak sendiri i kasik hadiah yerk..
tahniah kak syaysa... mama sampaikan salam dari kt ye.. tahniah kat mama n cikgu yah jugak.. hehe..
Post a Comment