Tuesday, January 27, 2009

*owhh... ini SENARAI KESYUKURAN saya*

senarai kesyukuran MAHIRAH KAMALUDIN

Ini adalah dari hati saya yang tulus dan ikhlas, sila baca *berkata seperti seakan memaksa*
  1. Saya bersyukur nama saya Mahirah binti Kamalaudin
  2. Saya bersyukur nama kakak saya Syairah binti Kamalaudin *jadi membuatkan kami begitu close gitu*
  3. Saya bersyukur saya tidak cacat fizikal mahupun mental
  4. Saya bersyukur saya masih mempunyai seorang adik lelaki, satu-satuinya *jadi masih ada back-up wali untuk kakak-kakaknya*
  5. Saya bersyukur saya mendapat didikan yang tegas dari ibubapa saya
  6. Saya bersyukur saya sentiasa mendapat habuan/hadiah daripada ayah tatkala cemerlang di dalam peperiksaan pada zaman persekolahan hingga universiti.
  7. Saya bersyukur masih dapat menghirup udara pinjaman ALLAH ini ketika waktu ini
  8. Saya bersyukur saya tidak pelat bercakap atau gagap di depan orang *perlu ke mention?, ini anugerah,tiba2 serius*
  9. Saya bersyukur saya Islam dan berbangsa Melayu
  10. Saya bersyukur saya tidak alergic terhadap sebarang makanan, jadi saya ada nikmat makan
  11. Saya bersyukur saya mengambil keputusan yang betul dengan menukar kos ketika waktu 1st year degree dulu *ada hikmah*
  12. Saya bersyukur saya menamatkan ijazah dan master saya dengan jayanya.
  13. Saya bersyukur ibu saya seorang guru Matematik
  14. Saya bersyukur kakak saya juga seorang guru
  15. Saya bersyukur kakak saya sentiasa belanja makan di Pizza Hut apabila mendapat gaji
  16. Saya bersyukur emak saya garang mengajar matematik ketika zaman sekolah rendah dulu, jadi saya selalu skor matematik sebab saya sgt takut dengan emak saya *dia sgt garang hoke*
  17. Saya bersyukur saya telah berjaya mendaftarkan diri untuk Ph.D saya.
  18. Saya bersyukur kerana mempunyai peluang untuk belajar dan bekerja pada satu masa.
  19. Saya bersyukur saya mampu mengurus masa
  20. Saya bersyukur ada broadband di rumah saya, jadi saya senang untuk membuat tesis
  21. Saya bersyukur ayah selalu sponsor semua tiket flight saya untuk attend class di UPM
  22. Saya bersyukur ibubapa saya masih membeli baju raya untuk saya
  23. Saya bersyukur students saya ramai skor A untuk mata pelajaran yang saya ajar *kamu bagus*
  24. Saya bersyukur saya masih dapat berdiri 2jam sepanjang mengajar di dalam kelas saya.
  25. Saya bersyukur saya mengajar di Universiti Malaysia Terengganu
  26. Saya bersyukur saya menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia
  27. Saya bersyukur ayah dan emak yang membeli kesemua laptop saya samada hilang atau rosak *sangat berterima kasih*
  28. Saya bersyukur mengenali merangkap MR.FIANCEE *ada hikmah saya ditinggalkan boyfren lama..hahaha*
  29. Saya bersyukur saya akan berkahwin dengan dia pada 16 Mac ini *saya sayang dia*
  30. Saya bersyukur MR.FIANCEE membuat surprise SK2 itu kepada saya *saya suka*
  31. Saya bersyukur MR.FIANCEE cekap menukar tayar kereta pancit dlm masa 5minit sahaja, membuatkan dia menjadi SUPERHERO saya *saya hanya pandai memancitkan tayar keretanya sahaja*
  32. Saya bersyukur saya mempunyai ramai sangat kawan rapat
  33. Saya bersyukur saya dapat menghubungi kembali kawan rapat saya ketika di zaman tadika dulu
  34. Saya bersyukur saya mengenali Nadirah Mohd. Nazri dari zaman matriks sehingga sekarang *masih sangat rapat*
  35. Saya bersyukur mengenali Norlyana dari darjah 3 sehingga sekarang dan kami masih berkongsi cerita hidup.
  36. Saya bersyukur saya mengenali Nurul Izza, Rafizah, Nurul Aini dan Noor Akmal ketika zaman degree dulu, mereka juga housemates saya dulu
  37. Saya bersyukur saya telah pergi bercuti bersama mereka dan menginap di hotel yang sangat class sebelum kami berkahwin *mission complete*
  38. Saya bersyukur mengenali Nazatul Faizah ketika zaman Master saya, jadi kami ada geng untuk bergossip(bercerita) dan meniru assignment merangkap research project juga
  39. Saya bersyukur supervisor saya, Prof Khalid tersangatlah sporting dan sangat membantu
  40. Saya bersyukur mengenali Tengku Aiza ketika tingkatan 1 dan menjadi sangat rapat sehingga sekarang
  41. Saya bersyukur Tengku Aiza memberi penghormatan untuk saya menjadi MC ketika majlis perkahwinannya *it's run smoothly, dgn mode berdoa*
  42. Saya bersyukur dengan adanya laman web sosial, saya dapat menghubungi kembali kawan2 lama saya
  43. Saya bersyukur Nurhana sentiasa membalas e-mail saya
  44. Saya bersyukur kasut Clarks dibeli dengan gaji pertama saya telah diketemui kembali *terima kasih kepada si polan yang tersalah ambil dan mengembalikan kembali*
  45. Saya bersyukur saya mampu berfikir untuk pelan-pelan research saya
  46. Saya bersyukur saya ada blog ini untuk keluhan perasaan saya
  47. Saya bersyukur anda membaca blog saya *wink*

Cukupla sudah untuk setakat ini..banyak lagi kerja yang menanti saya selepas ini..Jadi apa yang anda pula syukurkan?

No comments:

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers