Wednesday, December 28, 2011

Shelf baru mesti kena SHOW OFF.

Selamat pagi semua....

Eh bagi tau tak korang, saya and family pindah masuk rumah baru. Masih menyewa tapi rumah saudara. Lagi senang. Azuar ni hah still tak nak lagi beli rumah selagi bini tercinta dia tak habis belajar. "Bang, nak buat joint loan ni, gamaknya nak beli rumah rupa istana eh?". Kali ni rumah semua complete, siap free water heater, air cond berbiji-biji dan kitchen cabinet lagi besar. Alhamdulillah.

Bila masuk rumah baru. Saya gebang kat Azuar, "Bang, sedia duit, rumah baru maksudnya bermula kehidupan baru". Langsir pun first time sendiri okey. Sebelum ni asyik dok angkut yang mak punya je. Pastu saya rasa nak try guna rod curtain pulak. Jadi bising lagi kat Azuar. Dah nak pasang rod baru, mesti nak kluarkan curtain rail yang lama. Jadi mana mahu cari drill? Siapa mahu buat?

Maka Azuar berkeputusan, beli drill jadi impian bini nak pasang curtain baru terlaksana. Maka dia berborong berset-set. Walaupun duit banyak habis. Sedapkan hati cakap investment. Dia pun kot suka gadget ni, siap baca manual sebelum tidur lagi masa mula-mula beli. Sekarang sikit-sikit, "Bang, drill bang!". Nak gantung semua benda kalau boleh.

Ini second box. Mata-mata drill katanya.

Biasalah budak ini jadi asisstant.

Grrrr.... grrr... grrr..... Azuar dok menembak dinding. Kuat kot bunyi. Malu I dengan jiran tau.


Tada!... DIY..Wah berhasil!


Semua orang boleh buat. Kos semua, beli shelf di IKEA RM 13.50, full set. Pokok kecil-kecil RM10 3 biji. Murah kan!

Dah lepas siap drill. Mesti kena puji laki. Kot semua asyik paksa dia kan. Kang nanti dia malas plak. "Bang, walaupun rambut Abg macam rempit, tapi hebat gila drill, ni hah terletak je". Sengih manjang Azuar. Eh siap balas puji balik,"Cantiknya rumah Mahirah". Mekasih bang hahahaha.

2 comments:

saya said...

"Cantiknya rumah Mahirah"

bila Mahirah nak buat house warming?

=)

Mahirah Kamaludin said...

Mana ada cantik lah...biasa je cik ct.. Juar tu kan kuat bodek.. eh datang je rumah, nak dtg, kita prepare lah apa yg patut hehehe

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers