Tuesday, April 21, 2009

Beronggeng kembali

OK..bila berkata mahu beronggeng bersama kembali..Memang pasti akan dilaksanakan..Kali ini sudah semestinya versi membawa para suami, dan sudah tidak dapat tidur bersama sekatil lagi. Kerana sudah berkongsi bilik dengan sang suami.

Ya...ya...Geng Rumah Banglo 'berjimba' ke Port Dickson, hasilnya: ketawa riang+hitam legam *sila puas hati*. Tetapi seperti tidak cukup ahlinya kerana Cik CT tidak dapat cuti dan Iza di Aussie.. Maka, kami titipkan gambar-gambar kegembiraan kami ;D


Ini versi kulit masih cerah dan riang ;P. Suami memberi ruang.

Ini versi kelaparan dan aksi suami lubang hidung luas ;D



Aksi apabila diberi aiskrim percuma di hari yang panas terik.


Sangat teruja untuk menaiki banana boat a.k.a bot pisang.



Dan apabila bot pisang terbalik di tengah lautan, semua terdiam terkaku..saya sememangnya sangat takut memandangkan sangat tidak tahu berenang. Kelihatan para suami bersikap selfish ya dan berpaut di bot membiarkan si isteri terkapai-kapai. Berapa dalam ni hah? Ok saya berdoa agar tiada haiwan kanibal di waktu ini *takut*


Masih berseronok dan melupakan hal-hal di pejabat

Aksi menunggu isteri lambat bersiap. Ok sabar. Bukan isterinya tapi kawan isterinya yang lambat bersiap.


Akhir kata, bye bye PD..


Akhir entry, selamat pulang Nad *oh tidak...perut macam mengandung je*.

1 comment:

Kak Teeha said...

huhuhu...wa..wa..wa...bestnye korang!!!..sedih xdapat join!!sila salahkan management saya!!

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers