Sunday, November 21, 2010

Tahniah Mal

Semalam, me and little family pergi melawat Mal Geng Rumah Banglo. Aini dah siap-siap pesan suruh ambil gambar. Semua nak tengok Junior Mal ni.. Akak teruja habis, bangun awal mandikan smart-smart Si Adam.


Anak teruna kena smart. Tapi lepas dapat milk, terus sememeh.

Sampai-sampai je, tengok Raja asyik sapu baby dia dengan baby oil. Baby kulit menggelupas. Kesian dia... Eh lupa nak cakap. Nama baby Mal ialah Raja Akif Adha bin Raja Indrazaman Shah. Panjang tak? Panjang.....



Hidung Mak dia tu..

Akif tidur je. Aunti cuit-cuit hidung, tak bangun pun...




Hah ni lah Puan Mal. I terkejut tengok Mal, tapi kita paham orang lepas bersalin kan. Mal dulu kurus gilerrrrr... Tak apa Mal, sama-sama kita buat misi kurus. Ni hah...I pun tak pakai jeans lagi ni, sangkut bontot dengan peha.

Tak boleh pegang lama-lama, Adam berdengki pulak, merengek dia. Hmmmm...Azuar cakap dia tak ready nak ada adik lagi. Betul! Hahahaha.

Dah ada kawan pun dia.

Hai Adik Akif.

Wahh...Raja teruja tuh, dah jadi ayah pun dia.

Sekejap je masa berlalu. Dah ada baby pun. Tiba-tiba kena panggil Acik Mal, kan? Tahniah. Selamat berjaga malam.

1 comment:

siti norfatiha said...

dah selamat seorang lagi kendong baby..

bila la nak turn kitorang ni..

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers