Wednesday, June 3, 2009

Entry untuk suami

Ya..saya sudah makan asam garam perkahwinan hampir 3bulan. Memang tidak sama waktu bercinta, memang lagi terduga berbanding pengalaman 4tahun bercinta, apabila masing-masing hidup sebumbung. Kesabaran memang paling utama. Tolak ansur dan segala-galanya.


Minggu lepas kami pulang ke kampung suami di Kelantan, suami bertemu ibu rakannya. Ibu rakan bertanya berapa usia perkahwinan. Suami terus cakap hampir 3bulan. Beliau terus membalas, waktu ini memerlukan kesabaran. Saya juga akuinya. Beliau memberitahu, waktu ini ibarat membuat cekodok, masing-masing baru nak mix. Kalau keras, tambah air, kalau lembik, tambah gamdum, nak lagi sedap letak telur,tambah garam dan sebagainya. Saya rasa ada benar kata-katanya dari orang yang berpengalaman.


Balik kampung pun jadi isu hari itu, sepatutnya dalam plan hari Sabtu balik Kelantan, Ahad balik Terengganu, dan dari Terengganu terus pulang ke KL. Tapi ada hal keluarga suami yang tak dapat dielakkan, jadi memang tak dapat balik Terengganu. Saya yang emo ni memang menangis-menagis nak balik, padahal suami tengah headache darah naik *baru check doctor*, sempat lagi pujuk. Saya ni beria frust tak dapat balik Terengganu, air mata satu hari menangis. Konon suami tak tunai janji, padahal baru bercuti balik weekend, bukannya nak balik Raya pun lagi. Saya tahu suami saya berbelah bahagi antara keluarga dan isteri. Saya pun tak faham kenapa saya begitu emo, padahal sebelum ni memang selalu balik Terengganu, suami tak kisah langsung. Rupa-rupanya, esok period, PMS punya angkara. Suami sempat pujuk cakap, lainkali abang janji kita takkan balik Kelantan sampai bila-bila pun *eleh tipu la tu kan, saudara-mara saya ramai juga kat Kelantan*. Part ni memang nak tergelak dalam dok menangis.


Hmmm memang susah juga dua dunia yang berbeza nak mix. Nak adapt satu sama lain. Saya tahu saya yang banyak karenah, bagi yang tak pernah rasa susah, sebab segala benda parents sediakan cukup lengkap. Sejak lahir terus naik Honda Civic, tak pernah naik motor, jadi kahwin bila suami ajak naik motor, saya mengomel sepanjang masa. Awal perkahwinan yang patut ada kesusahan, sepanjang masa ada sahaja ulasan dari saya. Tak pernah itu tak pernah ini.


Saya patut bersyukur dan lebih mendiamkan diri. Mendapat suami yang begitu penyabar segala segi. Saya tak pernah ke pasar membeli barang. Nama ikan, usah dicerita, saya tidak tahu. Suami ambil alih segala benda, beli ikan, sayur, ayam dan segala-galanya. Saya hanya teman dan belajar sikit demi sedikit. Balik dari pasar, suami yang menyiang ikan, ayam dan segala-galanya. Dia tahu saya penggeli, dan tak mahu pegang itu ini. Saya belum membuat kerja ini lagi, saya hanya memasak berpandukan resepi di internet. Sedap atau tidak, itu belakang cerita, suami masih tersenyum makan hingga licin. Belum masuk bab mahu tidur, saya yang jenis tidur bantal banyak, kiri kanan, atas bawah, semua tempat, suami bagi bantalnya dan dia tidur beralaskan lengan. Esok bangun tidur, baru rasa kasihan.


Saya harus sedar dan lebih berubah, menjadi lebih matang. Saya berharap, tempoh-tempoh awal dugaan perkahwinan, masih ada kesabaran di hati saya. Terima kasih suami di atas segalanya. Terima kasih sebab masih sanggup bangun malam memberi segelas air untuk isterimu yang bayak songeh ini, masih sanggup bangun menebas-nebas nyamuk di malam hari sebab isteri cakap tak boleh tidur dan segala-galanya. I love you lahh...


P/s: Weekend ni memang kena balik Terengganu pula ya, agar isteri tidak mengomel panjang.



Luahan isteri makan garam 2bulan setengah tapi minta dijauhkan penyakit darah tinggi,
PN.MAHIRAH.

7 comments:

lilylala said...

i lahir da nek proton saga
huu

naza delizia said...

agreed with u, mama! kak naza pun memula nangis2 bab balik kg, pdhal time tu baru bak bbincang,bukannya tak balik, cuma hubby minta lebih sehari blah dia sbb ada kduri sdra dia! hehe! mcm2 kan? kak naza n hubby duduk jauh slps kawin.. setahun jugak la btekak bab balik kg sbb masing2 duk jauh dari family, ditambah dgn jauh dari partner.. last2 kitorg tak balik kg, duk kl je (ada apartment parents di kl yg mmg stiasa kosong)hehe! kdg tgk muka hubby,tpikir cane la aku dpt kawin ngan mamat ni.. tp bila pk ditambah dgn sdikit kewarasan, rs bsyukur sgt TUHAN dah anugrahkan hubby mcm ni kat kita.. kan? kan?

Izzaty Hussin said...

Bab2 balik kampung adalah perkara yang selalu menjadi bahan pergaduhan suami isteri semasa di awal2 perkahwinan. 1-2 tahun kahwin,memang menjadi perkara biasa. tapi percayalah,after that, ratio akan berubah. 4kali u balik kg u,1 kali je akan balik kg hubby.

Pasal dia cakap xnak balik dah kg dia,i'm afraid he really mean it. pernah jadi pada kenalan i,hubby dia memang xbalik2 kg since depa bertekak pasal asyik balik kg suami. puas wife dia ajak,dia xnak balik jugak. i think dah 2 tahun lebih dah kot.

Ingat, once dah sempurna akad nikah, syurga kita telah berpindah dari tapak kaki ibu ke tapak kaki suami. isteri kena mentaati suami lebih dari keluarganya sendiri. tapi bagi suami,syurganya masih di bawah tapak kaki ibunya lagi. namun, itu tidak semestinya beliau kena mendahului ibunya lebih dari u.

Adik Mahirah, perkahwinan adalah anugerah. suami adalah pingat dari anugerah tersebut. jagalah pingat dengan baik sebelum anugerah ditarik balik oleh Dia yang maha agung. Thanks God for giving u a good husband. Kepada suaminya, jaga lah hati dan perasaan seorang isteri yang banyak berkorban jiwa, raga, zahir dan batin dalam menjaga rumah tangga. Semoga kalian selalu bahagia dan diberkati Allah.

*Sabda Rasulullah S.A.W: "Ballighu 'anni Walau Ayah"
(bemaksud: Sampaikahlah dari ku walaupun satu ayat)

Mahirah Kamaludin said...

thanks so much. i'm so touched. Awal-awal kawin, mmg banyak benda nak mix kan, and ada sedikit shock kdg2. Hopefully saya lebih matang.

victoire said...

ha ha ha.
macam2 kerenah. best gile bace.
ni xsabor nk kawen ni.
gi laa berjinak2 ngan ikan dan bau hanyir dia tu.
ekg baru jatuh cinta ngan ikan.

hahahahaha

aDeQ said...

huhuhu..same2..tapi adeq duk ngan family adeq..pun nangis kalo tak balik umah kalo tido umah sdara mara saha..huhuhu adakah adeq lebih kejam??

aDeQ said...

huhuhu..same2..tapi adeq duk ngan family adeq..pun nangis kalo tak balik umah kalo tido umah sdara mara saha..huhuhu adakah adeq lebih kejam??

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers