Monday, March 21, 2011

Ini dia ayah saya.

Hari ni saya nak bercerita pasal ayah saya. Ayah saya pendiam toksah cerita lah. Tapi kalau dia bersuara, mak aih takut gila ok! Makin dia tua, saya rasa dia comel. Last week, kawan saya sms saya, kononnya nak minta pics lama ayah saya. Ayah saya dah nak bersara bulan May ni. Jadi kononnya nak buat slides kat timbalan pengarah dia lah. Saya pun terbuntang-buntang mata cari pics nak bagi nih kononnya. Jadi, layanlah gambar ayahanda tercinta yang sangat pendiam dan saya wonder macam mana dia jadi bos, dan dok dalam meeting segala. Dari kecil sampai besar, saya tak pernah tengok dia berucap tapi selalu lah tengok dia bagi hadiah or something atas stage.
.
.
.
.
.
.



Kita mulakan gambar mak ayah zaman muda bercinta. Macamana rambut mak saya? Wavy gitu... Spec ayah saya adalah sangat berpetak.

Haa... ini zaman seluar kembang, sempit kat atas tak hengat. Ini dia kat UKM, first batch. Rasanya dalam tahun 70an kot.

Zaman konvo. Anak bertuah ni tak ingat ayah dia Degree holder in apa plak. Tapi mak saya cerita, ayah bawa gf (mak saya) dia. Family ayah saya semua pergi Penang, attend konvo pak sedara saya di USM time tu.

Dah penat bercinta kenalah kawin. Veil mak sangat kelakar lah, siap kembang macam skirt.

Nampak tak tahun 1995 tuh? Saya ingat masa darjah 5, dok berhari-hari kira bila ayah nak balik dari Aussie. Bukan tak sabar nak jumpa dia, tapi ni haaaaa... anak tak sabar tengok ayah bawa balik apa. Last sekali bawa balik T-shirt I Love Australia. Boleh? Pasrah.

Ayah sambut birthday yang ke 55 kot. Balik kerja terus makan kek. Dah putih pun kepala dengan misai tuan haji ni.

Haa..ini gambar favourite. Rasanya time ni dia nak dapat pingat kat istana. Saya suka pic ni sebab ayah saya nampak handsome gitu. Kawan-kawan dia pun sengih memanjang. Mak saya cakap ayah saya makin tua, makin handsome. Ye lah dulu rambut kembang, seluar pun kembang.

Selamat bersara kepada Tuan Haji Kamaludin dan semoga ayah suka dok rumah memanjang nanti. Dah tak payah nak pikir itu ini nak sign working paper segala. Selamat bergembira di rumah.

3 comments:

saya said...

mula2 tengok cikgu Yah live time mama kawin.. oh..mama ikut muka mak.

sekali tgk gambar cikgu Yah kawin, eh, mcm muka adik mama bwh lily tu. pernah jumpe dia masa makan2 kat umah mama. Menu tomyam & ikan bkr.

muka lily mcm ada iras2, Tuan Haji Kamaludin..

Ted said...

ahaha, mama copy paste muka mak mama. btw, dalam gambar pun nampak macam garang je ayah mama ni

Mahirah Kamaludin said...

cik ct and ted: memang semua orang cakap mama macam mak. sebijik kot.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers