Monday, April 27, 2009

Ya... sila study tanpa alasan

Dedikasi kepada adik tersayang, supaya tidak lagi mencari alasan malas study lagi di LIBRARY ;D

Ok sangat terkejut, bila si Lily bertuah berkata, "ni 1st tyme la tuk sem ni ak g PTSL..(Perpustakaan Tun Sri Lanang)." *sila malu dengan adik kandung sendiri ;p*.

Lily tanya, kamu suka ke study di library?.. Saya jawab ya ya ya.. Masih sanggup menyuruh si suami menghantar ke Perpustakaan Negara, memandangkan library UPM sangat jauh dari rumah.

Tips belajar di perpustakaan:

1) Jangan bawa laptop, so that tak ada la mengarut nak berbelog ke, ber chit chat ke, ber entertainment ke, dan segala anasir yang akan menggangu. Melainkan benar-benar nak guna laptop.

2) Jangan duduk seat di tengah balai. So that tak ada la sibuk nak mengushar orang, atau bergosip riang, atau terganggu dengan ketak ketuk kasut orang. Bila saya memilih seat di tengah balai, pasti ada dialog ini, "Eh, kau rasa mamat tu padan tak dengan awek tu?". Ini memang tiada dalam silibus Taxation sekalipun! dan sangat menbuang masa.

3) Sila pilih seat yang menghadap dinding, dan membelakangi segala benda. Angkat muka pandang dinding sahaja.

4) Kalau boleh, study dalam bilik karel, sebab lagi privacy.

5) Sila bawa sweater, sebab dalam library memang sejuk. Jadi anda tidak lah selalu menggosok
kedua belah tangan setiap 2minit bagi menjana haba.

6) Seboleh-bolehnya jangan duduk study berkumpulan terlalu awal, maka anda tidak lah study, tapi menjadi rakan bergossip sahaja. Study dahulu seorang diri, bila masing-masing sudah ada isu yang tidak faham, baru bawa berbincang, dan duduk di meja besar berbincang. Ok, masing-masing sudah ada point yang tidak faham.

7) Ya ya ya, bosan sebab tak ada entertaiment. Maka anda boleh menggunakan mp3 untuk halwa telinga agar tidak bosan.

Halangan? Tiada. Alasan? Tiada. Semuanya datang dari diri sendiri. Tepuk dada, jawablah sendiri.

Dari kakakmu yang sedang ambil p.h.D dan berjaya tinggal di library dari jam 9pagi hingga 10 malam hasilnya exam lepas highest marks mengalahkan students foreigner, i kembang hidung, tapi final ni takut lagi, terus kuncup hidung *ok bertawakal*. Weh Lily, I tak nerd tau tapi konsisten agar bertambah maju jaya ;D

Hah tengok, datang bersama, tapi bila sampai library, terus split cari port masing-masing. Bila bosan sangat baru cari kawan. Bila kawan buat muko bo layan, ok paham-paham sila balik ke meja study sendiri

4 comments:

anaklaut said...

salam..singgah


info yg sangat menarik. terima kasih

lilylala said...

sy suke stadi di bili shj..
-tnpa ad gangguan lelaki yg menarik perhatian sy..
-tiada teman bergosip..huu
-tiada gangguan announcement..(perpustakaan ini akan ditutup 15 minit lg!!)
sy bley stadi di bilik smpai subuh pom takpa..
-sy jg bley ke toilet ble2 ms sy nak memandgkan sy slalu ke toilet..
hokee...

=))

~~jaNnah!~~ said...

lily tipoo
~~di bilik blh ym n gayot2 dgn mr.m
~~ni pom tipo gk..asek gosip dgn rumate je
~~tang annoucement..xle bt pape..jom buat lib 24 hours!
~~kantoi slalu kencen..haha

----->sj nk capap kat blog kakak ko r ly..uwekk!

lilylala said...

hampeh ar ko ni..
adoyai~~~
tak dpt den nak nolong..

=p

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers