Wednesday, March 23, 2011

Which is yours?

Hai mak-mak, ibu-ibu, mama-mama sekalian...Hari ni saya nak bercerita pasal botol pilihan. Kalau product review, tak semestinya memanjang saja yang bagus, ada juga yang tak best. Kata pengguna kan..mesti lah macam-macam peel. Saya nak bercakap pasal botol susu anak kali ini.

Adam, masa 4 bulan dalam perut, bapak dia kemain excited, 3 botol terus dia beli botol Avent Phillips. Jadi, sepanjang nak cecah 9 bulan jenguk dunia, mak dia dok telek berhari-hari botol tu. Konon bagus lah. Ramai juga yang guna, yang paling penting kami dah sesiap make sure BPA free. Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya mendung di tengah jalan. Cesss..



Bila Adam masuk usia 5 bulan, botol-botol tu dah buat hal. Tiap kali dia goncang, nak kocak susu, berjujur susu meleleh ke lantai. Kalau I kocak, I lap lah balik kat lantai tu, kalau bapak dia buat susu, minta mahap la nak lap balik kat lantai tu. Dia tunggu bini dia bertazkirah, baru dok mencari kain buruk. Jadi saya sangat lah menyampah memandang botol-botol itu. Bila tukar puting, sama lah juga, meleleh keluar. Dia macam loose gitu, padahal dah kemain ketat dok pulas. Kalau 10 bintang, saya bagi 3.5 bintang. Itu pun bintang sebab pernah berjasa selama 5 bulan. Tak padan dengan harga kemain mahal. Cet.

Lepas tu, Mak Adam dok berzikir dekat telinga papa dia dah minta beli botol baru. Jadi, kita usaha lah pergi Mothercare, telek-telek botol. Beli lah botol MAM pula.

Setakat ini botol MAM sangat tidak mengecewakan. Adam pula minat betul baling-baling botol ini. Boleh bagi 8.5 bintang.


Yang ini pula, namanya botol belasahan atau botol spare. Tak tau apa motif beli. Biasalah mummy dia kalau masuk Mothercare, dia kena sorong juga benda-benda bawa balik. Puting Mothercare tak bagus langsung, anak tak ada gigi, nyonyot dengan gusi pun boleh rabak. Jadi guna pun, ganti dengan puting Avent.


Adam ada satu lagi Halford glass bottle. Konon botol night upstairs lah, sekali memang dia dok kat upstairs je, tak guna-guna.Tapi risky nak bagi Adam guna, sebab biasalah budak kecik, lepas minum, dia ketuk sana, ketuk sini. Terketuk dahi sakit juga tuh. Dah lah berat. Kalau milk terpanas sikit, panas juga nak guna. Jadi dia begitu membazir.

Maka, itulah pilihan botol-botol Adam. Rasanya nak beli botol baru kat Adam. Beli barang Adam ni, macam beli gadget pulak. Yang penting BPA free.

P/s: Botol-botol Avent dah selamat ikat masuk dalam plastik, konon nak bagi orang kampung. Tapi Azuar cakap tak baik bagi benda tak elok kat orang. Tapi serious condition baru lagi, tapi mak menyampah, tiap kali goncang, tiap kali tulah meleleh-leleh.

No comments:

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers