Tuesday, July 14, 2009

Dah remove.

Hmmm.. memang sedap makan aiskrim Malaysia Mil0 yang Azuar buat ni. Lately memang dia rajin jadi MR.MAMA.

Ohh entry semalam memang dah remove, sebab hubby cakap I emotional, and expose siap nama complete bank, rentetan peristiwa, jadi I remove, if kawan-kawan yang terbaca tu, sempatlah..Traffic blog I semalam pun naik.. dalam ramai-ramai orang kat Malaysia ni, I yang kena...semua kawan-kawan cakap ada hikmah. Jadi memang semalam hanya bermuram durja.

Case tuh dah jadi siasatan polis dan I bakal naik turun court. Pagi tadi I sempat tanya hubby, kalau masuk court nanti, nak pakai baju apa, sebab I macam orang utama. Mangsa utama. Hubby dok tergelak sahaja. Semalam memang demotivated and depress. Cerita pasal duit hantaran 11k tu, yang staff bank songlap tu, tukar nama atas cek dan data segala-galanya, memang menusuk hati.

Duit tu memang kenangan kami berdua. Bila dari zaman study, kami memang nampak nak kawin dan ada komitmen ke arah itu. Hubby start mengumpul dari zaman belajar degree lagi, sampai I further PhD. Bermula dari duit RM50 sebulan, zaman belajar dapat duit PTPTN, dari kerani kontrak sampai jadi pegawai tetap, sehinggalah sebulan dapat force saving RM600. Akaun tu memang tak sentuh langsung dan tak buat kad ATM pun, sebab hubby bertekad, nak duit masuk sahaja dan itu duit hantaran kawin.

Tapi bila jadi macam ni, sangat berputih mata. Saya tak menghalal satu sen pun dari duit yang diambil oleh x-staff bank tu. Sebab saya nampak komitmen hubby macam mana, bertekad memajukan diri nak saving dan macam-macam.

Semalam dah buat report, both report, Polis dan Bank Negara. Nama orang yang ambil tu pun dah tau, cuma nak trace dia kat mana. I pun tahu dia orang mana, tapi of course, bila dah ambil duit orang, mesti la menyorok kan...Dia memang bijak, hari ni tukar nama customer atas cek, terus cash in dalam akaun dia, esok terus resign. Yang I terkilan, kenapa pihak bank tak call and cerita kat kitorang. Kami call, baru nak cerita. Bagi orang yang baru memulakan hidup ni, dengan umur 25 dan 26 tahun ni, of course tak tahu nak deal macam mana. So a big tkanks to hubby's boss. Dia yang tolong semua pergi bercakap dengan orang Bank, Polis dan Bank Negara. Siapa yang kenal hubby I, memang tahu dia macam mana, tak reti nak marah-marah dan mendengar sahaja, memang I yang selalu terlebih emosi.

Bila fikir-fikir, memang kot ada hikmah. Since bank pun dah buat surat hitam putih berjanji akan membayar balik setelah dapat perintah dari mahkamah, jadi kami tunggu sahaja. Mungkin rezeki untuk anak-anak, bukan untuk si ibu berjoli dengan duit hantaran kawin. I tau lambat laun akan dapat juga, bila kena turun naik court ni mesti lama dan harus bersabar.

Bila terdengar bab-bab pampasan, baru boleh senyum. Sebab duit hilang dengan menggunakan cek bank dan dalam simpanan bank. Macamana boleh cuai, tak sedar ada staff buat something yang salah. Tapi kami tak mengharap berlebihan, dapat exact amount pun dah mujur, kalau mahkamah perintah bagi pampasan dan bayar lebih, lagi lah kami berbesar hati dan menadah tangan. AMIN AMIN AMIN.

Kalau 3bulan ni I boleh hidup tanpa duit hantaran tu, why not I tunggu dan bersabar lagi. Tapi kepada pakcik kerani yang ambil tu, saya mengharamkan segala-galanya.
Gambar samar-samar cek kenangan yang sempat pegang seminggu harus di upload.

7 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Dah remove? Okay la. Sabar erk?

~Ibu Anggun~ said...

da remove? seb bek smpt bace kisah tu..

hurm.. sbr bebanyak ye.. tp bc citer tu pun sy pon sakit ati.. senang2 je amek dwit org.. igt senang ke nak simpan duit.. tahan sume godaan sales dan sebagainye.. mmg padan la sumaph tujuh keturunan (maaf.. terlebih emo)

apepon puan mahirah sabar ye.. doa babanyak.. doa org teraniaya nih makbul.. mane tau dpt pampasan.. :)

p/s: pudding jelly tu sangat laaaa cedap.. malu plak i hasben i makan x hengat pny.. hahaha.. ape pon tq bebanyak atas layanan dan lunch yg YUMMYYY.. hehehe..

Mahirah Kamaludin said...

Willie: Haah, sakit hati lahh..dah la a big name bank..kena expose kat press ni..

Jane: Hish tak ada pape la..tetamu datang mesti la kena layan. u take care ya!

ezweyra ezquire said...

mama.. is that the real story??.. my god.. sape yang jahat sgt tuh mama.. this is so unfair.. tp kan mama sabar itu yang terbaik.. Allah ade plan untuk mama.. di hanya bagi dugaan pada hambanya yang dirasakan boleh menerima dugaan tersebut.. u r lucky mama.. papapun kt doakan mama and juar sentiasa dilindungi.. just ring me anytime.. u know me better.. :>

Mahirah Kamaludin said...

nad: kita bersabar je. u r right! mcm terharu dgr nad ckp Allah menduga orang yang terpilih. Semoga kami sentiasa sabar and i hope there's always a bright side for us in future *sob sob sob*

Kak Teeha said...

sabar je la yerk..ada hikmah disebalik setiap kejadian..

naza delizia said...

mama, my sis penah jadik perkara sebegini ngan BSN 5 years ago.. tak sampai setahun dpt balik RM tu with the same amount.. so akak rasa mama ada harapan nak dpt balik sume.. Insyaallah.. akak doakan ygtbaik utk mama..

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers