Monday, May 11, 2009

Mak

Mak saya garang. Memang sangat garang. Mak saya cikgu Matematik, bila dia ajar saya Matematik, buku sekolah saya sampai terkoyak, dia jerit kuat-kuat, dia tekan pensil kuat-kuat, saya tersedu sedan menangis takut cikgu kat sekolah marah esok. Mak saya tak kisah sebab semua cikgu saya adalah kawan-kawan dia. Masa saya sekolah rendah, mak saya selalu datang sekolah jenguk tanya saya belajar macamana. Saya sangat takut markah saya rendah, jadi setiap masa harus menjadi murid terbaik. Bila saya kena buli kat sekolah dulu, mak mesti datang sekolah jumpa pembuli tu, tapi yang pelik lepas mak jumpa budak tu, budak tu terus berkawan baik dengan saya dan tak buli lagi saya. Saya tak tau mak saya jampi apa kat budak tu, sumpah! sampai sekarang.

Mak saya cepat tangannya. Rotan, getah paip, penyangkut baju. waktu kanak-kanak mainan hidup. Berbirat peha dan betis adalah kawan sejati. Tidur berendam air mata setiap hari. Dinding terconteng "Mak Bodoh" perkara biasa, saya protes. Tapi ada 2-3 kali saya terjaga waktu malam, mak masuk bilik tidur kami, sapu peha kami adik beradik dengan minyak gamat kesan birat penyangkut baju siang tadi masih tak hilang. Dia cium dahi kami. Ya mak ego, dia tak cakap depan kami, tunggu kami tidur baru sapu minyak, cium dahi kami.


Bila remaja, tangannya tak dihayun lagi. Mak saya suka menjeling. Saya kecut perut. Bila dia marah, 2-3 hari dia tak bercakap. Banyak sangat konflik waktu remaja. Lepas form 4 saya mengamuk tak nak duduk hostel lagi, mak yang bersusah payah bawa saya keluar dari SBP, heret bawa masuk sekolah dia pula. Bila saya di rumah, jadi selalu bergaduh, mak terus menyinga menjeling. Waktu itu saya rasa mak sangat jauh dari saya. Ada satu benda buat saya ingat sampai sekarang. Kerana terlalu banyak konflik di rumah, cikgu kaunseling perasan. Sebelum ni saya pendam mak garang, kami bayak berselisih pendapat, tapi hari tu saya terlepas perasaan pada cikgu. Cikgu panggil mak masuk bilik kaunseling. Jadi kami anak-beranak menangis dalam bilik kaunseling. Mak peluk saya, buat pertama kali, saya rasa mak dekat dengan saya. Lepas tu mak mula jadi baik. Ada satu hari, ada sambutan hari jadi guru kat sekolah, mak sambut hari jadi dia kat perhimpunan, tiba-tiba dia panggil and announce nama saya, dia cakap dia nak potong kek tu dengan anak dia. Kami share bulan birthday yang sama. Waktu tu semua orang tepuk tangan kat perhimpunan. Saya jalan malu-malu pergi depan sebab saya pelajar yang pertama menumpang majlis hari jadi guru. Hari tu hidung saya kembang dari pagi sampai petang. Mak dah sayang saya. Lepas tu saya dah mula bercerita pasal boyfriend dengan mak saya. Mak saya dah pandai cakap minta maaf bila dia terlepas cakap. Kalau dulu saya termakan hati dengan mulut lepas mak saya, tapi sekarang mak dah belajar cakap, mak minta maaf.
Mak saya patut terima anugerah Ibu Ego. Tapi deep down inside, dia lembut hati. Masa mula-mula masuk universiti di Unimas, mak lambai nak tinggalkan saya di Sarawak, dia yang mula menangis. jadi saya terus tersedu sedan. Result jatuh masa di zaman Matriks, mak ayah terus ambil cuti, drive along from Terengganu to Kuala Pilah. Mak ambil saya bawa tidur hotel, dia terus kaunseling saya. Malam tu payah saya nak tidur, saya teringat pengorbanan mak. Mendapat ayah yang pendiam, membuatkan kami dapat ibu yang sangat aktif dan protective.
Masa study Master, saya dah mengarut dekat mak nak bertunang dan kawin, tapi memang duit sendiri pun tak cukup. Mak yang beribu keluarkan duit untuk saya beli barang hantaran. Saya patut malu. Saya nak itu ini, mak ikut saja. Bila nak kawin pun sama, mak bagi duit, saya cakap nak fresh flower, mak ikut sahaja walaupun tahu memang sangat mahal dan membazir dan dapat tengok duit melayang macam itu sahaja bila bunga-bunga tu layu.


Mak saya masih garang, masih kuat berleter dan menjeling. Ex-bf, ex-tunang dan suami saya pun takut mak saya. Tapi kami sedar untuk mengambil hati mak, adalah mengikut sahaja kemahuan mak dan kata mak, jadi kami pun senang bertoleransi dengan mak. Bila saya cakap mak nak kereta, dia bagi saya kereta.
Masa saya kawin, saya menangis. Mak tepuk bahu saya. Mak cakap, orang kawin kena happy, tak boleh menangis. Tapi anak mak ni rasa macam dah nak berpisah dengan mak.


Dan hari ini Mother's Day, saya di KL jauh dari mak. Mak tak dapat hadiah lagi, tapi hari ini furniture yang mak belikan untuk rumah baru saya dah sampai, saya pula yang dapat hadiah. Mak ingat saya selalu cakap yang anak mak ni teringin bilik english style, mak belikan set English Style....Mak, bila dah kawin ni, baru Mama rasa susah sikit sebab kena berdikari. Mak dah jauh dari Mama, tapi mak selalu dalam hati Mama sebab Mama sangat sayang mak. Kalau dulu kita selalu bergaduh, Mama lawan cakap mak, Mama minta maaf banyak-banyak. Bila dah besar tahu berfikir, baru Mama tahu baik dan buruk..


Mama tak tahu nak bagi hadiah apa kat mak. Sebab mak high taste. Barang murah-murah mesti mak tak pakai. Sebab bila bagi hadiah yang mak tak berkenan, mak simpan je sampai berhabuk. Bila Mama banyak duit lagi, Mama beli yang mahal-mahal ya. Mama tak mampu nak bagi mak hadiah mahal-mahal macam ayah bagi, nak bagi handbag Channel macam ayah bagi tu lagi Mama tak mampu.


Hari ni, for the best mom in the world, Happy Mother's Day. I love you so much. Last but not least, Mak memang la banker yang terbaik.

5 comments:

lilylala said...

owh...
sy menangis membaca ayat2 kamu
huhu

~Ibu Anggun~ said...

so sweet...

:)

Ahmad Husni said...

very nice story! appreciate your mom before she gone forever. give her love.

Izzaty Hussin said...

Tidak ada wanita yang lebih banyak berkorban selain seorang ibu. Tanpa ibu, takkan lahirlah kita di dunia ini. Beratnya tanggungjawab seorang ibu itu mencorakkan anaknya.

Artikel yang sangat menarik. Tahniah!

Selamat Hari Ibu.

Anonymous said...

nice writing.it came honestly from your heart :)

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers