Thursday, December 22, 2011

Ya masih sibuk.

Dah lama sangat tinggalkan private journal. Ya, saya sibuk dengan paper untuk journal lain pula. Kawan tanya, "Masih menulis?". Saya cakap sibuk sangat sekarang dan mood tak ada.

Life sekarang pun ok sahaja. Adam pun dah besar. Mummy dan papa pun dah start marah dia. Tapi saya rasa education dia macam terabai. Balik malam, ketung ketang kat dapur, nak tengok tv, nak tengok buku anak. Main mana sempat sahaja. Asalkan rumah kemas.

Adam sekarang dah lama tak beli toys. Alasan, Mummy tak suka rumah bersepah. Serious. Sakit mata. Kotnya kesian anak kan. Toys dia dah selamat masuk dalam bilik, siap dah berkunci bilik. Jadi dia tak dapat mengusung, menyepah semua toys. Dia depan tv, saya lambakkan dengan buku. Ajar counting. Still 1 to 10 at 18 months. Bila nak ganjak 11 entah. Saya cakap kat Azuar, nak cari personal Ipad for Adam. Biar dia belajar sorang-sorang concentrate. Wahhh gitu ko. Tapi Azuar cakap sure Adam baling. Tapi tengok lah.

Eh kahwin sekejap dah nak masuk 3 tahun. Tapi best. Susah sama-sama, senang sama-sama, gaduh sama-sama, ego sama-sama, shopping sama-sama. Online shopping sorang-sorang. Bulan depan dah birthday Azuar yang ke 29 tahun. Serius Azuar banyak gila fine lines tepi mata. Pa, kena pakai agen anti penuaan dah!. Azuar sporting dia. Dia ok. Kotnya cakap, Pa, esok nak gi Penang. Jom, siap-siap, kita gerak lepas Subuh. Gitu lah dia. Tak tahu smpai mana bertahan layan bini dia ni kan.



Study sekarang. Takut. 28 tahun still studying. Demotivated pun ada. Zaman degree dulu, kalau tak paham, boleh cari buku rujukan. Dah sekarang ni, semua independent research. Method saya buat, ada satu-satunya paper online. Tapi bahasa Jepun. Kotnya kena belajar bahasa Jepun baru dapat menelaah kot. Aisey.

Wah semua dah ada baby baru. Teringin. Azuar ok. Kalau cakap teringin. Azuar cakap Jom, Sekarang!. Macam nak bakar kek je, agak-agak cakap sekarang. Saya banyak alasan tersendiri. Bau baby dah teringin dah. Agak-agak kempunan lagi, balik rumah nak sapu minyak Yu Yee cap limau kat Azuar and Adam. Ada juga bau baby. Alasan saya.

1. First priority goes to study. Tak nak tangguh lama-lama. Ada Adam pun, tak terjalan thesis kat rumah. Dan saya jenis, semua nak perfect. Kedudukan remote tv pun kena betul. Stress kan Azuar.

2. Financial. Azuar cakap kami tak pernah terdesak. Semua cukup. Tapi kalau boleh saya nak raise anak dalam keadaan sempurna. Semua ada. Semua lengkap. From top to toe. Kalau dulu Adam tak dapat ini, adik dia mesti dapat. Macam tu lah bagi saya. Pa, tambah bayar insurance lagi sorang boleh?

3. Takut beranak. Trauma lagi ok!. Rabak kat bawah ni sakit. Time nak buang air besar, nauzubillah sakit.
Banyaknya melalut kan. Petang ni balik awal. Nak pergi holiday ke Gambang. Yes!. Tempat memang tak semegah tapi yang jumpa family tu memang semegah.

Ok bye. Nak balik packing. Happy holiday. Weekend ni shopping lagi . Jom jom jom.

1 comment:

just azura! said...

mama rindu tulisan kau. semua buat sama-sama, shopping online sorang-sorang - i like that :)sebab aku pun same..huhu, end up duit bini habis dulu.. by the way, mari usaha sama-sama. aku juga msih belajar walaupun dah sepuluh 'not-so-fine lines' kat mata dahi dan dagu..

happy holiday mama!

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers