Thursday, July 30, 2009

So random

Poor him... The other half is sick today, he got fever.

Hari ini UPM cuti for a week because of H1N1 cases..I'm just wondering, how the virus spread too fast until it comes to my uni...By the way, I'm quite happy for the bright side laaa...at least I dah dapat tangguh my presentation that supposely today and I have a week extra for more more preparation. Eeee.... takut lah I for that ADVANCED MICROECONOMICS THEORY subject. The subject is killing me too much.

I'm still stick on my routine at home, I'm cooking, do laundry, houseworks, assignments, thesis etc.. What a busy day... Semalam tengok movie Harry Potter, it such a boring movie for me *mujur semalam tiket murah*.
Hari ini I rajin nak buat dessert. Angan-angan nak try buat Kuih Apam MASIH BELUM TERCAPAI LAGI. So, hari ni I buka fridge, I godek-godek apa yang ada dan fikir macam-macam nak buat. Since hubby is not feeling well, I should give him something that can give vitamins and good for his body condition. I pun buat ni............






Kiwi Pudding *rekaan sendiri*, at least it still have the taste of kiwi puree since I blend it.


Semalam I ternampak bunga dalam pot kecil sungguh comel, konon nak menghias atas shoe cabinet. So I paksa hubby beli.


Wednesday, July 22, 2009

Betul orang cakap

Hah saya percaya..orang cakap, bila dah kawin nanti, pandai la tu buat kerja rumah, dok dapur... Wah saya tengok diri sendiri pun macam tu juga. My marriage is almost 4months. Setiap hari adalah pengalaman. Setiap hari adalah eksperimen. Semuanya belajar sendiri.

Mengikut pengalaman yang dari form1 sampai sambung Master, memang tak lekat rumah, memanjang duduk hostel sahaja. Masuk dapur mesti lah masa 2bulan cuti sem, itu pun kena jerkah dengan mak, baru terhegeh-hegeh, sambil-sambil dok hentak-hentak kaki kat lantai sebab malas yang amat. Tak payah cakap la... jintan, bunga lawang, daun sup, daun ketumbar semua tertukar, tu semua benda memang tak tau. Kalau kat dapur pun, jenguk mak buat, tolong-tolong sedia bahan, potong-potong sahaja. Pastu mesti mak cakap, "Gatal nak berlaki, berboifren, masak pun tak reti".. Sambil mak buat drama..,"Nanti orang tanya, anak sape yang tak reti masak..tu lahh anak Cikgu Yah.., malu muka ni..."..Mak saya kalau berleter, suka buat dialog *tak paham*.

Kalau mak baca ni, mesti mak bangga, anak mak ni kan semua first time masak Nasi Ayam, pizza, grill blackpepper chicken, popia, cempedak goreng, kerutuk ayam, ikan cencaru sumbat, kari sotong, nasi lemak, kerabu tomato dan etc...Mak, banyak lagi senarai ni, tak nak show off je... Walaupun nampak macam biasa, tapi first timer kira ok lahhh..

Masa mula-mula kawin, tak payah cakap lah, macam setiap hari nak fon mak, nak minta resepi..Dan sekarang makin bijak, cari resepi ikut internet sudah..menjadi juga..Tiba-tiba baru terperasan memasak tu seni..heheheheh..

Hari ini teruja tulis entry ni, mesti lah ada makna..Tuan hamba first time buat onde-onde @ buah melaka ni..Macam tak sabar nak show off dekat my other half..Lambat betul mamat ni balik keje..Bini dia siap sanggup tinggalkan journal berlambak atas meja, tup tup buat kerja lain kat dapur...hehehehe.. *Kenapa mesti semua subject nak kena baca journal dan kritik-kritik, dulu degree baca nota slida saje*



Aktiviti yang harus dilaksanakan dengan kadar segera pada minggu ini.



Aktiviti senggang bila mood menerjah tiba.


Puding Triffle.



Geng Rumah Banglo zaman bujang datang rumah, dorang nak jugde sahabat dia pandai masak ke tak.



Triffle dari pandangan bawah, hebat I susun cake.

Mujur 3layer melekat cantik, kalau tak jadi, jawabnya rezeki tong sampah la..



Nota ringkas: Kawan-kawan malas sebelum kahwin ni tak apa, jangan risau.... nanti kawin, duduk berdua, memang macam automatik ligat kat rumah..takkan nak tengok yang tersayang kebulur kan... mesti tunjuk hebat.
Adik I keja kat kitchen Hotel J.W Marriot, dia cakap dia buat Triffle 5layer, kejadah apa la dia susun lagi yer..

Tuesday, July 14, 2009

Dah remove.

Hmmm.. memang sedap makan aiskrim Malaysia Mil0 yang Azuar buat ni. Lately memang dia rajin jadi MR.MAMA.

Ohh entry semalam memang dah remove, sebab hubby cakap I emotional, and expose siap nama complete bank, rentetan peristiwa, jadi I remove, if kawan-kawan yang terbaca tu, sempatlah..Traffic blog I semalam pun naik.. dalam ramai-ramai orang kat Malaysia ni, I yang kena...semua kawan-kawan cakap ada hikmah. Jadi memang semalam hanya bermuram durja.

Case tuh dah jadi siasatan polis dan I bakal naik turun court. Pagi tadi I sempat tanya hubby, kalau masuk court nanti, nak pakai baju apa, sebab I macam orang utama. Mangsa utama. Hubby dok tergelak sahaja. Semalam memang demotivated and depress. Cerita pasal duit hantaran 11k tu, yang staff bank songlap tu, tukar nama atas cek dan data segala-galanya, memang menusuk hati.

Duit tu memang kenangan kami berdua. Bila dari zaman study, kami memang nampak nak kawin dan ada komitmen ke arah itu. Hubby start mengumpul dari zaman belajar degree lagi, sampai I further PhD. Bermula dari duit RM50 sebulan, zaman belajar dapat duit PTPTN, dari kerani kontrak sampai jadi pegawai tetap, sehinggalah sebulan dapat force saving RM600. Akaun tu memang tak sentuh langsung dan tak buat kad ATM pun, sebab hubby bertekad, nak duit masuk sahaja dan itu duit hantaran kawin.

Tapi bila jadi macam ni, sangat berputih mata. Saya tak menghalal satu sen pun dari duit yang diambil oleh x-staff bank tu. Sebab saya nampak komitmen hubby macam mana, bertekad memajukan diri nak saving dan macam-macam.

Semalam dah buat report, both report, Polis dan Bank Negara. Nama orang yang ambil tu pun dah tau, cuma nak trace dia kat mana. I pun tahu dia orang mana, tapi of course, bila dah ambil duit orang, mesti la menyorok kan...Dia memang bijak, hari ni tukar nama customer atas cek, terus cash in dalam akaun dia, esok terus resign. Yang I terkilan, kenapa pihak bank tak call and cerita kat kitorang. Kami call, baru nak cerita. Bagi orang yang baru memulakan hidup ni, dengan umur 25 dan 26 tahun ni, of course tak tahu nak deal macam mana. So a big tkanks to hubby's boss. Dia yang tolong semua pergi bercakap dengan orang Bank, Polis dan Bank Negara. Siapa yang kenal hubby I, memang tahu dia macam mana, tak reti nak marah-marah dan mendengar sahaja, memang I yang selalu terlebih emosi.

Bila fikir-fikir, memang kot ada hikmah. Since bank pun dah buat surat hitam putih berjanji akan membayar balik setelah dapat perintah dari mahkamah, jadi kami tunggu sahaja. Mungkin rezeki untuk anak-anak, bukan untuk si ibu berjoli dengan duit hantaran kawin. I tau lambat laun akan dapat juga, bila kena turun naik court ni mesti lama dan harus bersabar.

Bila terdengar bab-bab pampasan, baru boleh senyum. Sebab duit hilang dengan menggunakan cek bank dan dalam simpanan bank. Macamana boleh cuai, tak sedar ada staff buat something yang salah. Tapi kami tak mengharap berlebihan, dapat exact amount pun dah mujur, kalau mahkamah perintah bagi pampasan dan bayar lebih, lagi lah kami berbesar hati dan menadah tangan. AMIN AMIN AMIN.

Kalau 3bulan ni I boleh hidup tanpa duit hantaran tu, why not I tunggu dan bersabar lagi. Tapi kepada pakcik kerani yang ambil tu, saya mengharamkan segala-galanya.
Gambar samar-samar cek kenangan yang sempat pegang seminggu harus di upload.

Thursday, July 9, 2009

Bonnet

Readers, the theme for this week is "Self Motivation for Puan Mahirah". I have open my eyes broadly, to keep reminding for those who support me behind, their sacrifices.

So, yesterday I had an appoinment with my Prof. I late for 30minutes. Blaming hubby for his fault. Hahahaha.. This is the time that i should show my work to my supervisor. As usual, Prof advises me here and there.

Look at my writing.

"Depletion itself is easy to grasp as everybody knows it, the faster we dig the resources, the sooner it is gone. However, the issue is not about finally running out of oil, which will not happen for many years. What does concern us, and most gravely, is the long downward slope that opens on the other side of peak production. Oil and gas dominate our lives, and their decline will surely change the world in radical and unpredictable ways.

Depletion was real and our production did peak. The peak of production comes broadly when half the total has been consumed. Increasing energy usage and high, though hardly unprecedented, prices at the pump have many Malaysians concerned. For decades, many have looked for the elusive alternative energy source that will allow the entire nation to stop depending on oil and other non-renewable resources."

Prof said, "Mahirah, you ni berbunga-bunga la. Make it simple words and straight to the point. We're not writing a novel, we're working on research".

Now, I know, make it simple. I penat tau Prof, buat ayat nak boombastic bagai. So, a task for today, make it short the writing, straight to the point, and make it easy to readers. Ahaaaa.....



Ini pic masa grad Master. I mengada nak pinjam bonnet aka topi terpenyek Prof, konon-konon in future, dapat jadi macam dia. Tapi seriously macam inspiring me, in future pakai robe macam tu tapi tambah lagi satu line kat tangan and my bonnet. Wallah... AMIN.

Monday, July 6, 2009

Self Motivation

Woff woff woff.. I'm more motivated, after the past few weeks facing with teribble self problems. Hahaha. Hahh tengok diri sendiri yang create every sengle problems.*memang problem, eja single, jadi sengle, terbukti* My internal condition is better than before.

So, for the new whole day, for the new sem which is began,I started with a visit to my lovey dovey library *tak ikhlas*. I inspired with Hubby, Sal, Kak Naza and Geng Rumah Banglo advises plus motivation.

Ya..orang lain terbantut study sebab tak ada fund, I yang ada fund, berlebih-lebihan alasan. Semalam muhasabah diri, nak jadi apa. What is my ambition and so on. So rasa minat lecturing.Pernah kerja dalam ofis, damn..tiap-tiap hari merungut sebab asyik pandang komputer and membelek file sepanjang minggu. Setahun mengajar, rasa macam suit dengan diri. Sebab tiap-tiap hari, dapat jumpa students, excited tak? Mengajar students, rasa puas hati bila dorang score. At least, bukan seperti mencurah air ke daun keladi. Berhenti kerja, sambung belajar, ada jodoh lagi dengan UMT, kita jumpa lagi..oh yeah!!!!!!!

Bila dah menaip sahaja dan mencari bahan research kononnya, sebab nak berlumba siapa paling banyak publish research kat journal, maka ini juga hasilnya, waktu-waktu senggang di library *wink*


Permulaan hari yang rajin.

Terlebih konsentrasi pula


Break.

Siapa nak jawab ni?

Hah..Google jawapan.

Friday, July 3, 2009

Lately

Perjalanan hidup semua orang tak sama kan..ada ups and down. For me myself, it's hard to explain. It's too subjective. Lately, I rasa down nak study lagi. Hello..I'm almost 25, when it comes the time to read a book, I feel sleepy and hopeless. Dah tua kot...I tak tau the choice I've been made, either right or wrong. Supposely, for this sem, I'm lecturing students in Universiti Malaysia Terengganu, but I turn off the job. I tak tau I menolak rezeki ke apa. Kawan-kawan pensyarah dulu text tanya mengajar lagi ke tak. I cakap tak.

So dulu before kahwin, I boleh move back and forth between Terengganu and KL for my studies and job. Since I've my home sweet home and love of life in KL, it's hard to manage everything in one time. I taknak yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Macam last time, tidur tak lena, makan tak kenyang pikir pasal study, duit ulang alik, penat, risau exam my students, my own exam and everything. But God always there, to hear my pray. Bila dapat good result in the end, I senyum puas.

Now I choose to study full time, and turn down the job. I rasa hopeless sebab..........orang lain dah start kumpul aset, but I stop for 3years just for my Ph.D. Tiap-tiap hari mesti mengadu dekat hubby, then suami mesti bagi jawapan yang melegakan hati isteri kan...Sayang dah ada Master, orang lain tak ada, Sayang dah start PhD, orang lain tak lagi, nanti sayang start kerja in future, your salary will be higher than them, sabar lah and everything, nanti in future dapat title Dr. , kalau sayang give up, sia-sia sahaja.

Then, I bear in mind, focussing, jangan give up. Tapi kalau research susah dan data selalu tak cukup, itu memang give up juga. Nak kena publish banyak-banyak research in journal, lagi la I macam nak pitam. Kalau orang lain before 28, dah dapat Ph. D, kenapa I nak give up? May be I'm not strong as them.

Kalau perempuan ni kan, memang banyak bermain emosi. Semua masalah dari diri sendiri yang lemah ;(

Thursday, July 2, 2009

Minggu baru

Minggu ini minggu rajin. Sebelum sem baru bermula, jadi teringin nak ajak kawan-kawan makan kat rumah. Makan hasil masakan orang baru berumah tangga ni kan..Biar depa bagi komen sikit. Ehh..ada improvement sikit ni, dulu 1jam masak 2lauk, sekarang setengah jam dah 2lauk, wallah!!! Tiap kali masuk dapur, forsure nak tengok masa, macam orang nak lumba lari pecut.

Semalam pergi date dengan hubby tengok movie Transformers. I'm not into that movie, BUKAN macam tahap excited tengok cerita macam tu. Nama robot yang pelbagai dan macam-macam. But art is art, art is everything. I saw my hubby sitting focusly on screen. Haihh... on the way nak balik tempat parking, tengok kereta comel I, hubby terus cakap, Autobot bertukar!!!!! Ok, dia dah pening tuh. Sudah sudah la. Lepas tu macam-macam nama robot dia sebut. He keep on repeat it. I guess may be for a week.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers