Thursday, April 22, 2010

Menggila!!!

Say bye bye to the coursework! Yes, dah boleh concentrate on my thesis. I've settle everything including marking students paper before leaving for a longgggg break in Terengganu. Nak jumpa orang baharu, itu yang harus excited lebih kan! kan! kan!.

Tapi hari ini nak cerita pasal menggila....Bukan yours truly yang menggila. Tapi tikus luar rumah yang menggila. Sakitnya hati.... Sebenarnya kami baru perasan, ada tikus masuk dalam cabinet dapur tengah buat fiesta makanan hari Isnin lepas. Azuar menjerit kat bawah, masa turun tengah malam sebab kebulur cari makanan dalam peti ais ajaib kami. Jadi I ni pun terfikir apa kena dengan mamat ni. Dia naik atas, beria bercerita ada tikus besar. So, we all decide buat operasi dapur malam esok je lah since malam ini dah lewat, esok nak pergi office dan bini terchenta dia pun dah mengantuk. Jadi kasi chance tikus buat party lagi malam tu. Ok dah kasi chance!






Malam Selasa ada operasi, we all check one by one. Banyaknya tahi dia. Merata. Siap masuk living hall. Seperti biasa, bini terchenta duduk atas sofa dengan memberi arahan dengan jelas, Azuar dengan mop dan vacuum nya. Konon nak berperang lah kan... Buat lah satu-satu. Sambil fikir-fikir, kat manalah makhluk perosak tu masuk. Habis stok makanan Azuar buang, sebab bini dia cakap dah terkena badan tikus. Kabinet, kosong, tinggal maggi dan bawang sahaja. Pinggan mangkuk pun habis cuci semua, sebab bini dia bising juga, cakap tikus lalu kat situ, jadi was-was dan geli. Tengah nak clear cabinet, ada seekor melompat keluar. Mencicit Azuar lari menjerit dengan vacuum kat tangan. Wah....Tikus keluar panjat-panjat tingkap keluar. Bijak. So malam tu, sebab tak tau nak tutup dengan apa dah, tutup semua tingkap dengan surat khabar, stapler kemas-kemas. Mesti jiran cakap kami gila, padahal langsir dah ada. Malam itu, tidur dengan tenang. Rumah licin dan berbau harum sebab operasi membersih secara total. Dan makanan memang zero kecuali dalam fridge sahaja. Sahaja. Sebab dah tak nak masak. Takut dapur kotor balik dan mengundang makhluk perosak.

Muka tak bersalah, kan! kan!kan!



Rabu, tiada apa yang berlaku. Rumah kemas, sedap mata memandang. Khamis, pagi tadi Azuar bangun. Dia cakap, "Sayang, tengok ni, tengok lah kat bilik ni". Masa tu pagi, dia nak iron baju bini terchenta dia. Beria dia suruh I pergi bilik iron, bilik atas. Damn. Damn. Damn. You all tau ada apa?????? Ada pad yang dah guna, berselerak kapas terkeluar sebab kena gigit atas carpet. Duduk sekarang dah berdua. I memang dah lama tak period, cakap pregnant kan...Tikus ni memang tengah angin, siap bawa pad ntah sape-sape buat masuk rumah orang. Marah tak ada food kat bawah tu kot. Terus I cakap, " Tikus pandai naik tangga ke?". Azuar turun, tengok dalam cabinet bersepah balik. Surat khabar dah terkoyak. Tapi yang penting, tikus bijak. Tikus masuk ikut tingkap kecil dalam toilet tu, sanggup panjat, lepas tu gigit pintu toilet sebab pintu tertutup. Habis habuk kayu berterabur. Kalau dia pandai buka tombol, harus I pengsan. Then terus masuk dapur. Tengok tak ada makanan. Buat dajal hantar pad minah ntah mana ya kat bilik atas!!!!! Agaknya, I banyak sangat mengutuk dia malam sebelum ni kot. Orang tua cakap tak boleh mengutuk binatang.

Petang ini terpikir nak cari net hijau, then paku kat semua tingkap bawah. Agak-agak dia bijak masuk balik tak?

4 comments:

Kak Teeha said...

Tikus sgt bijak..gigi sgt tajam..struktur badan sgt fleksibel..wlaupun bdn dia besar & lubang kecik,dia dapat masuk gak..

so, netting hijau tu pun dia boleh gigit..kalau letak racun tikus, takut dia mati merata-rata..bau bangkai nanti..

org kata petua dia letak daun durian belanda..tapi tak tau betul ke tak..

Mahirah Kamaludin said...

Nampak pun memang bijak. kitorang terkejut tengok dia keluar ikut tingkap kecil je lubang, padahal dia besar juga....

hari ni dah termasuk perangkap sekor. pintu toilet dah sumbing dah kat bawah, geram sungguh!

cik senah said...

hermmm.. pada awainya.. kesian gak baca kisah awak dan suami berperang dgn kehadiran "tentera tikus".. tapi.. dalam masa yg sama.. lucu pun ada.. heheh..

nak bg petua pun.. saya tak lah pandai dan kategori pakar tikus.. apa yg pasti.. kena boh racun tikus saja.. itu lebih efektif.. jgn boh merat.. boh tang laluan masuk yg mungkin berpotensi besaq utk tentera tikus meloloskan dirir di dalam umah awak.. kalau tak jalan gak ( atau tentera tikus dah imun dgn racun tikus.. hehe)

jalan terakhir.. kena panggil pet detective saja arrr.. sebab hat tue bidang kerjaya depa.. jadi depa lebih tau cara yg cepat membuatkan umah awak "bebas tikus" di masa hadapan..

( p/s : waduhhhh.. bg cadangan macam nak menaip tesis la pulak.. sori ekk tuan tanah.. heheh )

Mahirah Kamaludin said...

semalam baru terniat nak letak racun tikus, bangun pagi tadi, seekor dah masuk perangkap. Alhamdulillah. besau plak tu! pastu skrang terpikir mcmana nak bunuh tikus tu. ada rasa kasihan di situ. heehehehehe

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers