Wednesday, June 24, 2009

1 Rejab 1430

Oh 1 Rejab 1430...jadi semalam berniat berpuasa bersama si suami. Oh tak tak... plus puasa ganti yang tak habis lagi. Maka hari ini, I terlebih kreatif nak buat semua benda.. Wallahhh.....


home-made pizza *guna roti gardenia aje* .

Oreo milk shake *ok tak payah susah-susah nak pergi Secret Recipe kan*

Lepas kawin macamana nak diet, main hentam semua benda. Konon-konon puasa la, tapi waktu berbuka, ketat perut. Milkshake konon-konon tak nak rasa bersalah, letak susu Anlene gitu, agar lebih sihat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.

Wednesday, June 17, 2009

Argh macam-macam

Where have you been Mahirah???


Ok, banyak benda yang berlaku this week. I'm totally busy. Macam-macam aktiviti. So last week, my sis and bro in law came to visit us in KL. They did furniture hunting in IKEA and spent few things for their new house.

So, when we get together, we had a small reunion for my lovey dovey siblings. I have sisters here. Kalau tak selalu rasa lonely and jauh-jauh dengan family bila kawin ni. We went for karaoke or 'mengasah bakat'.

Adik bersuara garau *tidak sedap*

Kakak menyanyi secara malu-malu kucing. Mungkin menjaga kredibiliti sebagai seorang cikgu ;P

Lagu dibelasah dari dangdut hingga ke rock kapak. *penghayatan lagu adalah sangat bagus*.

Malam itu sangat seronok, hingga terlupa esok hubby kerja. Baju dia pun tak iron lagi. Balik pun tengah malam. Sampai rumah, terus tertido.

Keesokkannya, hubby tiba-tiba nak pergi kerja dengan motor, padahal kereta tak ada pun orang nak guna. Pagi tu saya dapat call, hubby accident on the way nak pergi ofis. Saya dengan tak mandi, pakai baju tidur pergi hospital. Mujur dia tak ada apa-apa. Cuma luka-luka seluruh badan dan berjahit juga la. Hadiahnya, motor rosak dan MC seminggu. Luka yang banyak, saya pun takut tengok.

Rutin minggu ni adalah menjadi nurse yang setia. Tolong mandikan, suapkan, urutkan and everything, saya ikhlas ;D. Tapi malam ni macam makin worse je. Kaki dah bengkak-bengkak. Part MC seminggu tu saya suka, sebab kalau tak maghrib baru hubby sampai rumah. Everyday ada meeting and discussion. Minggu ni masih saya risau-risau dengan condition hubby.



Tapi ada part happy juga. Bila ada terapi. Ya terapi.. Menghabiskan duit dengan beli 5 helai Tie Rack. Sanggup membeli online dan pesan kat saudara yang pergi London. Hasil beli online, lihat di Chatbox saya, semua orang iklan pasal Tie Rack. Rasanya dah terpikat dengan seorang seller ni, so macam nak continue beli handbag plak at affordable price. Tapi bila beli dari oversea, mostly parcel lambat sampai sebab sangkut kat Kastam. Tunggu Tie Rack macam setiap hari adalah penyeksaan. Tie Rack sampai rumah masa hubby masuk hospital. Bila balik rumah dari hospital, nampak parcel dari London, baru senyum sikit. Kan namanya terapi tu...


Hati sedikit gembira dengan terapi senyum.

Esok plan nak pergi hospital, nak buka jahitan luka hubby. Ada plan juga nak balik Terengganu, melepaskan kerinduan kepada rumahku sayang. Hubby pun boleh la pergi mengurut kat sana nanti. Banyak benda dalam kepala kena buat.
Laptop pula sakit, busuk hati tak mahu on. Di kala owner dia membara nak mengarang tesis. Merapu berkenaan natural gas and economic impact. ok ok sedikit bosan. Adakah energy menjana GDP negara atau GDP menjana penggunaan energy. Maaf terlalu banyak bahasa rojak, sebab mengarang guna English, bila nak translate harus berfikir. Sekarang ni mana nak cari data?. Naturas gas? GDP? Production? Consumption? . Ok macam-macam. Kadang-kadang frust nak buat Ph.D, bila reference tak cukup. Di tambah energy economics bidang yang baru, it's too complicated. Tapi kan bila ingat tesis Master, prediction tarif elektrik naik betul, sangat teruja gembira, dan tak sia-sia dapat A.

Kakak yang bernikah sehari awal dari saya, sudah pregnant 5weeks. I'm happy for her. A lil bit stress when everybody keep asking when is my turn?. Tak tau nak bagi jawapan apa, tapi bila tanya hubby, kami sama pandang-pandang dan sengih sahaja. Owh ada plan lain ni, ada rezeki, ada la tu. Berserabut dengan study dan macam-macam. Sem baru dah nak bermula, harap-harap dapat 4flat lagi. Harapan, grad Ph.D nanti, gambar studio, dah gendong anak comel.

Berhenti meluah hati. Buku natural gas bila nak baca?

Sunday, June 7, 2009

Hold on

Thesis? Hold on please.. I'm in the blue moon plus i'm in homey homey mood. Frankly speaking, i feel a lil bit give up when i'm doing my phD. Where's my strenght? The 4flat result doesn't make any impact at all in my life. i'm bored!

Wednesday, June 3, 2009

Entry untuk suami

Ya..saya sudah makan asam garam perkahwinan hampir 3bulan. Memang tidak sama waktu bercinta, memang lagi terduga berbanding pengalaman 4tahun bercinta, apabila masing-masing hidup sebumbung. Kesabaran memang paling utama. Tolak ansur dan segala-galanya.


Minggu lepas kami pulang ke kampung suami di Kelantan, suami bertemu ibu rakannya. Ibu rakan bertanya berapa usia perkahwinan. Suami terus cakap hampir 3bulan. Beliau terus membalas, waktu ini memerlukan kesabaran. Saya juga akuinya. Beliau memberitahu, waktu ini ibarat membuat cekodok, masing-masing baru nak mix. Kalau keras, tambah air, kalau lembik, tambah gamdum, nak lagi sedap letak telur,tambah garam dan sebagainya. Saya rasa ada benar kata-katanya dari orang yang berpengalaman.


Balik kampung pun jadi isu hari itu, sepatutnya dalam plan hari Sabtu balik Kelantan, Ahad balik Terengganu, dan dari Terengganu terus pulang ke KL. Tapi ada hal keluarga suami yang tak dapat dielakkan, jadi memang tak dapat balik Terengganu. Saya yang emo ni memang menangis-menagis nak balik, padahal suami tengah headache darah naik *baru check doctor*, sempat lagi pujuk. Saya ni beria frust tak dapat balik Terengganu, air mata satu hari menangis. Konon suami tak tunai janji, padahal baru bercuti balik weekend, bukannya nak balik Raya pun lagi. Saya tahu suami saya berbelah bahagi antara keluarga dan isteri. Saya pun tak faham kenapa saya begitu emo, padahal sebelum ni memang selalu balik Terengganu, suami tak kisah langsung. Rupa-rupanya, esok period, PMS punya angkara. Suami sempat pujuk cakap, lainkali abang janji kita takkan balik Kelantan sampai bila-bila pun *eleh tipu la tu kan, saudara-mara saya ramai juga kat Kelantan*. Part ni memang nak tergelak dalam dok menangis.


Hmmm memang susah juga dua dunia yang berbeza nak mix. Nak adapt satu sama lain. Saya tahu saya yang banyak karenah, bagi yang tak pernah rasa susah, sebab segala benda parents sediakan cukup lengkap. Sejak lahir terus naik Honda Civic, tak pernah naik motor, jadi kahwin bila suami ajak naik motor, saya mengomel sepanjang masa. Awal perkahwinan yang patut ada kesusahan, sepanjang masa ada sahaja ulasan dari saya. Tak pernah itu tak pernah ini.


Saya patut bersyukur dan lebih mendiamkan diri. Mendapat suami yang begitu penyabar segala segi. Saya tak pernah ke pasar membeli barang. Nama ikan, usah dicerita, saya tidak tahu. Suami ambil alih segala benda, beli ikan, sayur, ayam dan segala-galanya. Saya hanya teman dan belajar sikit demi sedikit. Balik dari pasar, suami yang menyiang ikan, ayam dan segala-galanya. Dia tahu saya penggeli, dan tak mahu pegang itu ini. Saya belum membuat kerja ini lagi, saya hanya memasak berpandukan resepi di internet. Sedap atau tidak, itu belakang cerita, suami masih tersenyum makan hingga licin. Belum masuk bab mahu tidur, saya yang jenis tidur bantal banyak, kiri kanan, atas bawah, semua tempat, suami bagi bantalnya dan dia tidur beralaskan lengan. Esok bangun tidur, baru rasa kasihan.


Saya harus sedar dan lebih berubah, menjadi lebih matang. Saya berharap, tempoh-tempoh awal dugaan perkahwinan, masih ada kesabaran di hati saya. Terima kasih suami di atas segalanya. Terima kasih sebab masih sanggup bangun malam memberi segelas air untuk isterimu yang bayak songeh ini, masih sanggup bangun menebas-nebas nyamuk di malam hari sebab isteri cakap tak boleh tidur dan segala-galanya. I love you lahh...


P/s: Weekend ni memang kena balik Terengganu pula ya, agar isteri tidak mengomel panjang.



Luahan isteri makan garam 2bulan setengah tapi minta dijauhkan penyakit darah tinggi,
PN.MAHIRAH.

Tuesday, June 2, 2009

Yes I know

I know my blog address do not suits with me at all. Since, I am Puan Mahirah after I got married to my lovey dovey yeh. But, as I change it to me-mahirah or others annoying names, the things becomes so so teribble with nuffnang, gadgets and others since I registered under http://www.missmahirah.blogspot.com/.

Friends, please bear in mind, I'm still a wife to my apple of my eyes *wink*. Don't get wrong. I use the name since I started lecturing my students in uni. Jump to the conclusion, I'm not a future/long-term thinker right? How come I didnt expect to get married in the future and drastically change to http://www.pnmahirah.blogspot.com/ like that. Hahahahaha. But I still remember, when it was the time during my wedding, students came and wish me, "Congrats Miss, eh eh salah, Madam, eh eh janggal la..nak panggil Miss juga". So, Miss is become one of my name. But please please pray hard for my happiness with my partner beside.

Monday, June 1, 2009

Wedding pictures


Sal dah tag kan..kena buat juga, as I have lots lots of free time.
Ok Sal and readers, ni favourite wedding pics ;D
Yang lain pun suka, tapi yang ni lebih suka.

1.Nyatakan 4sebab mengapa korg suka dgn gambar tu
I post 2pics kan, sebab tak tau nak pilih yang mana satu. Tapi of course kena describe yang ada partner of my life kan.
Yang ada siblings tu, memang suka sangat dan sangat nangis2 je, real. Bila kakak yang tua setahun dari kita,membesar dan main sama-sama, nikah kelmarin, dan I hari ni. Time kakak nikah, I rasa I macam drama queen je, harus menagis lebih-lebih dari pengantin.
Oklah, 4 sebab suka pic kawin
a)Gambar ni real sangat, it's not fake! I gelak geli, sampai lubang hidung kembang.
b)Suka bilik pengantin
c)Make-up cantik, mak andam pun vogue, siap datang naik kereta sport, semua orang teruja tengok. eh eh eh ada orang cakap I macam Nabila Huda time make up ni, tapi I cakap no laa...hari ni je kot.
d)Muka hubby pun harus teruja, dia cakap excited nak cium bini.

2.bilakah tarikh pernikahan korang dan di mana?
Nikah on 16 Mac 2009, 10 pagi, rumah sendiri.

3.apakah warna tema majlis pernikahan korg?
Tema : Peach
NIKAH:Putih
KTRG:Peach White
KELANTAN: Purple

4.mengapa korg pilih si dia sbg teman hidup?
I just love him through thick and thin.

5.nyatakan harapan korg dgn perkahwinan ini
Bahagia ke akhir hayat, semua harapan perkahwinan setiap orang adalah sama kan..Cuma tahap dugaan yang berbeza dan mematangkan seseorang.
Nak tag semua yang dah kawin, kalau yang tak kawin, nanti tak ada gambar kawin pulak nak letak. Cepat buat! Nak tengok pic korang.

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers