Thursday, May 13, 2010

My other half

Life is unpredictable. Life is unbelievable.


As for me, saya selalu terfikir kenapa saya kahwin dengan Azuar. Azuar tak handsome, jauh sekali kacak, harta tidak menimbun. Kenapa tak kahwin dengan boyfriend-boyfriend dulu? Sebab bila saya tidur sebelah dia, muka kekasih-kekasih lama yang jadi hero utama dalam mimpi indah saya. Muka Azuar tiada langsung, kalau ada pun, hanya timbul part ending sahaja, atau part penyelamat keadaan. Sadis sungguh Azuar. Hahahaha.

Kadang-kadang, saya out-spoken, saya tanya dia, "Macamana lah Sayang boleh kahwin dengan Abang?". Kadang-kadang, Azuar diam. Kadang-kadang Azuar balas, "Abang jodoh yang terbaik untuk Sayang yang Allah tentukan". Saya diam.


Zaman bercinta



Saya tak pernah duduk jauh dengan dia sepanjang setahun berkahwin. Jadi rasa kehilangan tak pernah timbul, tak pernah menghargai, tak pernah mensyukuri. Tanya Azuar berapa kali saya ucap I Love U untuk dia, seminggu sekali pun mujur. Saya ego. Tapi Azuar tak pernah lekang, setiap pagi, tengahari, petang dan malam. Itu yang diulang. Balik kerja, terus peluk saya, saya tolak, cakap busuk.

Bila berjauhan, saya di Terengganu, dia di KL, baru muncul mimpi-mimpi wajah Azuar. Setiap malam. Saya sedar saya merindui lelaki yang menjadi suami saya sejak setahun yang lepas.





Saya rindu tak ada teman di sebelah nak mencocet sepanjang masa. Tiada siapa nak tolong siapkan diri saya. Tiada yang menyuap ubat, mengurut, memicit. Tiada yang bertanya nak pakai baju apa, bra mana, panties mana, dah siap bersusun atas katil. Tiada yang bertanya hari ini buat apa di ofis, berapa jurnal dah habis baca. Tiada yang mengopek kulit udang, ketam dan carik isi ayam untuk saya. Hujung minggu kain 2 kali mesin siap berjemur, air siap atas meja, tanaman tersayang siap tersiram, rumah bervacuum, bini tercinta bangun jam 9 pagi menggenyeh mata terpinga *malu*. Saya tanya, kenapa? "Abang tak nak tengok Sayang penat, tak nak kejutkan Sayang, semua dah siap". Saya cakap ok sahaja. Lain kali buat lagi ;D. Nak ucap terima kasih, jauh sekali.

Saya rindu Azuar saya. Saya juga rindu Azuar bertanya malam ini Sayang nak makan apa, walaupun baru pukul 8pagi. Saya paling rindu Azuar usap-usap perut boyot saya, "Assalamaulaikum, Papa ni".

Agak-agaknya boyfriend lama boleh buat macam Azuar tak? Mahunya dia hempuk saya dengan pinggan. Hahahahahaha.

Inilah JODOH. Bila Azuar jauh, dia jadi hero watak utama dalam mimpi-mimpi malam saya. Bila kita sedar, orang yang kita sayang jauh seketika dari kita.

5 comments:

Anonymous said...

mama dpt suami yg baik.. hee.. semoga terus bahagia yer : )

Unknown said...

I miss You too!!!

Mahirah Kamaludin said...

azuar dengar ni, tak kuncup hidung dia nanti..hahahahah

Anonymous said...

dia mmg yg terbaik utk awk... first time cite ttg dia kat sy cm tak percaya plak skrg dia dh jd suami awk... bkn main kutuk dulu ye...

Mahirah Kamaludin said...

dulu memang suka kutuk n rimas sangatttt dengan mamat ni.. itu lah nak kawin ni kena cari org yang sayang lebih kat kita, bukannya kita yang terlebih terhegeh kat orang tu...JODOH lah namanya, macam2.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers