Wednesday, September 30, 2009

The Story of us

I never expected it's too quick like this. But, the excitement is still there. I'm almost in 5weeks of pregnancy today. Yes, today. Azuar is the most happiest person in the world. But i keep saying to him, I dah start takut nak bersalin. Takut nak bersalin. I'm afraid of the pain to the deliver the baby.

I asked the doctor to calculate my due date. It's on 3rd of June 2010. Alhamdulillah, it's on my semester break, so I dont have any lectures, i'm free. Speaking about my symptoms, I dont have any yet. The doc asked me about morning sickness, I said I dont have yet. The doc asked me to wait for another 3weeks more, if I dont have, I'm lucky. It's should be easier for my studies too. The doc said, If tak ada morning sickness, may be i'm more emotional and sensitive. Might be, this is so true. I cry everyday, even I'm watching short advertisement on TV, and I can burst into tears.

I tak perasan I pregnant, I just check it at home when I miss my period this month. But I start noticed, when I gain weight, makan banyak-banyak, my heart beat kuatnya berdegup and my belly is adding 1 more inch. The hubby yang excited beli pregnancy test, if for me, I just wait for another few days, for period. When I saw the double line on the test, I was so so happy, and I cried. Hubby performed his sujud syukur. On the day, I dengar the hubby is crying bila dia berdoa. Dia tak perasan I'm at his back. From the earlier of our marriage, he asked the baby. I said i'm not ready. I used to plan everything. Dia selalu excited. I'm studying, and I always stuck with the studies.

So I just berdoa, minta I dapat scholarship for the PhD, and I got it. The best thing, I got the income too as a researcher here. I berdoa lagi, I nak tunaikan my hubby wish, but also I add, nak deliver baby time sem break sahaja. Allah listens my pray. Insyaallah it's may be on June. Last night, my first time ever I drank AnMum Materna and I took Folic Acid. The new journey has begun.

So, if I flash back, from the early of our marriage, there are so many obstacles for us. I keep on praying everyday.

Wah, semalam memang kelakar, when I met a doc in clinic UPM. I told to make UPT test again and I want a confirmation. Semalam puasa, I went to the clinic in evening, so it's totally exhausted for us. I cakap nak confirm dengan doctor pun muka sedih, I nak test secepat mungkin, but the doc suggested to wait another 2weeks more. But the doc ingat I nak get rid this baby, so awal-awal dia cakap clinic ni tak boleh buat, kena pergi private. May be muka I letih kot. Siap cakap it's haram in Islam, Allah knows the best and be strong. Both of us, tak ade lah tersengih or menyampuk, just dengar cakap apa. So semalam dapat la motivasi dari doctor. Dia cakap u keep this baby, you're so young. Allah knows the best. Insyaallah


I'm off to office. Yes, Allah knows the best. It's in my mind.



Alhamdulillah

Alhamdulillah.


After double check ups, it's confirmed.

It's positive.

p/s: Baby, grows safely, Mummy and Papa love u so much.

Geng Rumah Banglo, u'll be aunt and I have my very own first miracle.

Tuesday, September 29, 2009

Bengang.

Bengang betul dengan Cavenzi ni, kita ni beria order and bayar deposit dining set sebelum Raya, sampai sekarang tak juga dapat. Dah plan siap-siap konon nak buat makan-makan guna dining set baru, dah tak dapat lagi ni macamana nak menjamu kawan-kawan?

Azuar pergi Cavenzi semalam, dorang cakap stok tak ada, tapi janji nak hantar this week juga. Orang minta deposit, Cavenzi tak nak bagi, tapi dan dan offer dining set lain plak. Orang dah bengang dengan dia, nak pergi beli tempat lain, tapi dorang sempat nak promote barang lain plak. Mujur lah Azuar yang deal. Kalau I yang pergi, mahu terbakar bangla Cavenzi tuh. hish dalam resit mana ada state deposit tak boleh return balik, that's mean it's not proper. So it's not policy, so duit boleh minta balik, sign agreement pun tak. Hah nampak tak Mahirah ni complicated.

Macam case shoe cabinet kitorang, yang janji dapat cepat, minta deposit pun, macam-macam alasan bagi. Sekali Mahirah mengamuk, terus dapat murah dan tak payah tambah extra money lagi. Patut la Azuar tak nak bawa bini dia ni, kalau handle some problems ke... I banyakkkkkk sangat tanya pasal busines. Azuar cakap, itu lah terlebih belajar, kadang-kadang small firm pun tak realize benda small thing. Azuar cakap I banyak sangat arguement....Bukan apa, I tak nak macam tertindas. Dapat furniture lambat pun kira tertindas juga lah.

Monday, September 28, 2009

Wah wah wah

Janji nak tempek gambar. Internet connection pun mood sangattt baik hari ni.


The Clan.


Cawangan Balakong Jaya, Selangor.


Cawangan Kota Tinggi, Johor.

Adik gedik 1.

Adik perasan kasi chance -2.

Adik hanya seorang lelaki terkebih macho dan segak.


5 sekawan. eh eh 5 darah daging :).

Adik-adik obvious gila bergambar. Redha. I selamat kat Thailand masa ni, diorang raya bergembira di kampung. Gambar tangga di kampung, wajib setiap tahun.

Tiba-tiba jatuh cinta kat budak kecik kat bawah berkemeja semangat berbutang smpai ke leher, senyum semangat bergambar.

Thursday, September 24, 2009

Cerita Raya

Ahhha Mahirah memang diam lalety, since i'm dragging myself to over-excited of Hari Raya. Eventhough, I felt like I dont have any baju raya that suits to my taste. Memang cerewet. Balik Terengganu, I got 2new baju kurung, and I wore it on 2nd and 3rd raya, but obviously it ends up as my 'baju kerja' starting next week.


I dont have baju raya raya that I truly deeply madly in love. But Mahirah and Azuar decided to wear their "baju kahwin" on first raya. Its turn up, from tak ada baju yang best, to baju yang terlebih outstanding on 1st raya. hah hambik. Memang la my baju penuh dengan beads and that chiffon memang kena berhati-hati bila memakai. Jadi I surrender tak nak basuh pinggan langsung. Since belajar ekonomi, tak payah beli baju yang mahal, boleh guna baju yang jarang-jarang pakai, dan anda masih kelihatan vogue.

2nd day of Hari Raya, we went to Southern of Thailand which are Tak Bai, Narathiwat and Golok. The day we went, askar merata tempat since Raja nak datang Narathiwat because of University of Narathiwat had their convocation. I pergi sana, memang takut, nak nak bila ada macam-macam cerita. Nampak askar and polis mana-mana sahaja. Dengar cerita askar tembak orang Islam, lagi lah I takut. But it went smoothly for 2days of short visit.

First time i'm celebrating my Hari Raya as a wife, Oklah. But the part balik kampung, memanggggggggggggggg lah sakit hati..hahahahha. Nanti dah matang, dah imune, baru tak ada isu ni kot. Baru tak bergaduh. Next year kena sign agreement dulu ya..but I rasa I yang selalu breach contract nanti.
Gambar raya, nanti dulu. Sebab patik ni malas sungguh nak buat benda leceh tu. Next entry kita tempek banyak2.

p/S: Frust sungguh bila gambar kat Thailand, semua terkena virus Nadia Safira *nama sedap, boleh letak nama anak*. Jadi semua terdelete. Macamana nak show off?

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali..Semoga lebaran tahun ini memberi jutaan makna dan keberkatan kepada semua..

Terima Kasih..

-Mahirah dan Azuar-

Thursday, September 17, 2009

Kasut Raya dah ada

owwhh 1 more day to go for working day! Haih, tengok memang tak productive langsung. Sampai berkira nak ambik ambil cuti esok, tapi tapi sayang la cuti dek perasaan tak sabar nak raya. Semalam kat tv announce sekolah dan institusi pendidikan di bawah kementerian pendidikan semua dapat cuti. So I punya lah perasan UPM pun cuti, tapi baru notice UPM under kementerian pengajian tinggi. huh.

Mostly lecturer ambil cuti and cancel all the class. But as for me, researcher ni, yang tak ambil cuti ni, tak tau nak selidik apa kat ofis ni. Badan kat sini, jiwa kat rumah and feeling like nak packing all the things for 2people for a week holiday. But I nak mopping around the house, vacuum and do the housechores first. Azuar cakap I cerewet, kalau nak tinggal rumah, mesti nak rumah in tip top condition Teruja sungguh!

Ok, happy holiday. Selamat Hari Raya. Berhati-hati di jalan raya especially for those who travel in long distance. Reminding for myself too.

Wednesday, September 16, 2009

laughing out loud

Bila dah kahwin, macam-macam benda nak bercerita dengan laki sendiri , kan? Tapi I selalu rasa single lagi, bila berkawan dengan kelompok semua kaum single, badan pun sama macam tak kawin dulu, lagi lah terasa bila staff list kat faculty ni mestilah tercatit Miss Mahirah bt. Kamaludin. Macam I kawin senyap-senyap, kan? Wow lari topic kan?. I suka bercerita dengan Azuar, nak nak when its come to the bedtime, we're facing each others, I cerita pasal kawan-kawan, dia cerita pasal ofis. But its end up I krooh krooh dalam gelap.

Yang ni latest, I bergaduh dengan Azuar pasal shortform "lol". I cakap, "it's mean lots of love la sayang". Mamat ni punya lah cari makna apa, nak juga argue. Tapi memang I salah kan, bila maknanya adalah 'laughing out loud'. So, bila mamat ni buat lawak, I mesti cakap, laughing out loud *sebab teruja tahu makna*. xoxo pun I tak tau. Then hubby cakap makna dia, love and kisses. I macam biasa, setiap Azuar cakap tu mesti ada prove.Baru terbukti betul. Payah kan bini dia ni.. I cakap, bila dah jadi blogger I cakap banyak jumpa shortform macam wtf, wth bila nak marah. At least, I know all the internet slang. At least kan, tau makna, dalam journals and articles mana ada.Tapi tapi Azuar cakap jangan sebut makna dia, tak baik untuk baby dalam perut. Kuat perasan kan dia?



Salam Aidilfitri dari,
Mahirah dan Azuar
Serdang.

Tuesday, September 15, 2009

Malas sungguh hari ini

Semalam memang kecewa, sebab tak pergi pun Primavera......

Stress sedunia aku ni. Tapi tengok Azuar penat balik keja and pick me up from office. Memang sememeh muka dia. Terus macam, tak apalah esok pergi. Tapi tak tau lah takut lakonan dia, risau poket dia rabak.Hahahahah. Hari ni kalau tak pergi lagi, memang la bini dia stress lagi. So, yesterday, it ends up , we went to Bazar Ramadhan, and i did housechores while Azuar enjoyed his favourite 'cerita hitam putih'. Laki aku memang klasik. Kalau bab ni, memang la I minta tukar channel aje.

Lagi beberapa hari lagi nak habis Ramadhan. Banyak juga termiss terawih since bulan ni exam juga. So I yang suruh Azuar pergi terawih and cakap, kalau dia pergi, dia dapat pahala, isteri kat rumah yang menuntut ilmu tengah study ni pun dapat pahala juga. Selalu pesan kat dia doa banyak-banyak, minta dimakbulkan segala-galanya.

Harapan
1. Dimurahkan rezeki
2. Dipermudahkan segala urusan Ph.D dan pembelajaran *2years and plus plus to go*
3. Dikurniakan zuriat
4. Dapat tukar kereta baru cepat-cepat.
5. Urusan 11k duit hantaran yang dicuri staff bank tu, cepat-cepat la settle *yang bab ni, kalau ingat memang sedih aje, tapi doa orang yang teraniaya tu insyaaalah termakbul*
6. Kehidupan akan berubah

AMIN.

Monday, September 14, 2009

Hari ini

Hari ini memang tak ada mood nak mengarang. Nak bercerita pasal "Monopolization" dan "Energy Crisis". So tadi sempat marking student papers dan menyengih je memanjang depan pc. Hari ni teringin sangat nak memasak, setelah berhari-hari dapur I tak berasap, hari ini macam ada mood. Tapi hari ini ada class sampai pukul 530ptg. Memang lah sah-sah tak sempat. Pastu janji dengan Azuar nak gi Primavera pula malam ni, bini dia teringin nak kasut baru. Macam mana tu? Mamat tu dah bising dia mesti termiss terawih malam ni.

Pagi tadi tak sahur lagi. Kiranya baru 2x dalam bulan ni. Semalam dah bantai makan buffet kat Hotel Marriot KL. Makan tak hingat dunia. Sampai rukuk pun, nak terkeluar isi perut ni. Azuar plak, dok ulang alik toilet semalam, tak lena dia tido. Agaknya sebab makan macam-macam benda. Pukul 430pagi, I bangun nak sembahyang, dia bangun nak membuang lagi. Keluar toilet, terus dia timbang berat dia. Menyampah aku tengok. "Ala sayang... makan semalam habis dah terbuang..". Lain kali makan kat rumah sudah.

P/S: Bibir Azuar pecah, bangun tidur I terus tanya sebab tengok dia asyik ketap bibir je. Pastu dia bagi tau, I tersiku dia waktu tido. Padan la I mimpi tumbuk orang, rupanya tumbuk laki sendiri. Dia cakap dia mimpi orang belasah dia. Elok sangat lah tu kan...

Wednesday, September 9, 2009

Yeay yeay exam dah habis

What a biggggggg relieve...I'm free with those exams and the headache. I'm sitting freely on sofa with the hubby and enjoying a cup of Milo. Phewwww. The hubby is just coming back from terawih and demand 'moreh' from me. Daily routine.

This was last weekend activity. Sang suami yang rajin nak buat onde-onde, mesti la bini kena support kan, walaupun tengah bergelumang dengan timbunan buku dan jurnal, tetap bangun laksana cita-cita sang suami. Once in a blue moon, sang suami rajin, wajibughunnah kena terus support.





Hah, semua tak mandi lagi.... Masa ni kan, tiba-tiba cakap,"Sayang, abang rasa kita kena balik raya ikut Kelantan la dulu...". Arghhhh dia saja nak naik kan angin I tau!

Lepas habis exam, terus nak pikir pasal raya saja...Tapi esok busy juga, nak sambung buat paper, ada class and nak jaga exam for undergrad students. Kena tidur awal.

Nite nite.

Tuesday, September 8, 2009

Energy negatif

Hari ini I masuk ofis, terus on PC, punch in *oh datang awal hari ni 7.24 a.m*, dan terus log in belog kesayangan ini. Terus godek-godek baca cerita orang. I pernah terbaca macamana nak bermotivasi pada hari yang baru adalah...... duduk kat tempat sendiri dan terus buat kerja. No no no Facebook, friendster, newspaper online, forum gosip or anything that wasting your time. Pakar motivasi tu cakap, kalau terus terkam benda alah ni, musibahnya pasti lah leka berjam-jam dan terus memulakan hari baru dengan energy negatif. Bila dia mention benda alah sebiji-sebiji tuhhh, wah terkena batang hidung I.

Tapi-tapi I degil, nak juga tengok benda yang lagho ini, padahal malam ini exam bebeh..........EXAM ECONOMICS POLICY bebeh..Sepanjang baru masuk kerja ni, I tak start buat paper lagi, asyik dok study untuk exam je. Wah seronok duduk bilik ni, researcher lain dapat cubicle, I dapat duduk bilik Prof, sebab dia stay bilik lain as Deputy Dean. Bilik Prof ni dah macam library. I tengok tesis PhD dia yang gile hebat, nak termuntah tak paham, siap dapat Best Ph.D Dissertation 1989 in University Illinois, US. I nak dapat Best Paper Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM ni pun belum tentu lagi.

Sudah terjana energy negatif.

Pen off.

Friday, September 4, 2009

Minyak oh minyak

I nak bercakap tapi I tak pakar..but all of sudden, it cross in my mind laa..Minyak naik? opss harga minyak. I pun terasa. Bagi golongan pertengahan dan bawahan mungkin sangat terasa. Nak nak yang macam I ni, family baru nak set up, laki bini pegi kerja naik kereta mesti terasa sangat-sangat.


Goverment dah pandai nak introduce RON95, which is they said more convenience to our cars in Malaysia. Tapi hakikatnya still menaikkan harga minyak RON97. Bunyinya macam pelik. Introduce gred yang rendah dengan harga sama macam dulu which is RM1.80 and increase the price for RON97 at RM2.05.

Government beria bercakap and stress out cakap gred tu sesuaiiiii sangat dengan our cars dan tak ada masalah lagi setakat ini. Haih..guna minyak gred tinggi pun jadi isu..Cakap je lah kami tak mampu nak tanggung dan beri subsidi banyak-banyak lagi.


Tapi tapi I paham. Sebagai student yang tengah buat kajiselidik berkenaan energy economics crisis ni sangat imune dengan harga minyak yang turun naik. Cartel la, OPEC la semua kena ambil tahu. Malaysia dah sangat beruntung government nak bagi subsidi, tapi every year subsidi berkurang. Bercakap pasal subsidi pun tak adil, orang duduk kat Golok pun datang isi minyak kat Rantau Panjang sebab minyak murah.


Walhal begitu, sebagai rakyat yang sering dimanjakan dengan subsidi-subsidi ni mesti terasa dengan kenaikan harga minyak. Kalau ada orang protes harga minyak naik, I mesti beria menyokong jugee..


P/s: Azuar bising. Sejak he change to use RON95, dia cakap minyak cepat habis. I tak tahu. I naik dan pandu kereta sahaja ;D


Saya berpemikiran bebas. Bukan menyebelahi mana-mana pihak.

Kelam kelibut

Semalam exam kemain payah...stressnya...sampai dah rasa kira dapat lowest mark dalam class. Rasanya yang keluar exam, tak ada pun dalam buku and nota, mana entah Prof ambil soalan. So balik semalam macam stress sedunia, buka tudung terus dok bergiat kat kitchen. Nak buat pudding la, nak susun pinggan mangkuk la, macam-macam. Padahal dah pukul 11.30malam. Laki aku dah jeling-jeling sebab tak bergerak lagi naik atas nak tidur.

Minggu exam, memang rumah tunggang terbalik. Next week I have 1 more paper to go. Rasanya tak pandai nak arrange masa lagi. Study, kerja n family. Ok, hari ni dah punch in lewat, 9.15pagi.

Wednesday, September 2, 2009

Quick updates

This is update for the past few days.

1) I'm gaining weight happily ever after


2) Jerawat manis di hidung *ok tipu, ia buruk*


3) Sudah mula memakai kain batik setelah ibu mertua menjahit kain batik kepada menantunya ini.

Masih serabai.


4) Mabuk exam.

5) Mabuk nak masak lauk berbuka, ilmu memasak sangat cetek, maka harus juga sambung PhD dalam masakan.

6) Dah pandai jenguk baby stroller dan sudah ada dalam list idaman kalbu.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers