Tuesday, April 7, 2009

No pain, No gain

Minggu ini saya tahu, minggu exam bagi semua mahasiswa/siswi di universiti. Dan tatkala ini, saya dihujani puluhan sms dan email dari para pelajar, minta dihalalkan segala ilmu dan segala-galanya, minta diampunkan kesalahan. Dan kadang-kadang saya juga sebak, bila ada pelajar yang masih mengingati pengajarnya ini. Dan ada juga masih bertanya hint soalan-soalan exam.. Saya masih melalui itu semua, menjadi seorang pelajar dan pengajar.. Sesuatu yang kadang-kadang saya dapat membaca fikiran mereka ketika saya berada di depan bilik kuliah.


Bila saya pandang, ada pelajar saya mendengar mp3 ketika saya mengajar, ya, saya terasa hati! Masih membuat perihal lain di waktu saya, saya juga berkecil hati. Tapi saya fikir itu adalah balasan tuhan, bila mana saya juga seperti itu sewaktu dulu..Membuat saya percaya pada karma. Tapi masih ramai pelajar kadang-kadang sangat menghargai saya dan saya tidak pernah berbuat begitu kepada pensyarah saya dulu...Baik Cina, Melayu atau India, mencium tangan saya sesudah habis kelas..Walaupun kami hanya berbeza usia 5tahun sahaja.


Hidup ini adalah berbeza bagi semua orang. Saya percaya. Jalan kejayaan seseorang sangat berbeza. Saya ada masa silam saya. Result paling rendah di dalam kelas? saya sudah kalis. Dan kerana itu, saya tidak pernah memandang rendah pelajar yang tidak bernasib baik dengan keputusan markahnya. Mungkin masa depannya lebih cerah dari yang lain, siapa tahu...


Pejam celik, saya juga tidak percaya, di usia 25 tahun ini, saya sudah memulakan phD. Bercerita mengenai penat dan kegagalan, semuanya tidak habis. Saya percaya, selagi masih ada kudrat, saya mampu bangun.Saya adalah pelajar Sains di zaman matriksnya gagal, lalu dilelong ke kos Ekonomi di universiti di Sarawak. Saya bermula dengan kosong. Malu usah bercerita, sebab saya tak pernah merasai kegagalan yang maha hebat seperti ini. Bercampur hati ibubapa yang kecewa, makin mengusutkan fikiran saya.


Saya mempunyai latar pendidikan di zaman sekolah yang cemerlang. Kadang-kadang saya merasakan Matriks membunuh saya, tambahan mabuk dengan khayalan cinta remaja.


Saya terjumpa cikgu Sains saya. "Cikgu, saya tak larat buat Sains, skrang saya buat phD in Economics.". Dia peluk saya. "Tak apalah, semuanya ada hikmah".


Jadi saya percaya semua itu. Ya, ada hikmah. Permulaan ijazah Ekonomi, usah bercerita mengenai kegagalan, saya gagal juga di permulaan. Saya bertatih juga, merangkak, dan mula berjalan dengan subjek baru.


Dan minggu lepas, bila saya mendapat markah tertinggi di dalam kelas, saya tersenyum puas, teringat kisah-kisah lama. Cabaran ujian sem ini, tak kurang hebatnya...berulang alik ke Terengganu mengajar anak didik, persiapan perkahwinan dan peperiksaan untuk diri sendiri. Dan saya masih mampu lagi menghadiahkan kejayaan untuk diri sendiri. Dan saya juga berharap para pelajar saya berjaya, dan saya masih tidak jemu lagi meniup semangat untuk mereka.


Ya..hidup ini adalah "No pain, no gain" ;D

Saya juga masih setia dengan nota-nota ceria saya

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers