Monday, March 22, 2010

Jangan keluar lagi

Semalam macam biasa tidur membuta, tidak ingat dunia seperti biasa. Tapi hujan semalam memang best. Resam mak buyung, malam hari harus bangun berulang alik ke tandas. Baby makin membesar, menekan-nekan pundi kencing, tapi harus redha. Terus teringat emak di rumah, baru tahu mengandung itu seksa.


Semalam juga, baby menendang dengan kuat. Banyak kali. Banyak sangat. Jadi aku takut. Aku gosok-gosok. Aku senak. Tiap kali baby tendang, aku gosok-gosok. Aku takut baby tak sabar nak keluar, mahu menjengah dunia. Atau pun dia kejutkan aku bangun sembahyang malam. Biasa aku terjaga, sembahyang juga. Tapi semalam, hujan di luar suruh tidur lagi... Aku pandang bakal bapak budak. Mengeroh lagi. Aku tepuk pipi dia, bising betul.


Baby, jangan keluar lagi.... Mummy janji dengn Prof cuba nak publish paper sem ni. Mummy nak ada hasil. Sambil itu, Mummy pun harap Baby belajar. Belajar sama dengan Mummy. Ok dah, Mummy nak regress data. Electricity Consumption in Developing Countries: Evidence from Panel Data. Harap siap.

4 comments:

Nadirah Nazri said...

MAMA.. good luck tau.. baby tuh dah tak sabar nak tgk auntie Nad die.. hehhee...neway take care..

naza delizia said...

found an article, wrote:
orang yahudi mengamalkan permainan dan pembelajaran terutama yg mlibatkan bidang math bermula kandungan berusia 4 bulan. kajian menunjukkan ibu2 ini akan melahirkan anak 'prodigy' , iaitu anak yang hampir genius. contoh di msia = adiputra. beliau adalah anak prodigy, bukan genius! contoh manusia genius = einstein! anak produgy ini biasanya memp kemahiran yang tinggi dalam bidang math dan muzik...

so, gudluck mama! smoga mdapat anak 'prodigy'! hehe!

Mahirah Kamaludin said...

nad: thanks.

kak nazza: harap2 macam tu lah...apa yang mama belajar, baby pun belajar juga. insyaallah..

Unknown said...

hehehehe,

jgn genius time kecik jer..pastu time besar, jadi org xguna..

Semoga baby kita tu jadi org yang berguna di dunia dan akhirat..Amin..

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers