Tuesday, March 31, 2009

so random

Aha....hari ni nak post entry gambar-gambar yang diambil di serata tempat...Sometimes, kena la share juga ya dengan orang lain...Cantik atau tidak, itu adalah belakang cerita ya... ;') Memandang en.suami suka sangat menangkap gambar, maka isterinya harus atau wajib menyokong secara tidak langsung ya *perlu membaca seakan pengacara melodi*

Hasil kerja MR.HUBBY.. Bini dia bagi 3bintang sahaja kepada objek tersebut ;)



Ok, upgrade kepada 3.67 bintang sahaja..serasi dengan CGPA bini ya, tidak lebih dan tidak pula kurang..eheheh





Hoke..yang ini harus diberi 9.58 bintang kepada objek tersebut, bukan kepada gambar ya *harap maklum*




Mari beli...RM1 satu..murah sahaja! ;)






Apa? RM200 satu pasu? Baik beli baju, makan sedap-sedap *yawn*

Mana mahu beli? Ok batalkan hasrat bagi bukan hobi ber'gardening' ya.... Sudah lari topik kakak ni ya ;)




Kaktus berbulu? Ku sangka manusia sahaja ;) 5.32 bintang sahaja *tabiat kerjaya kedekut markah pula ya*

Sila geli!!!!




Ini baru 6.75 bintang...Good effort! Work hard dear...hahahah..macam motivate student plak.






Ini zaman bercinta, time dating sempat capture gambar *wink*



Gambar ini sila beri 9.78 bintang sebab dapat invitation Faces of Asian. Sangat bagus. Mungkin model terlebih menarik agaknya ;D




Again bunga? Memang mamat bunga ;p



Ini memang sangat cantik, kalau ada model, lagi double cantik ;D




Ini memang super-duper sedap




Lihat..supportive wife ;0




Kini giliran kakak pula ya menunjukkan bakat terpendam..tapi memang harus admit tak artistik dan berseni orangnya

Gaya bila sudah berdua, perkakas pun bertambah



Mana lebih cantik? Atau dua-dua hanya suam-suam kuku sahaja? Sila ikhlas.
Abang cakap lighting please..angle la..mak aih komen konon



Ok..tak aci..abang attend class, kakak sekadar suka-suka sahaja ;)



Dan ini.......


Haa..ini pula dari self-timer ya..Kakak seperti terlebih annoying dan abang kaku untuk menjadi model ;p

Monday, March 30, 2009

u all ada tak?


"U all ada tak pic time my wedding hari tu?"

"Ada puan...".

"Tolong save dlm pendrive boleh?"

"Boleh.."

"Mak aihh, siap ada folder WEDDING PN.MAHIRAH gitu.."

"Mesti puan, semangat attend wedding lecturer sendiri"

Jadi kena cilok pic kawin sendiri dari students, sebab adik beradik sangatla amatur menangkap gambar, banyak kelabu dan blur ya... mahu menunggu jurugambar profesional dengan koleksi gambar kahwin sendiri, semahunya lambat sekali..

Maka ini gambar cilok dari folder anak murid tersayang ;)

Mereka datang mencari rumah *sangat semangat*




Sila berkata adik lagi cantik dari kakak sendiri *masih merayu*


Sama besar, sama tinggi ;')

Sudah lebih tinggi sedikit sahaja ;'(

Perut sudah kenyang, semua mahu pulang..ok, esok ada kelas.. BABAI ;)

Wednesday, March 25, 2009

naluri lelaki itu

Hari ini saya berkemas, mengemas buku-buku lama..hari ini juga saya meninggalkan sang suami di KL...saya terjumpa satu kotak, saya buka, penuh dengan surat dan kad-kad cinta dari sang suami sejak 5 tahun yang lepas..saya baca satu persatu, baru saya perasan, dari surat dan kad pertama yang diberi, sang suami dari awal menyatakan nak kawin dengan saya *ayat skema tapi tak jadi* Nak kahwin dengan sayang... akan berusaha and everything... Rasanya ada different dengan kad cinta bf lama dulu, yang sekadar I LOVE U sahaja.

Bila minggu lepas kami diijabkabulkan, Azuar menangis.. i said to him. "Azuar, jgn menangis, ramai orang tengok tu". Setelah sekian lama dia mengharap, baru pintu hati saya terbuka ;')


Monday, March 23, 2009

oh tidak!

isteri yang cekap tidak menghangitkan seluar kerja sang suami bagi hari pertama beliau ke tempat kerja setelah bercuti seminggu *ok, hari ini ada cop iron kat seluar*..Jadi, pagi ini saya kelam kabut..Maaf, saya belum cekap lagi mensterika pakaian laki-laki..Akan praktis agar menjadi lebih cekap ;'(

Thursday, March 19, 2009

Mari kahwin

Hari ini saya janggal, students greet saya, selamat petang puan..mak aih..saya malu2 kucing..atau ayat ini lebih sedap didengar, Madam, how can i do this?

Saya nak upload pic yang tak seberapa nak ada lagi,since dah hire professional photographer, maka adik beradik saya semua bermalasan menangkap gambar kakak manisnya ini diijab kabulkan..masing2 dok berlenggang kangkung sahaja on my big day ;'(



fresh flowers membazir, harga mahal tak ingat, tapi cantik dan puas hati, tapi lepas 2hari semua bunga yang cantik ini harus dibuang, kerana ibu saya berkata ia sangat menyemak untuk dibuat bunga kering kesemua sekali ;'(


Perempuan perasan yang akhirnya berjaya mendapat bilik pengantin ala2 english bedroom style, dicampur bauan white rose dan lavender..bilik laki aku masuk, dia pening2 lalat


Hubby tersandar atas kerusi sambil menampakkan perut tersenyum riang

Hoke...cousin dan adik yang terlebih girang ;)




Ayah, sila belanja outdoor photoshot ini..Ayah: Baiklah anak ku

Saya masih tidak mengerti apakah shot yang diminta oleh mereka-mereka ini...tapi saya tau shot yang agak buat2 dan shot kemestian pada budak sekolah menengah ;'( Mari tunjuk-tunjuk langit.

Saya mesti mengaku gambar yang ditangkap oleh adik saya sangatla tidak profesional, dia hanya amatur sahaja ya..Mungkin 2bulan akan datang, saya bakal tampil dengan koleksi gambar kawin profesional yang extravaganza..ok bangga tak sabar ni ;)

Wednesday, March 11, 2009

.: P.O.S.T.P.O.N.E :.

Waa... After several delays I finally finished marking my student's assignments...A relieved smile spread over my face *big grin*. Macam payah sangat, ambil masa sampai 2minggu hanya nak check assigments budak, maafkan saya, i mean students. Memandangkan pensyarah ini dalam mood gembira+gatal nak kawin, maka, temanya adalah : TIDAK KEDEKUT MARKAH *ambil perhatian*

Haa..ambik kau! lihatla..separuh class dpt 9/10..Agaknya next report separuh class saya bagi 25/30..Students sem ini terlebih bertuah..sbb lecturer ini dalam mood gembira sepanjang sem ;D Sem lepas, agak kedekut markah saya ni, sebab nak yg terbaik la konon2

Memang benar, emosi seseorang dapat mempengaruhi tugasan seharian mereka, begitu juga saya ;D

Sunday, March 8, 2009

Azuar's bride-to-be that cant wait for everything

I'm not that kind of show-off, but i'm just too over excited with everything ;D. As Azuar's bride-to-be, you can see my smiling broadly now! Owh..i've to share this with everyone..peeps, i got my very first wedding present a week earlier in advance *wink*.. This is from my lovely friend back to my primary school, many thanks to the lovely present..

The first time I saw this paper bag I was mesmerized by it's beauty *dowhh*.. I said to myself, this is a surprise attack *annoying*. I just can't wait ;D.. Since Ida is working at JENDELA BATIK so there's something from JENDELA.

Attractive box and ribbon captured my eyes today *wink*.


Normally, I wrote this to my friends, but now, this is my turn.... still cant believe with the magic words SELAMAT-PENGANTIN-BARU ;D

I have no patience with this box. So tadaaaaaaaa........



I got few bowls, exclusive from Jendela Batik *wink*. Ida, is that suitable for my house interior collections or it just suit with Juar's soup or porridge? But i love this.... *muahhhh*


Plan for tonite: Marking student's assignments *mission incomplete*

Wednesday, March 4, 2009

Pakcik Sudan itu sangat hebat

Since tomorrow is our exam, then i plan to meet up Anita in library *may be it could be a few tips to share*..Tapi kalau jumpa Nita, gossip dan luahan hati yang lebih..Petang tadi kami share meja besar dengan seorang pakcik Sudan *a Ph.D student*. Pakcik tu duduk opposite Nita, dan saya sebelah Nita..Pakcik tu tersengguk2 depan laptop dia sebab mengantuk sangat, tapi bila tersedar terus sambung menaip buat keje *passion tu ada biarpun diri tu tersangat la mengantuk*..tapi dia tersengguk banyak kali dan siap mengeroh lagi..Hati kecil saya berkata,"Hey pakcik, balik je la tido kat bilik" *hati kecil jahat*


Jadi petang tadi adalah luahan gara-gara macam give up nak study sebab stress ;(
NITA : Ma, aku rasa give up je nak study ni..Macam2 ada problem la..
ME : Ko jangan macam tu Nita, tak ramai orang muda-muda macam kita dah buat Ph.D. Kalau kita buat Ph.D mcm umur pakcik depan ni, baru je menaip sepatah dan tersengguk-sengguk..Ko nak ke macam tu? *sambil saya muncung mulut tunjuk kat pakcik Sudan tu*



Serentak dengan itu, berdentum bunyi kuat depan kami..Rupa2nya pakcik tadi dah tersengguk sampai terhantuk meja *mengantuk tahap dewa*..Kami gelak tak tahan, tapi cover dengan kertas kat muka, takut pakcik tu perasan..tapi mmg dia perasan sbb kami mmg terkekek..Ok pakcik, sila balik bilik, kami tak nak jadi kurang ajar gelak kat orang tua yang tersengguk sampai terhantuk meja!


Me : Ko nak ke jadi macam tu?
Nita : Tak nak..Ok, kita belajar la muda2 ni..


Kami masih bermotivasi lagi
Esok exam, sekian terima kasih ;D

Tuesday, March 3, 2009

JAWI untuk PAI Tingkatan 3

Hahahahai..rasanya sangat seronok bila MR.FIANCEE yang sangat hebat IQ ITnya berkata, mcmana syg buat JAWI tu..alahai kembang makcik semangkuk, oppsss.. Rasanya saya tulis JAWI secara formal hanya setakat tingkatan 3, itu pun sebab subject Pendidikan agama Islam (PAI) dan Ustaz Wan Mazli garang..Dia ketuk dgn pembaris kat tangan kalau jawab subject dia dalam rumi...Saya sangat takut dia hoke!


Sebenarnya saya hanya klik website ini, http://www.ejawi.net/converter.php , tulis dalam rumi, dan convert to Jawi..senang saja..kalau suruh saya tulis secara manual, mahunya ambil masa setengah hari.. *kurang pandai*

Yang Benar,
Saya Hebat Tulis JAWI
ساي يڠ هيبت توليس جاوي، سيلا بلاجر دڠن ساي

: hebat beb :

هاي..اڤ خبر سموا اورڠ هاري اين؟ ساي راس كلام كابوت ميڠڬو اين..ساي اد اوجين هاري خميس اين، لاڬي دوا ميڠڬو، ساي نق كهوين..كهيدوڤن ساي كتيك اين اداله ساڠت ترتكان..ساي تڠه مڠوجي كڤانداين ساي منوليس جاوي، هيبت بوكن؟

Sunday, March 1, 2009

*Tujuh adalah seven*

A dedication to GENG RUMAH BANGLO ;')

Rumah banglo sentiasa di hati *hanya kereta sewa, sebab masih kurang mampu berkenderaan sendiri, versi kurang RM*

Dulu kami adalah ahli kumpulan S CLUB 7, 7 Signs, Ultraman 7 dan segala benda kumpulan 7 *org lain menggelarkan kami sebegitu rupa, memandangkan kami sering bertujuh*..tapi genap setahun, seorang telah direject skuad, sebab dia berhaluan kiri *tapi kami tetap berkawan, jangan salah faham*, cuma dia memilih ingin menjadi lone ranger. Selepas itu kami digelar "Geng Rumah Banglo", memandangkan kami berenam menyewa di rumah yg agak besar dari kawan2 yang lain, dan jiran2 kami pula hanya terdiri dari golongan pensyarah sahaja *geng rumah banglo sangat demand dan perasan banyak duit*


Kami berenam berjaya grad dengan gembira, dan sekarang semua sudah bersenang lenang ;')

Tapi sekarang saya dan Adeq akan menubuhkan kelab baru iaitu "KELAB ISTERI ORANG".. *kami berharap yang lain akan menyusul* . Berbalik cerita pasal Adeq, jodoh kami ni macam dekat2 sahaja. Dulu masa di UNIMAS, kami berdua yang cepat berboifren berbanding dengan yang lain..tapi rasanya dia lebih cepat declare sebulan dgn boyfren dia *mamat palapes itu*, baru saya menyusul declare dengan boyfren saya pula. *sebenarnya kami yang gatai merenyam berbanding ahli geng rumah banglo, jadi yang lain masih single ketika zaman belajar*. Jodohnya tak kesampaian dengan mamat palapes itu, saya masih dengan boyfren saya a.k.a MR.FIANCEE.

Saya dan Adeq versi 1st year tahun 2003 *tudung herot-berot tidak keruan, sangat annoyying*

Versi 2nd year yang lebih sempurna tapi terlebih zat di pipi *tembam*


Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, kami dah nak kawin...Tapi yang musykil dia nikah 14 Mac dan saya 16 Mac.. *owhh tidak! sudah semestinya saya tak dapat tengok dia jadi isteri orang kan..* sebab saya pun sibuk nak prepare nak jadi bini orang juga.


Versi ahli Geng Rumah Banglo pergi bercuti dengan versi lebih berduit, memandangkan sudah berkerjaya, jadi berkeinginan lebih tinggi.

Tapi saya tetap nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan Adeq ;D.. Ahli Geng Rumah Banglo, sila cepat sertai kelab baru kami, memandangkan masih ada 4 lagi borang kosong yang belum diisi sempurna ;D

.: owh berdebar pengalaman :.

Semalam saya attend wedding cousin saya..kecik2 dulu, saya selalu bermimpi nak kawin dengan dia..memandangkan masa kecik, asyik berkawan dgn sepupu sahaja, maka jejaka idaman sudah semesti sepupu sendiri..mari gelak beramai..pengalaman bermain kawin-kawin sudah semestinya menerjah ingatan *owh faizunku..dah jadi laki org pun ko ya..*


Tapi semalam, saya duduk betul2 depan MC of the day dlm dewan tu..hahaha saya gelak sorang diri dalam hati, sebab saya teringat waktu jd MC time bestfren saya kawin *PN TG AIZA*..sangat mcm ntah apa2 compared to that MC cousin saya la..




Tengok tu..muka cuak org takut *tp relakan juga sbb kawan rapat suruh kan..*..at least i've contribute something on her big day :'D ..owhh tapi saya rasa macam saya bersyarah depan students saya sahaja..Tetamu, sila jangan bosan!


But i did it very well..*menangis dalam hati*. At the end of her big day, Aiza cakap u did very well Mama..good job! *saya kembang dalam hati*, tapi saya cakap kat dia, mana ada biasa je laa...*humble konon*.



Aiza check script, saya tahu dia takut saya menjahanamkam majlis dia juga..hehehehe..Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup, kalau orang lain suruh, saya pikir dua tiga kali la..


Itu pula pengapit Aiza *bestfren dia zaman universiti*..Owh..baru paham, Aiza merekrut teman2 rapat untuk big day dia la..*baru realize*, Aiza, sila bayar upah MC ok! ;D

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers