Tuesday, February 23, 2010

Zaman Berkawan

Sejak kecil seawal alam persekolahan, kita kenal makna kawan. Balik dari tadika, mak pantas bertanya, "Dah ada kawan?, Kawan nama apa?, Duduk kat mana?". Seiring dengan usia, pelbagai kawan yang kita jumpa. Zaman sekolah rendah, menengah, tuisyen, sekolah memandu, matriks, universiti dan macam-macam. Kawan datang dan pergi, kadang-kadang macam bertukar baju, bersilih ganti. Kalau sekarang, terjumpa tepi jalan, mesti terfikir, macam kenal, tapi tak tahu kat mana....

Kawan saya ramai sangat.............sebab saya pun tukar sekolah macam tukar baju. Tapi kawan-kawan ini lah yang paling melekat di kalbu. Sebab zaman inilah paling jauh dari keluarga, nun terceruk di Sarawak. Kawan ini lah yang jadi peneman. Peneman ke kelas, Warong 2000, Everise, Kuching dan berdating. Kawan-kawan ini akan pastikan saya selamat berjumpa boyfren dan pulang juga dengan selamat. Waktu berdating juga adalah harus untuk mesej dimana berada dan pukul berapa akan pulang, agar kawan tidak ternanti sehingga tidak tidur gara-gara anda menonton midnight movie dengan kekasih tercinta. Terima kasih kepada Nadirah sebab selalu tidak tidur waktu saya pulang untuk membuka pintu dan gate rumah, tapi sebenarnya dia sibuk bermain ZUMA atau SAME atau DYNAMITE bagi mencipta rekod top rank di malam hari. Dan esok pasti bermegah-megah dengan kemenangannya.


Ini gambar my housemates waktu Cik Siti sibuk tangkap kumbang-kumbang eksperimennya. Orang lain sibuk bergambar.



Dari dulu hingga kini, Nadirah memang suka bergambar dengan pokok dengan pelbagai pose mengancam.



Dan kini, masih begitu. Si cameraman harus redha.



Waktu memang berlalu dengan pantas. Jika dulu begini....


Berriadah di petang hari dan empunya blog lesap berdating.


Ber 'camwhore' di dalam kuliah.




Berpeleseran di malam hari.


Menghafal teori ekonomi.


Itu dulu. Waktu bertong-tong duit menyewa kereta untuk berjimba. Waktu senak perut takut exam. Waktu mabuk bercintan cintun. Waktu tak tidur marathon tengok filem Korea. Waktu semua nak share dengan sahabat tercinta.


Tapi sekarang, masing-masing terbatas dengan hal sendiri. Keluarga baru, kerjaya baru, fasa hidup baru dan prospek berbeza.

Masih baik seperti dulu.


Masih addict bergambar.



Masih manja seperti dulu. Uwekkk...



Tapi ada yang berubah....



Sudah berisi ada makna.



Sudah berubah ke alam baru. Selamat Pengantin Baru Mal & Raja. Juga Cik Siti & Yazid.

Sudah berganjak ke.......Happy 1st Wedding Anniversary to both of us. Yours truly and Rafizah.

Harap-harap kita tetap masih sama macam dulu-dulu walau kadangkala ada situasi yang berbeza.

3 comments:

Nadirah Nazri said...

mama... kt suke sangat post nie.. cm nak nangis pun ad.. tetibe rase rindu sgt ngan sume.. kt doakan sume kwn kwn kt gembira n bahagia n semoga persahabatan kita kekal sepanjang hayat.. :)

siti norfatiha said...

oh!! rindunya!..

terima kasih peneman setia teman i tangkap kumbang sampai dapat A utk final project=)

bestnye location tempat korang ambik gambar..mcm padang lapang Aussie..

nazza_syikin said...

whoah! best nye korg bjumpa jumpi! cantik la mal gamba kawin dia! mcm artis! cewah! entry yg touching lah mama..!!!

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers