Sunday, March 1, 2009

*Tujuh adalah seven*

A dedication to GENG RUMAH BANGLO ;')

Rumah banglo sentiasa di hati *hanya kereta sewa, sebab masih kurang mampu berkenderaan sendiri, versi kurang RM*

Dulu kami adalah ahli kumpulan S CLUB 7, 7 Signs, Ultraman 7 dan segala benda kumpulan 7 *org lain menggelarkan kami sebegitu rupa, memandangkan kami sering bertujuh*..tapi genap setahun, seorang telah direject skuad, sebab dia berhaluan kiri *tapi kami tetap berkawan, jangan salah faham*, cuma dia memilih ingin menjadi lone ranger. Selepas itu kami digelar "Geng Rumah Banglo", memandangkan kami berenam menyewa di rumah yg agak besar dari kawan2 yang lain, dan jiran2 kami pula hanya terdiri dari golongan pensyarah sahaja *geng rumah banglo sangat demand dan perasan banyak duit*


Kami berenam berjaya grad dengan gembira, dan sekarang semua sudah bersenang lenang ;')

Tapi sekarang saya dan Adeq akan menubuhkan kelab baru iaitu "KELAB ISTERI ORANG".. *kami berharap yang lain akan menyusul* . Berbalik cerita pasal Adeq, jodoh kami ni macam dekat2 sahaja. Dulu masa di UNIMAS, kami berdua yang cepat berboifren berbanding dengan yang lain..tapi rasanya dia lebih cepat declare sebulan dgn boyfren dia *mamat palapes itu*, baru saya menyusul declare dengan boyfren saya pula. *sebenarnya kami yang gatai merenyam berbanding ahli geng rumah banglo, jadi yang lain masih single ketika zaman belajar*. Jodohnya tak kesampaian dengan mamat palapes itu, saya masih dengan boyfren saya a.k.a MR.FIANCEE.

Saya dan Adeq versi 1st year tahun 2003 *tudung herot-berot tidak keruan, sangat annoyying*

Versi 2nd year yang lebih sempurna tapi terlebih zat di pipi *tembam*


Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, kami dah nak kawin...Tapi yang musykil dia nikah 14 Mac dan saya 16 Mac.. *owhh tidak! sudah semestinya saya tak dapat tengok dia jadi isteri orang kan..* sebab saya pun sibuk nak prepare nak jadi bini orang juga.


Versi ahli Geng Rumah Banglo pergi bercuti dengan versi lebih berduit, memandangkan sudah berkerjaya, jadi berkeinginan lebih tinggi.

Tapi saya tetap nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan Adeq ;D.. Ahli Geng Rumah Banglo, sila cepat sertai kelab baru kami, memandangkan masih ada 4 lagi borang kosong yang belum diisi sempurna ;D

No comments:

OUR BUNDLE OF JOY

Lilypie First Birthday tickers