Wednesday, June 15, 2011

My Ph.D journey

Lunch hour, tak ada food, memang sadis. Maklumlah office tak ada cafe atau kedai. Jadi kita menceceh di sini.


Usia-usia saya, ramai pakat dok tanya.


"Bila nak habis belajar?", "Bila habis?".


Kalau makcik-makcik kepoh tanya lagi sedih. Ibarat macam saya belajar repeat SPM yang tak pernah lulus. Nak cakap lebih-lebih, bukannya mereka paham, nanti macam meninggi diri pula. Jadi saya sengih meleret.



Tapi bila kawan-kawan tanya, segan pun ada. Sebab tak tahu nak eloborate macamana.


Kenapa saya further Ph.d? Saya ada alasan sendiri.


Dulu, masa first year Degree, ada seorang kakak Master selalu datang tumpang bilik saya. Saya cakap pada kakak tu, Ma tak mungkin sambung sampai Master. Tapi Allah tahu segala-galanya, dia tentukan itu ini.


Dan sekarang, saya stuck smpai Ph.D. Saya pun tak sangka.


Saya tidak tahu kemampuan diri saya, sehingga saya mencuba. Tapi saya tahu saya tekun dalam satu-satu perkara. Zaman SPM dan Matriks, memang hancur. UPSR dan PMR, Alhamdulillah straight A's, tapi SPM 4 biji sahaja. Masa SPM, saya belajar subjek yang saya minat SAHAJA, yang lain goodbye. Matriks sibuk cinta pertama yang dah gone tu. Pastu terus terlelong ke UNIMAS, seberang lautan.


Masa Degree, ada juga motivasi nak mengubah diri. Bercinta juga dengan Azuar tapi study kena steady. Alhamdulillah. Masa Master, serious ayah yang suruh. Ingat tak boleh buat. Alhamdulillah result siap flying colors dan ada sekali dapat 4flat. Masa ni kawan-kawan lain baru membina kerjaya, sibuk kumpul duit nak membeli aset. Jadi perasaan tu tiada apa-apa.


Masa Ph.D, tiba-tiba macam terdetik. Allah nak permudahkan, dapat pula tawaran biasiswa. Walaupun tak seberapa, saya kira itu peluang untuk saya belajar lebih tinggi secara percuma. Alasan sampingan adalah, saya mahu terus bekerja dengan gaji yang besar. Mahu membeli itu ini mengikut kemahuan. Mahu kepuasan diri. Menarik bukan? Tapi perjalanan tak semudah di sangka. Bila Dia tetapkan mudah di sini ada cabarannya di sana. Bila mahu yang besar, ada rintangannya, ada onaknya.


Idea, Teori, Analisis, Rujukan, Artikel, Jurnal, semua berkecamuk. Independent Research. Bidang ini bidang membaca, bidang menganalisis, bidang merujuk teori yang lama mengolah menjadi yang baru. Mengolah menjadi rujukan kepada generasi mendatang. Idea mesti bernas, kalau tidak pasti dihentam dengan professor.


Waktu ini memang stress. Kadang-kadang down. Tempoh ini, kawan-kawan dah ada aset, tersenyum bersyukur. Tapi saya? membaca menganalisis jurnal yang tak berkesudahan.


Bagi saya anak bukan penghalang. Anak adalah penghibur. Pandang senyuman Adam bangun tidur, buat saya lupa masalah persamaan teori yang saya cipta masih di jalan buntu. Anak adalah rezeki. Rezeki alam perkahwinan.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan berkat doa Azuar dan ibubapa. Hujung bulan ini adalah tarikh untuk saya membentang thesis saya. Kalau lulus, Alhamdulillah. Another half way to complete my Ph.d.




Gambar perasan memakai bonnet sebagao motivasi diri.




Bila rasa down, kena ingat Prof cakap.


"Remember you would not have come this far if your work was not passable or interesting".

5 comments:

BlacKroSes said...

chaiyok2..all the best!!!!!another half ways to gooooo =)

fifa syrus said...

goodLuck madam!

nak jadi mcm madam. belajar tinggi2, belajar biar sampai negeri orang. bukan sebab ape, cuma takde minat utk kerja lagi. hehe

betul kata madam, tyme belajar tak pernah nak ade keyakinan diri yg kite boleh buat. last2 tgk result, bangga.

doakan kami jugak. moga cepat dpt kerja + offer belajar bagi amna2 yg nak further.

1st october kami grad. kalu free datang la UMT (:

Anonymous said...

Dearest Mama,

Kehidupan bukan diukur dari pandangan mata hadapan.. di depan selalu tampak indah..namun di hati berasa gundah..

Tak perlulah mama mencemburui kawan kawan yang mengumpul aset..mama juga punya kejayaan yang mampu dicemburui orang lain..

Papepun mama kene yakin dalam ap yang mama buat sebab Allah itu adil.. DIA takkan beri sesuatu kalau di yakin hambanya tak mampu..

GOOD LUCK in completing ur PHD.. Sekali kaki melangkah, biarlah terus ke hadapan. jangan berfikir untuk berundur .. :D

Always miss u fren! Take care!

Mahirah Kamaludin said...

Husna: Thanks so much.

Fifa: Iyalah, kena mencuba dulu. Tapi ada kadang-kadang satu tahap, kita rasa tak yakin juga. Biasalah manusia.

Anonyms: Thnaks so much. Kena brainwash diri sendiri lagi ni. Lately rasa down sangat n sebak juga bila dpt tahu date present thesis, macam tak percaya dah half way.

Mahirah Kamaludin said...

Husna: Thanks so much.

Fifa: Iyalah, kena mencuba dulu. Tapi ada kadang-kadang satu tahap, kita rasa tak yakin juga. Biasalah manusia.

Anonyms: Thnaks so much. Kena brainwash diri sendiri lagi ni. Lately rasa down sangat n sebak juga bila dpt tahu date present thesis, macam tak percaya dah half way.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers