Wednesday, August 19, 2009

Dah tak lama nak puasa

Tup tup tup, lagi berapa hari lagi nak puasa kan...mulut Mr.Hubby pun tak habis-habis cakap, "eee..tak sabarnya nak puasa dengan sayang, nak terawih sama-sama, nak sahur sama-sama..".. Dia kalau bercakap, macam budak-budak.Hmmm kalau dengan Azuar ni, ntah berapa kali kot buka puasa sama since bercinta, cuma kali ni lain sikit, buka puasa dengan cara legal, 2orang kat rumah. Sebelum ni kalau nak berbuka, mestilah kat kedai je kan...

Semua orang cerita pasal berpuasa, Cik Siti pun sama. Cik Siti cakap, dia pernah puasa penuh..Pengalaman saya waktu kecil, lupa lah...macam tak penuh pun ada. Masa Darjah2 pun selalu buka puasa lepas azan Zohor, yang kelakarnya, balik sekolah, maid siapkan food, saya ni dengan baju sekolah, tunggu depan makanan, bila dah dengar azan Zohor, baru baca doa berbuka. Siap cakap, "kak, dah azan ke belum, dah ke belum?". Memang macam puasa penuh la gayanya. Lepas tu lupa la, tapi rasa memang selalu curi-curi makan kuih raya belakang pintu, minum air kat toilet, tapi depan mak memang cakap puasa.

Menyesalnya...zaman kecil-kecil macam tak berapa tahu makna puasa bulan Ramadhan. Tapi yang bersyukurnya 2tahun lepas, puasa penuh beb.............sebab tak datang period.Tapi risau lain macam la tak datang period, siap mengadu kat mak lagi. Mak cakap, "kalau orang kawin ni, dah mengandung ni". Saya tak ada la risau ke arah tu, cuma risau takut tak subur..hahaha..tapi tup tup raya ke2 terus period, mujur raya pertama sempat sembahyang raya... Tapi tapi tapi...................................................................................................................................................kali ni dah kena cium tangan suami.

2 comments:

Willie said...

Aku suka time puasa sebab aku suka pergi pasar ramadhan. The beauty of Malaysia. OneMalaysia...

Mahirah Kamaludin said...

bazar ramadhan tu, walaupun menu sama tiap-tiap hari, tetap nak pegi jg membazir duit.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers