Monday, July 23, 2012

Ramadhan 2012

Selamat berpuasa semua. Hari ini dah hari ketiga. Sekejapan rasa. Puasa pertama dan kedua, kami pulang ke Terenganu rumah Maktok ku sayang hehehehe.



Best wehh, kalau puasa untuk berbuka mak masak. Kalau balik KL, kol5 sampai rumah terus berkelentung kat dapur. Cun siap masak, terus masuk waktu berbuka. Haiihh I tak rileks ok... Aisei aisei stress... Hari ini buka puasa rumah makcik Gombak pula. Eh seronok sedara ramai, asyik dok bertenggek buka puasa rumah orang kan hehehehe..

Esok juga patut ke Bandung. Even Azuar beli tiket and proudly saying, " Have fun sayang... Shop till you drop". Kalau Allah tak izinkan, memang tetap juga tak jadi kan. Tiket yang dah dibeli kita bye bye kan saje. Tak rasa ralat sangat sbb dah smpai sana, cuma rasa ralat yang lepas tak shopping beria saje. Boleh?.

Kali ini blog sendiri pun tak jenguk fasal saya sibuk sangat dengan tesis. Saya dah nak submit dan saya bangga sebab saya cuba submit within 3 and half years. Puji diri sendiri jadi lah kan. Average orang complete 5years, tapi bila dah push to the limit, rasa azab stress tu tak payah lah cakap. Kita simpan sorang sorang, balik rumah amukan pada suami, keji sangat kan hehehehe. Diari I penuh, due date, conteng sana sini, eh kalah PM nak buat kerja ada due date. Kalau lepas due date, rasa bersalah tu membuak lah. Study PhD ni tak ada orang cakap senang, ada yang cakap gila lagi adalah. Nak habis berapa tahun, kalau dengan izin Allah, semua boleh. Tapi bagi saya since my scholarship bonded 4years, saya nak buat smpai semua benda saya belajar free. Ko berlengah, maka ko bayarlah dengan duit sendiri. Eh tak nak! Tapi ada juga benda2 lain boleh drag study. Macam thesis kawan saya external examiner dari USA, nak dpt respond kemain lama sampai 10bulan baru dapat date nak VIVA. In my case, I dengar my tesis berlayar ke Indonesia sahaja. Kat mana mana tak kisah, yang penting dapat grade tinggi dan lepas cemerlang segala-galanya.

Adam pun dah besar, macam tesis mummy dia. Kalau tanya mummy pergi mana, "Mummy pergi school". Sian mak ko kan, belajar tak habis lagi. Kalau tanya what is your mummy's name? "Ma-Hi-Yah". Tiap kali nak get attention mesti dia ulang " A bu yu so much Mummy". Pelat. So poor little boy!

Melalut panjang. Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat berpuasa semua, banyak kan beribadat dan berdoa agar apa yang dihajat temakbul. Amin.



4 comments:

May Maisarah said...

selamat berpuasa kak mama. yayy lagi sikit nak abes phd. tahniahhh !!! hehe. =))

just azura! said...

waaah! congrates dah nak hantar.. nak buat 3 1/2 tahun jugak macam mama lah..kena push to the limit nih..! happy ramadhan to you!

Mahirah Kamaludin said...

May: Thanks May, selamat berpuasa juga dan selamat segala galanya.

Zura: Stress stress ok, lambat habis belajar, lambat keje kan hihihi. Lambat beli asset yg besar besar. Itu yg dpt positive motivate tu. Insyaallah ko boleh.

Anonymous said...

Roughly motivational place of duty you give rise to at this juncture. Seems to facilitate lots of relations enjoyed and benefited from it. Cheers and credit.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers