Monday, March 19, 2012

Conference and shopping in Bandung

Hai semua

Last week saya attend 3rd International Conference on Business and Economic Research 2012 in Bandung. The experience was great and it was first time as a presenter for me. Biasanya asyik jadi participant aje. Kali ni nak challenge myself jadi presenter. Perasaan dia like my 2nd time prepared for proposal defence. Takut ya rabbi. I am the youngest one for Phd student. Rasanya macam jari kelinking je compared others yang dah jadi Dr and Prof. So dorg tersilap aje, "So, the next presenter is Dr.Mahirah from UPM". Segan ok tapi kena lah cakap balik. "Sorry I am not a doctor yet".

So I am taking the bright side, I need comments for my research. Takut lantak lah. Lagipun bout 20 mins je. Phew phew phew habis lah present.

Tapi kalau namanya ke Bandung, sure banyaknya shopping yang meraban. Aduhai. Ok lets pictures do the talking. Gambar present tak ada sebab I malu u olls nak suruh orang tak kenal snap pic sendiri. Macam gelabah excited je kan....

Jadi mari mulakan pengembaraan ke Bandung bersama saya.


Hari pertama keluar dah pergi cari kain sulam. Kali ini bukan ke Pasar Baru yang tekenal dengan telekung dan kain-kain sulam tapi pak supir bawa terus ke supplier. Penjual Pasar Baru pun ambil dengan supplier ini. Bagus supir. Harga di Pasar Baru dalam 170 ribu rupiah sepasang, di sini boleh dapat 105 ke 110 ribu sepasang. Jadi rambang mata sebab murah. Maaf tuan kedai, semua kain nak buka dalam plastik tapi belinya hanya 5pasang.

Pemandangan sekitar Bandung. Hati-hati ya banyak pencopek dan penjual tepi jalan yang suka paksa beli. Tak selesa nak berjalan. Tidak gemar betul.


Ini baru di Pasar Baru. Tema baju raya tahun ini adalah Baju Pengantin. Kellas kau beli kain lace aje. Kain dia cantik berpinar mata.


Restoran Sederhana ni memang sedap. Highly recommended. Tapi ko...bila kita duduk, sup sup sup semua lauk dia letak atas meja. Jangan tamak haloba. Ambil yang saudara mahu sahaja ya.. Kang sentuh semua, jenuh nak membayar.

Ini pula di Toko Tiga. Semua jeans ada. Tapi bila dah banyak, tak tahu pulak nak yang mana satu. Jeans pun cantik and original. Ramai orang Malaysia dalam ni. Bertempuh dalam ni, sekejap dengar kecek Kelate, sekejap Kedah, nanti Nogori plak haih macam-macam...

Boleh juga demand alter jeans.

Banyak factory outlet sekitar Bandung. Supir cakap about 50 lah factory outlet yang ada.




Bila dah malam, sibuk nak dinner sebelum balik hotel. Tanya pak supir, kami nak makan ayam penyet paling sedap. Jadinya dibawa tempat ini, katanya pelancong masih enggak tau, tapi kami di sini sukakannya. Memang kat situ, time masuk kami je orang Malaysia. Makanan dia memang sedap. Korang nak makan di Bandung, make sure bersih ya.. Barangkali takut percutian dicemari dengan penyakit cirit birit dan toiletnya huwaaaa takut untuk dilawati.



Mee ni serius sedap tapi lupa pula nama menunya.

Ini baru real ayam penyet dimakan di Indonesia. Sedap tapi pedas sangat. Makan ayam krup krup crunchynya.

Ini hotel yang didiami selama 4malam. Hotel Golden Flower, 4 stars hotel. Kalau ko rasa banyak duit, boleh duduk sini, servisnya tip top tapi mak aih mahal ya robbi... 1.75 juta rupiah satu malam. Rasanya dekat RM400 lah. But I had no choice since seminar kat sini, Bandung pun first time datang. Azuar pun tak ikut, so tak memandai nak stay hotel lain. Ramai je participants seminar duduk budget hotel tapi we olls tak berani hehehe.

Eh satu lagi, yang saya tak paham, hotel ni kemain mahal tapi enggak bisa dipinjam seterikanya. Susahnya orang nak attend conference lagi. Kalau ko nak seterika baju, sila tekan butang operator, minta org laundry datang ambil di iron kan, dan caj juga ya, sepasang lebih kurang 26ribu rupiah. Cuba bayangkan saya ni yang nak attend conference, tak kan kot nak pakai baju berkedut aje, maka terpaksa juga hantar baju berpasang-pasang ke laundry. Stress duit habis kepada benda yang merepek.



Ini gaya orang sekejapan lagi nak masuk present. Waktu ini dah malas berperasaan. Semoga cepat berlalu aje.

Seketul ini aje ambil pic orang present. Yang lain I busy take note ok hehehe



Lepas present, cepat-cepat call supir suruh datang ambil di hotel. Nak menyambung misi katanya. Toko Anakecil ini besar. Baju budak macam-macam pesen ada. Tinggal aje nak memeilih dan membayar aje. Tapi bila dah banyak sangat, maka saya letak ambil letak ambil letak ambil, aikkkk ambil 3 helai sahaja. Jimat duit.



Tunggu kawan-kawan lain habis membeli belah. Dorang banyak sangat borong, siap kena sign kredit kad lagi.

The Summit factory outlet. Ini baru entrance. Besar sangat dan tempat ni kalau ko rasa very fashionista dan up to date, silakan datang ke mari. Dalam ni ramai Singaporean. Design baju pun cantik tapi very tak sesuai dengan I. Baju I sopan santun.

Saya kan kat dalam tu macam terkesima tengok semua cantik. Macam biasa sentuh blah sentuh blah. Sedar-sedar ada annoucement."Calling for Mahirah and Suraya from Malaysia, please come forward". Rupanya kawan dah ramai tunggu luar. We olls berdua sibuk dok posing kat dalam.

Malam di Bandung. Bandung memang macet (jem). Jalannya sempit populasinya banyak.

Supir bawa laju tau....tak sempat nak snap...Camera pun murahan je pun.

Ini di Bali Heaven. Banyak juga baju cantik-cantik kat sini.



Dah malam sangat, mula lapar, so request nak makan cuisine from Sunda pula. Lupa nama restoran ni tapi sumpah sedap dan a cosy place. Sejuk je dok bersimpuh dalam pondok tu.

Lapar sangat maka lupa bergambar lagi.

Tempat letak nasi pun memikat kalbu. Rasa nak praktis kalau orang datang rumah ni...


Jangan lupa Kartika Sari ya. Macam semua kek dan roti ada. Rasanya sedap. Cuba try brownies banana, sedap ok. Dalam ni pun balik-balik dok tertempuh dengan orang Malaysia.

Ini malam grand dinner. Dah nak say goodbye kan..


Gelek Indon

Flight pagi memang awal, around 830 pagi. So nak ke airport tu dalam 2 jam awal. Pukul 5 pagi dah bangun. Maka perut tak usah dibilang bunyinya ya.. Hari tu ktorang pilih nak masuk lounge sebab ada makan sekali. Murah je u olls, 75 ribu rupiah sahaja, dalam RM27 sekepala. Termasuk breakfast buffet, rileks-rileks orang dah cop passport semua dan vip access. Kata jutawan kat sini kan...

Ini kawan baru. Kak Intan from Curtin University, Perth, Aussie. Datang conference, dapat lah jumpa kawan baru. Dari awal sampai nak balik memang get along dengan kak Intan.

Haaa itu Kak Intan jalan terkedek-kedek hehehehe

Ok dah nak balik. Bye Bandung. Tengok, congested kan Bandung..


Kalau ada nak ke Bandung, Boleh contact Pak Dudi. Servis dia tiptop ok. Bercakap macam kenal lama dan dia boleh carikan tempat barang yang jual paling murah. Agak-agak duit tak cukup, dengan dia juga boleh tukar duit. Kami berjalan hari Ahad maka money changer banyak yang tutup. Jadi tukar denang Pak Dudi aje. Nak orang datang bilik mengurut pun boleh. Nak ke spa, rasa malas, boleh suruh Pak Dudi cari kan orang datang bilik. Servis top up kredit hp pun ada, hebat ok link Pak Dudi. Kami guna sim card Simpati kat sana. Celcom roaming hp I mahal giler ok. Terus suruh Pak dudi belikan simcard Indon yang baru.

Pak Dudi charge 9pagi-9malam dalam 400 ribu rupiah, dapat naik kereta avanza including petrol, caj supir dan parking. Itu macam paling lowest harga dah dapat. Sekali sekala ajaklah Pak Dudi makan sama. Jangan risau, dia makan sikit je hehehehe. Tapi kawan saya dapat 350 ribu rupiah dengan Pak Dudi. Saya tak reti nak bargain lagi, kesian kat dia...

Maka tamatlah pengembaraan saya ke Bandung bersama rakan-rakan dorsen (pensyarah). Supir suka bagi tau ktorang ini dorsen, bunyi kelakar kan...

7 comments:

just azura! said...

the best thing kalau pergi conference ialah duk hotel best best sebab ini lah masanya! aku dulu kat johor conference banyak kat kl, rela lagi duduk rumah kat kl dari hotel..rugi...rugi...

by the way, serononye shopping kat bandungg!!!

Ted said...

Mama, hotel tu bayar sendiri ke?ehe. Sangat tak best kalau guna duit sendiri. Tapi baiklah duk tempat biasa, bukan hotel budget.Ada la hotel murah tapi cantik n servis ok..Takdelah susah2 nak seterika baju kan.

Ai, meletopla die raya tahun ni.
Kalau g bandung, tak sah kalau x beli lace. Tiap ceruk semua lace. Dorang nenek2 kubur panggil pun duk pakai lace lagi. Vogue gitu

Mahirah Kamaludin said...

zura: sambil conference, boleh stay hotel best jg. haiyo...bandung menghabiskan duit je.

adeq: kalau pg vacation sendiri stay budget hotel pun tak apa, boleh save duit pg ke shopping kan... hotel ni nanti claim dgn upm balik hehehe

_Vu-JiE_ said...

Salam.

Boleh tak nak tanya supplier tu kat mana ek? Plan nak memborong utk bisnes kat sini, jadi kalau dapat harga paling murah lagi bagus hehe.

Mahirah Kamaludin said...

Hai VU-JIE

If guna supir Pak Dudi, he will recommend the place.

The supplier is

WEWEI (chinese)
+62-22-91996571
Kompleks Taman Kopo 1
Blok B2 No. 134
Bandung

Mostly kan harga 110krupiah, if kat Pasar Baru about 150k above.

nicina said...

iyuo btulll
time conference lah nak duduk otel best2 ekekek

Unknown said...

salam sis, saye nak tanya jauh tak tempat supplier tu dgn pusat bandar... n apa jugak yg ada kat sane...

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers