Wednesday, July 22, 2009

Betul orang cakap

Hah saya percaya..orang cakap, bila dah kawin nanti, pandai la tu buat kerja rumah, dok dapur... Wah saya tengok diri sendiri pun macam tu juga. My marriage is almost 4months. Setiap hari adalah pengalaman. Setiap hari adalah eksperimen. Semuanya belajar sendiri.

Mengikut pengalaman yang dari form1 sampai sambung Master, memang tak lekat rumah, memanjang duduk hostel sahaja. Masuk dapur mesti lah masa 2bulan cuti sem, itu pun kena jerkah dengan mak, baru terhegeh-hegeh, sambil-sambil dok hentak-hentak kaki kat lantai sebab malas yang amat. Tak payah cakap la... jintan, bunga lawang, daun sup, daun ketumbar semua tertukar, tu semua benda memang tak tau. Kalau kat dapur pun, jenguk mak buat, tolong-tolong sedia bahan, potong-potong sahaja. Pastu mesti mak cakap, "Gatal nak berlaki, berboifren, masak pun tak reti".. Sambil mak buat drama..,"Nanti orang tanya, anak sape yang tak reti masak..tu lahh anak Cikgu Yah.., malu muka ni..."..Mak saya kalau berleter, suka buat dialog *tak paham*.

Kalau mak baca ni, mesti mak bangga, anak mak ni kan semua first time masak Nasi Ayam, pizza, grill blackpepper chicken, popia, cempedak goreng, kerutuk ayam, ikan cencaru sumbat, kari sotong, nasi lemak, kerabu tomato dan etc...Mak, banyak lagi senarai ni, tak nak show off je... Walaupun nampak macam biasa, tapi first timer kira ok lahhh..

Masa mula-mula kawin, tak payah cakap lah, macam setiap hari nak fon mak, nak minta resepi..Dan sekarang makin bijak, cari resepi ikut internet sudah..menjadi juga..Tiba-tiba baru terperasan memasak tu seni..heheheheh..

Hari ini teruja tulis entry ni, mesti lah ada makna..Tuan hamba first time buat onde-onde @ buah melaka ni..Macam tak sabar nak show off dekat my other half..Lambat betul mamat ni balik keje..Bini dia siap sanggup tinggalkan journal berlambak atas meja, tup tup buat kerja lain kat dapur...hehehehe.. *Kenapa mesti semua subject nak kena baca journal dan kritik-kritik, dulu degree baca nota slida saje*



Aktiviti yang harus dilaksanakan dengan kadar segera pada minggu ini.



Aktiviti senggang bila mood menerjah tiba.


Puding Triffle.



Geng Rumah Banglo zaman bujang datang rumah, dorang nak jugde sahabat dia pandai masak ke tak.



Triffle dari pandangan bawah, hebat I susun cake.

Mujur 3layer melekat cantik, kalau tak jadi, jawabnya rezeki tong sampah la..



Nota ringkas: Kawan-kawan malas sebelum kahwin ni tak apa, jangan risau.... nanti kawin, duduk berdua, memang macam automatik ligat kat rumah..takkan nak tengok yang tersayang kebulur kan... mesti tunjuk hebat.
Adik I keja kat kitchen Hotel J.W Marriot, dia cakap dia buat Triffle 5layer, kejadah apa la dia susun lagi yer..

6 comments:

Anonymous said...

yum2...besnyer triflle tu..mntak resepi...hihihihih (wayne)

[z@ck] said...

sedapnya...!!!!!!!!!!!

Kak Teeha said...

gambar geng rumah banglo

empunya tangan dari kiri:

Adeq, aini, nad n mama

betul x?=)

Mahirah Kamaludin said...

haah..mesti btol, mengikut keserasian warna kulit..mama yg ada cop seterika kat tangan.

Hanafedora said...

hahaha..betul2..pemalas giler kan nk masak masa tk kawin..bile dh kawin siap berebot2 sapa nk masak..haha my hubby pun masak jugak sebab dh biase dok oversea..

Mahirah, i rasa i demotivated la..susahnyeeeeee PhD ni...you dh bape lama PhD? Kadang2 nk give up pun ada..baca2 journal pun tk paham... :(

help!

ezweyra ezquire said...

luv ya mama..

cik ct nie tererla..

sorry plan tk jadi harituh.. bz sgt.. kt try hari lain k... :>

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers