Sunday, January 31, 2010

BOSAN

Kadang-kadang aku BOSAN belajar. Umur dah 26 tahun masih dok menghadap bahan-bahan ilmiah. Mengarang bak karyawan apa yang patut, memikir masalah ekonomi, polisi kerajaan, tindakan dan macam-macam. Perut aku pun dah makin buncit. Tiap kali aku baca jurnal tak paham, tiap kali anak dalam perut menendang, memang buat aku tiba-tiba bermotivasi. Tapi bila diam, semangat aku entah kemana.


BOSAN. SAYU. Bila tengok kawan-kawan yang lain dok mengumpul aset. Tapi aku dok mengumpul jurnal dan artikel. Berlambak-lambak atas meja. Kadang-kadang aku campak dalam tong, bila aku rasa tak relevan dengan tajuk aku. Aku rasa macam nak berhenti belajar pun ada. Kawan-kawan tanya, "Macamana PHD?". Dalam hati aku cakap, "kau pikir lah 1245x dulu". Sebab aku dah lelah. Makin banyak aku membaca, rasanya makin banyak benda yang aku tak tau. Model apakah ni? Polisi apakah ni? Data apakah ni? Hishh...tapi pikir belajar pun dah free...Jadi aku sayang.......


Macamanalah aku nak tempuh hari-hari mendatang?. Perut aku kecut, bila kawan-kawan dok canang cerita publish macam-macam artikel dan jurnal. Pergi conference itu ini. Present research sana sini. Aku senyum kambing. Aku rasa aku kecil sangat. Sebab kawan-kawan aku semua pensyarah bertahun-tahun mengajar, tapi aku dari Degree terus Master terus Phd. Aku mengajar di UMT pun 6bulan sahaja, lepas tu aku dah nekad belajar balik. Aku selalu sedapkan hati sendiri, dia pensyarah pun, markah aku lagi tinggi dari dia dalam kelas. Tiap kali aku nak exam, itu je ayat dalam kepala otak aku ni. Jadi aku teruja belajar lebih. Maka, kadang-kadang berhasil juga. Aku senyum kambing bermakna.


Orang tanya bila aku nak habis belajar? Itu subjektif. Aku harap aku lebih kreatif dengan idea yang bernas dan point yang menarik, bukan ayat meliuk lentok bak menulis novel. Aku pasrah. Sebab aku tak reti nak regress data guna STATA. Sekurang-kurangnya aku dah cuba guna E-views dan SPSS.

2 comments:

naza delizia said...

sabar lah mama... (ayat cliche! hehe!) psl kumpul aset, tu sume harta dunia.. kumpul ilmu, insyaallah sampai ke akhirat.. nak2 ramai yg gunakan research mama sbg bhn utk dorg blaja.. ada 'bonusnya' di akhir nnt.. kita doa2kan lah.. rezeki bleh cari.. tambah2 nnt baby lahir, ada pulak bahagian utknya.. tu mmg dah dtetapkan.. mama terus kuat kan smangat mama ye.. be tough gurl!!! i know u can do it!!!

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers