Friday, October 28, 2011

Stress oh!

Hai semua.

Blog ini memang dah tak terurus. Sebab saya lagi suka blog walking dari writting blog. Malas. Sebab kerja saya sendiri pun menulis. Takkan hobi pun masih menulis. Tapi kadang-kadang tersasar juga mencari ruang escapism.

Eh dah 2 tahun study lagi. Orang kampung tanya pun malu nak menjawab. Makcik, kalau saya terang pun makcik tak akan paham. Saya stress makcik. Tua-tua pun belajar. Kalau darjah 1 dulu saya ada mesin macam cerita back to the future, mesti saya menyesal. Set masa 27tahun. Ting! Dah umur 27 tahun pun, study lagi. Bosan T____T. Tapi saya nak sedapkan hati saya makcik. Tiap kali bangun pagi, saya cakap before hits 30, saya dah ada Ph.D.



Sekejap masa berlalu. Usia perkahwinan dah nak masuk 3 tahun, bulan Mac tahun depan. Bergaduh biasalah. Tapi Azuar sporting gilerrr. Saya cakap hobi saya shopping. Dia cakap hobi Abang, berjalan di dalam mall. Suwettt kan? Ptuih. Dia suka tengok match bola. Sayang gilerrr Chelsea dan team Red Warrior dia. But I connot go lah bang... Dia paham. Dia teman saya tidur dulu, baru turun ke bawah secara senyap menonton bola kesayangan. Pastu bini sergah jam 3pagi suruh naik. Baru mencecet naik. Kenapa saya anti bola? saya pun tak tahu. Tapi saya tak suka berkongsi hahahaha. Azuar sebab dia sporting gilerrrr. Dia sampai terhafal carta salah silah keluarga Kim Kardashian dan selalu set time cerita faveret bini tercinta dia. Cuba kau tanya siapa nama adik beradik Kim? Umur berapa? Siapa kakak? Siapa adik? Insyaallah dia tahu. Itu semua angkara bini dia kalau boleh nak tengok cerita Keeping up with the Kardashians, Khloe and Lamar, Kim and Kourtney takes New York. Tak ada chance dia tengok bola kalau bini dia ada.

Adam pun dah makin besar. Makin banyak mulut. Makin banyak panggil Mummy dari Appa. Makin banyak demanding nya. Bubur pun dah tak nak makan. Sebab dah tak cool.

Bulan November ini makin sibuk. Nak aqiqah Adam, nak travel pergi Indon, nak pindah rumah, nak regress data. All in November. Disember ini pula scholarship dah tamat. Lagi double STRESS. Siapa lagi nak bagi duit free?

No comments:

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers