Thursday, February 24, 2011

Hai semua orang? Sihat?

Kalau monolog hati kena cakap aku.

Tahun ni aku dah nak masuk 27 tahun, anak sorang, laki sorang. Alhamdulillah. Cepat je kan masa berlalu. Kakak aku pun dah nak tambah sorang lagi anak. Aku rasa aku nak hold dulu bab agenda tuh. Kalau tanya Azuar, dia cakap "Abang tengok Sayang hidup lagi lepas beranak ni pun dah Alhamdulillah". Woi bang...zaman sekarang ni kalau payah nak keluar, dia toreh perut terus. Aku rasalah masa nak teran keluarkan Adam, mungkin muka aku horror gila. Habis tuh doctor suruh teran macam orang berak sembelit tapi tak keluar, macam tu lah gayanya kot.

Tahun ni juga dah nak masuk 2tahun tersadai dengan PhD. Gila stress. Payahnya belajar. Dah kata peluang, kita sahut je lah kan. Minggu depan baru first time ada committee meeting dengan 3orang supervisor. Sekarang aku dok berkira-kira nak berucap macamana. Harapnya segala method yang aku cipta dan perasan bagus tu, menjadi. Aku rasa aku buat kerja macam siput sedut. Slow sangat. Aku paling risau, aku tak ada publish paper lagi. Paper dah ada, tapi buat lebih kurang je. Nak suruh supervisor baca, bukannya senang, bercinta lah gayanya. Ada ke orang berminat nak baca cerita yang kau karang? Gaya-gaya terpaksa adalah. Tapi tak apa, aku anggap cabaran aje lah. Tak boleh juga redha memanjang, kena usaha.


Dulu masa buat Master, rasa macam payah juga. Tapi akhirnya berjaya juga dengan result yang ala-ala bagus. Aku selalu cakap, biar masa yang menentukan. Bila stuck sikit, biar masa menentukan. Banyaklah kau masa menentukan. Usaha usaha usaha.


Aku pun kena berterima kasih juga dengan Azuar. Walaupun dia tak hensem, dia juga banyak tolong aku. *tak releven dengan monolog hati ni*. Dia tak lokek nak buat kerja rumah. Aku kan kalau rumah bersepah, mula lah nak jadi tarzan mengaum. Tambah pulak Adam dah pandai merangkak ni. Rasanya 47x sehari mengemas toys dia. Aku punggah, dia kutip, aku kemas, dia tambah tambah kemas lagi. Redha.

Sesusah susah mana hidup ni, kena selalu pikir ada lagi yang lebih susah. Haih sebenarnya aku rasa stress dengan apa yang aku buat sekarang ni.



Akhir kata, Love your job and your workstation!

2 comments:

MaMa AiNi said...

slm..mama baru singgah kat entry u..good luck utk u ek..comey baby u!

Ted said...

mama, at least mama dah sampai d tahap PHD ok.hehe. Dah ada anak, suami, rumah, kerjaya bagai pada umur 27 tu dah memang patut dibanggakan sangat.hehe

ayuh usaha lagi!hehe

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers