Monday, November 30, 2009

Macam-macam

Let's talk about my pregnancy again. Ceh ceh wah..mana part thesis, mana part studies..ntah lah.




Last weekend, we went back to our hometown, Kelantan and Terengganu. So, everyone is not expecting me to do more works. Hati mak ni lagi lah, berbunga kan, pergi rumah MIL ke parent sendiri ke, dok berehat aje...kata tak sihat kan...We had few discussion with my mum. Macam-macam bercakap. Mak lagi lah suka bercerita pasal experience pregnancy dia. Mak cakap I ganas, kalau nak duduk tu selalu main hempas punggung je. Macam tak ada pape. Tapi lately, dah noticed, penat sangat nak meround shopping mall ke, tempat ramai orang ke...


I ada bercakap dengan my mum pasal konon2 nak deliver baby kat tempat best, bukan GH la. Mak cakap tempat mana-mana pun sama. Mak bercerita juga, dulu dia ada minta nak bersalin kat tempat best dengan ayah, bila isteri kawan-kawan ayah, isteri pegawai kerajaan tinggi juga semua bersalin kat tempat X%@^&. So mak request nak la merasa juga. Sekali ayah cakap, "Saya bayar awak bersalin kat tempat tu, kalau betul lah beranak tu tak sakit langsung." Mak pun terdiam. Mak cakap sampai sekarang dia rasa apa yang ayah cakap tu betul.



Mak cakap kenalah selalu berdoa. Mak cakap dulu dia selalu minta supaya anak cukup sempurna sifat dan dipermudahkan bersalin nanti. Bila dah jadi mummy-to-be ni kan, memang everything kita wish. Ni la yang selalu berdoa, tiap-tiap kali lepas sembahyang. I wish......

1) Baby cukup sempurna sifat dan akal

2) Menjadi khalifah di bumi Allah

3) Anak yang beriman, cerdik, pandai

4) Anak yang soleh

5) Menjadi pembimbing kepada zuriat yang lain.


Bab anak ni, panjang sungguh berdoa. Tapi terlupa plak nak letak pasal dipermudahkan urusan bersalin. Ok kena tambah.


Morning sickness. Setakat ni, baru muntah 2x. Yang lain loya all day long. Dont talk about my weight. Badan macam kena pam. Maklumlah alahan tak ada. Makan sedap je memanjang. Cuma alahan bau sahaja. Muntah pun disebabkan bau. Bau rumah sendiri paling tak suka. So macamana nak capai matlamat 'Home Sweet Home' ni.


Thesis. Lembap macam siput. Target, sebelum deliver baby, nak siapkan chapter 2 & 3. Azuar cakap, kalau laju taip thesis macam blog kan bagus..... Hahahahah. Thesis tu macam berkarya lah...Nak ada idea, baru boleh mengarang. Tahun depan dah nak pikir dengan baby and my studies.

No comments:

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers